Thursday, 23 June 2022

Soalan dan Skema Jawapan Latihan Formatif Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

 

Pilih jawapan yang tepat.

       1.     Antara berikut, yang manakah definisi teknologi?

A.    Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu                              produk yang memberikan impak kepada kehidupan.

B.    Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang yang mengaplikasikan                         pengetahuan Sains dan Matematik.

C.    Pengaplikasian ilmu Sains dan Matematik dengan menggunakan bahan semula jadi untuk                        dijadikan alat, tenaga atau sistem.

D.    Satu bidang percambahan idea dalam proses penyusunan   bahan yang dirancang untuk              menghasilkan produk.

2.    "Lakaran yang digunakan untuk menunjukkan kesemua lakaran objek bermula daripada idea           pertama hingga projek terakhir yang hendak dibuat".  Apakah jenis lakaran ini?

A.    Lakaran teknikal

B.    Lakaran persembahan

C.    Lakaran penerokaan

D.    Lakaran perkembangan idea

3.    "Seorang pereka menunjukkan beberapa pilihan visual rekaannya melalui lakaran". Apakah            peranan lakaran tersebut?

A.    Eksprorasi 

B.    Asas komposisi untuk ilustrasi

C.    Medium komunikasi pelanggan

D.    Mempercepat pembangunan konsep

4.    "Melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki". Apakah proses kerja yang        dinyatakan?

A.    Tempoh masa

B.    Kos projek

C.    Skop kerja

D.    Skop produk

5.    Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah masalah bukan inventif?

A.    Setelah mengasah pisau yang tumpul, Fatimah dapat memotong sayur dengan cepat.

B.    Daud memasang bakul pada motorsikalnya supaya dapat membawa barang dengan lebih                       mudah

C.    Wong telah memasang pendingin hawa di biliknya tetapi ini  menyebabkan bil elektrik                           rumahnya meningkat.

D.    Ah Chong memandu kereta dengan laju supaya cepat sampai ke tempat kerjayanya tetapi ini                   menyebabkan penggunaan minyak meningkat

6.    "Merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi                 menjalankan operasi sesuatu sistem". Apakah nama sistem mekatronik ini?

A.    Sistem elektrik

B.    Sistem elektronik

C.    Sistem mekanikal

D.    Sistem kawalan dan pengaturcaraan

7.    Antara berikut, yang manakah merupakan contoh produk mekatronik?

        A.  Pintu pagar automatik

        B.  Mesin basuh manual

        C.  Motosikal

        D.  Basikal

        8.   Maklumat di bawah merupakan kajian keperluan pelanggan. 

"Jenama, kegunaan produk, kebaikan dan kelemahan produk serta pengeluar produk adalah faktor           yang mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk".

Nyatakan kajian keperluan pelanggan yang dimaksudkan.

A.    Penambahbaikan

B.    Kehendak pelanggan 

C.    Maklumat pelanggan 

D.    Latar belakang produk

9.    "Pengujian terhadap produk yang berfungsi di dalam makmal atau bengkel dengan                              menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk".                     Apakah jenis ujian yang dimaksudkan?

A.    Ujian parameter

B.    Ujian kestabilan

C.    Ujian cantuman

D.    Ujian makmal

10.    "Berfungsi sebagai suis tekan buka dan sius tekan tutup". Nyatakan jenis peranti input digital         tersebut?

A.    Suis togel

B.    Suis mikro

C.    Suis tekan tutup

D.    Suis tekan buka

SKEMA JAWAPAN

1.    C

2.    D

3.    C

4.    C

5.    D

6.    B

7.    A

8.    D

9.    D

10.    B

No comments:

Post a Comment

Ketahui Lebih Lanjut