Thursday 29 July 2021

PJPK Tingkatan 3 Unit 2 Pemakanan

Pemakanan merujuk kepada tabiat mengambil makanan untuk dimakan bagi mengekalkan kecergasan dan menjadikan hidup sihat. Keperluan pemakanan berbeza pada setiap peringkat kehidupan seseorang. Bagi bayi yang baru lahir, susu ibu merupakan pemakanan terbaik. Kanak-kanak pula memerlukan makanan yang dapat memastikan pertumbuhan dan perkembangan mereka. Tabiat pemakanan serta keutamaan jenis makanan bagi kumpulan ramaja pada lazimnya akan terbentuk kerananini mempengaruhi penggunaan tenaga dan pengambilan nutrien mereka. 

Remaja di sekolah menengah perlu memilih makanan daripada lima kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Ini adalah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Para remaja digalakkan mempelbagaikan jenis makanan mengikut kumpulan makanan dalam setiap hidangan utama, mengurangkan pengambilan lemak, minyak, gula, garam dan perisa. Untuk maklumat lanjut, tontoni video di bawah. Semoga bermanfaat.


Wednesday 28 July 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 3 3.1.4 Memilih Kaedah Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Mengiklankan Produk Yang Dihasilkan

Setiap pengeluar akan berusaha untuk memastikan produk yang dihasilkan mampu bersaing di pasaran. Pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai perlu diberikan perhatian bagi memastikan maklumat sampai kepada pengguna dengan tepat dan jelas.

Bagi jenama atau produk yang baharu, pengiklanan penting untuk menghasilkan reka bentuk imej baharu yang tersendiri. Begitu juga dengan perkhidmatan yang baharu diperkenalkan. Hal ini demikian kerana produk tersebut dibezakan dengan produk pesaing yang lain. Elemen dan prinsip reka bentuk perlu diaplikasikan untuk menghasilkan reka bentuk pengiklanan yang berkesan. Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut sila tontoni video di bawah. Semoga bermanfaat.

Tuesday 27 July 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 3 3.1 Reka Bentuk Dalam Pemasaran

Perniagaan merupakan aktiviti atau kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan sampai ke tangan pengguna dengan selamat dan sempurna, peranan dan aktiviti pemasaran diperlukan. 

Pemasaran adalah aktiviti atau kegiatan menyalur dan mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar sehingga sampai kepada pengguna akhir. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan ini dapat sampai kepada pengguna dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan, maka beberapa aspek penting  perlu diambilkira dalam proses pemasaran. Antaranya adalah  peranan reka bentuk dalam pemasaran, kaedah atau strategi pemasaran serta bantuan kepada pemasaran seperti promosi dan pengiklanan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai reka bentuk dalam perniagaan serta reka bentuk sebagai instrumen pemasaran, sila tontoni dan fahami video di bawah. Semoga bermanfaat.


Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 11 Hindari Jenayah Kanak-kanak (Juvana)

Jenayah secara umumnya bermaksud perbuatan yang menyalahi undang-undang negara. Terdapat beberapa jenis jenayah, antaranya jenayah ringan, jenayah siber dan jenayah berat. Perlakuan jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja pula dikategorikan sebagai jenayah kanak-kanak atau juvana. 

Antara contoh jenayah kanak-kanak (juvana) yang perlu dihindari termasuklah buli, vandalisme, ragut, gangster, berjudi, pecah rumah, penyeluk saku, jenayah siber dan curi motorsikal. Untuk maklumat lanjut, sila tonton dan ikuti video di bawah. Semoga bermanfaat.

Monday 26 July 2021

Soalan dan Skema Jawapan PJPK Tingkatan 3 Lompat Kijang dan Lempar Cakera.

 1. Acara lompat kijang merupakan salah satu acara olahraga yang dipertandingkan                    diperingkat sekolah menengah. Berapakah jenis lonjakan yang perlu dibuat sebelum                 mendarat di kawasan pendaratan?

A. 2

B. 3

C. 4

D. 1

2. Berikut merupakan fasa dalam acara lompat kijang kecuali..

A. fasa lari landas

B. fasa melonjak

C. fasa layangan

D. fasa melangkah

3.        Acara lompat kijang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam setiap fasa bagi mengelakkan lompatan dibatalkan. Berikut merupakan kesalahan lompatan yang boleh dibatalkan kecuali..

A. kaki lonjakan melempasi papan lonjakan

B. tidak melakukan pertukaran kaki semasa fasa melangkah

C. mendarat di luar kawasan pendaratan

D. masa mendarat di kawasan pendaratan dengan sebelah kaki sahaja

4.        Dalam acara lompat kijang seorang pengadil di bahagian papan lonjakan mengangkatkan bendera merah setelah atlit membuat lompatan. Apakah maksud mengadil tersebut?

A. atlit itu perlu membuat lompatan semula

B. lompatan atlit itu perlu di ukur 

C. lompatan atlit itu adalah lompatan yang sempurna

D. lompatan atlit itu dibatalkan

5.        Acara lempar cakera, memerlukan murid atau atlit melempar cakera dari dalam sebual bulatan yang berukur lilit ….

A. 1.5 meter

B. 2.0 meter

C. 2.5 meter

D. 3.0 meter

6.        Fasa-fasa dalam acara melempar cakera ialah

i. fasa memanaskan badan

ii. fasa persediaan

iii. fasa kedudukan kuasa

iv. fasa lemparan

A. i, ii, dan iii

B. I, ii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. I, iii dan iv

7.        Antara faktor yang membantu untuk mendapat lemparan yang jauh ialah

i. ketinggian

ii. sudut lemparan

iii. halaju pelepasan

iv. berbadan besar

A. I, ii dan iii

B. i. iii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. I, iii dan iv

8.     Situasi berikut ialah di mana lemparan boleh dibatalkan kecuali..

A. cakera mendarat di luar zon mendarat

B. keluar dari arah hadapan bulatan sebelum cakera mendarat

C. berteriak sekuat-kuatnya setelah melakukan lemparan

D. kaki terkeluar dari kawasan bulatan lemparan sebaik sahaja melakukan lemparan

9.     Istilah gender merujuk pandangan umum masyarakat berkenaan cara seseorang membawa diri, sama ada dari segi pertuturan dan tingkah laku seorang lelaki atau perempuan. Berikut merupakan komponen gender kecuali….

A. peranan gender

B. tanggungjawab gender

C. orientasi gender

D. identiti gender

10.     Hak kesaksamaan penting bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat Malaysia dan seterusnya dapat menegakkan hak asasi manusia.  Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menegakkan amalan kesaksamaan gender kecuali..

A. OKU diberi hak sama rata

B. kaum ibu mengandung harus dijaga

C. warga emas perlu diberi tempat duduk dalam pengangkutan awam

D. lelaki boleh menggunakan tandas perempuan 


Skema Jawapan

1. B

2. C

3. D

4. D

5. C

6. C

7. A

8. C

9. B

10. D


Ketahui Lebih Lanjut