Jawab semua soalan.
1. Antara
berikut, manakah menerangkan maksud penghasilan produk dengan tepat?
A. Proses menyediakan
bahan untuk membuat produk yang baharu atau mengubah suai produk yang sedia ada
untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
B. Proses membuat
perancangan awal sebelum memulakan membuat produk baharu atau mengubah suai
produk yang sedia ada untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
C. Aktiviti
menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna masa kini dan akan datang dengan
mengaplikasikan teknologi terkini.
D. Aktiviti menghasilkan
produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada dengan mengambil kira aspek
seperti kos, tenaga kerja dan teknologi supaya tidak terlalu mahal.
2. Berikut
merupakan langkah-langkah dalam proses penghasilan produk kecuali..
A. Penyelesaian masalah inventif
B. Pengiraan kos projek
C. Penjanaan idea
D. Projek brief
3. Kajian keperluan
pelanggan perlu dijalankan untuk memastikan idea reka bentuk produk yang akan
dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Terdapat beberapa
kriteria dalam kajian keperluan pelanggan iaitu;
i. Latar belakang produk
ii. Maklumat pelanggan
iii. Penambahbaikan
iv. Pendokumentasian
A. I, II dan III B. I, II
dan IV C. II, III dan IV D. I, III dan
IV
4. Kaedah
penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya
dikenal pasti terlebih dahulu dan bukan berdasarkan idea secara spontan
daripada individua atau kumpulan. Apakah kaedah penyelesaian masalah tersebut?
A. Penyelesaian masalah projek
B. Penyelesaian masalah berganda
C. Penyelesaian masalah kreatif
D. Penyelesaian masalah inventif
5. Model fungsi
dilukis dengan menggunakan simbol inventif. Apakah nama simbol ini
A. Subjek
B. Komponen
C. Supersistem
D. Bahan
6. Perbincangan awal
antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk
dinamakan
A. penerangan konsep
B. projek brief
C. penghasilan model
D. penambahbaikan projek
7. Berikut adalah
cara menyaring maklumat yang terdapat dalam borang projek brief kucuali..
A. mendapat maklum balas secara bertulis
daripada pelanggan
B. mengadakan sesi perbincangan lanjut
dengan pelanggan berkenaan
C. mengadakan sidang video dengan
pelanggan untuk mendapat maklumat tambahan
D. pertimbangkan idea
yang baik untuk dilaksanakan tanpa perlu berbincang lagi untuk mengelakkan
pembaziran
8. Berikut adalah
justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi sebelum menghasilkan sesuatu
reka bentuk produk baharu kecuali..
A. fungsi teknologi
B. aplikasi teknologi yang dipilih
C. tujuan penggunaan teknologi
D. kecanggihan teknologi tersebut
9. Dua konsep
penghasilan idea reka bentuk produk ialah
A. bentuk mengikut saiz dan saiz
mengikut bentuk
B. bahan mengikut bentuk dan bentuk
mengikut bahan
C. bentuk mengikut fungsi dan fungsi
mengikut bentuk
D. reka bentuk mengikut kesesuaian dan
kesesuaian mengikut reka bentuk
10. ___________________________
ialah unsur-unsur yang digunakan dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal
sesuatu rekaan.
A. Elemen reka bentuk B. Prinsip reka bentuk
C. Konsep reka bentuk D. Maksud reka bentuk
11. ___________________________
ialah konsep atau peraturan yang digunakan oleh pereka bentuk ketika
menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
A. Elemen reka bentuk B. Prinsip reka bentuk
C. Konsep reka bentuk D. Maksud reka bentuk
12. Lakaran
____________________ ialah bentuk ilustrasi objek yang menyamai pandangan mata dan dihasilkan dalam bentuk 3D.
A. oblik B. isometrik
C. ortografik D. perspektif
13. Berikut adalah
maklumat yang perlu dinyatakan pada lakaran 3D kecuali..
A. nama produk B. saiz produk dan komponen
C. bahan yang digunakan pada produk D. kos
pengeluaran produk
14. Lakaran
______________________ ialah lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap
komponen pada suatu reka bentuk produk.
A. perspektif B. isometric
C. ceraian D. oblik
15. Suatu perancangan
aktiviti yang dipersembahkan dalam bentuk jadual dan dibuat berdasarkan senarai
aktiviti dan tempoh masa yang diperuntukkan. Apakah nama bentuk perancangan
ini?
A. Lakaran awal B. Lukisan kerja
C. Jadual kerja D. Pendokumentasian
16. Tujuan menyediakan
jadual kerja adalah
i. mengelakkan kerugian masa dan kos
ii. mengawal sumber tenaga pekerja
iii. mengelakkan pembaziran
iv. mengurus bahan mentah secara
sistematik
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
17. Dua kaedah yang
digunakan untuk menentukan bajet projek ialah
A. kaedah unit dan konsep SMART
B. kaedah pengiraan dan konsep SMART
C. kaedah untung dan rugi
D. kaedah untung dan konsep SMART
18. Pengujian dan
penilaian kefungsian serta kesesuaian ialah proses terakhir untuk mengukur
keberkesanan produk yang telah dihasilkan. Tahap keberkesanan produk diukur berdasarkan
tiga faktor iaitu
i. memenuhi kehendak pelanggan
ii. mematuhi projek brief
iii. ketepatan rupa bentuk
iv. mahal dan tahan lasak
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, III dan IV
19. Pengujian terhadap
produk yang telah dihasilkan boleh dijalankan sama ada dengan menggunakan
kaedah ujian makmal dan _____________________.
A. ujian komputer
B. ujian bertulis
C. ujian parameter
D. ujian lisan
20. _________________________
ialah suatu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi
maklumat daripada peringkat penjanaan idea sehinggalah ke peringkat mock-up
atau model produk dihasilkan.
A. Diari catatan B. Rekod catatan
C. Laporan harian D. Pendokumentasian
SKEMA JAWAPAN
1. C
2. B
3. A
4. D
5. B
6. B
7. D
8. D
9. C
10. A
11. B
12. D
13. D
14. C
15. C
16. D
17. A
18. A
19. C
20. D
No comments:
Post a Comment