Pilih jawapan yang
tepat.
1. Antara
berikut, yang manakah definisi teknologi?
A.
Pengetahuan
tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk
yang memberikan impak kepada kehidupan.
B.
Pengetahuan
tentang penyusunan bahan secara terancang yang mengaplikasikan pengetahuan
Sains dan Matematik.
C.
Pengaplikasian
ilmu Sains dan Matematik dengan menggunakan bahan semula jadi untuk dijadikan alat,
tenaga atau sistem.
D. Satu bidang percambahan idea dalam proses penyusunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan produk.
2. "Lakaran yang digunakan untuk menunjukkan kesemua lakaran objek bermula daripada idea pertama hingga projek terakhir yang hendak dibuat". Apakah jenis lakaran ini?
A. Lakaran teknikal
B. Lakaran persembahan
C. Lakaran penerokaan
D. Lakaran perkembangan idea
3. "Seorang pereka menunjukkan beberapa pilihan visual rekaannya melalui lakaran". Apakah peranan lakaran tersebut?
A. Eksprorasi
B. Asas komposisi untuk ilustrasi
C. Medium komunikasi pelanggan
D. Mempercepat pembangunan konsep
4. "Melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki". Apakah proses kerja yang dinyatakan?
A. Tempoh masa
B. Kos projek
C. Skop kerja
D. Skop produk
5. Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah masalah bukan inventif?
A. Setelah mengasah pisau yang tumpul, Fatimah dapat memotong sayur dengan cepat.
B. Daud memasang bakul pada motorsikalnya supaya dapat membawa barang dengan lebih mudah
C. Wong telah memasang pendingin hawa di biliknya tetapi ini menyebabkan bil elektrik rumahnya meningkat.
D. Ah Chong memandu kereta dengan laju supaya cepat sampai ke tempat kerjayanya tetapi ini menyebabkan penggunaan minyak meningkat
6. "Merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem". Apakah nama sistem mekatronik ini?
A. Sistem elektrik
B. Sistem elektronik
C. Sistem mekanikal
D. Sistem kawalan dan pengaturcaraan
7. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh produk mekatronik?
A. Pintu
pagar automatik
B. Mesin
basuh manual
C. Motosikal
D. Basikal
8. Maklumat
di bawah merupakan kajian keperluan pelanggan.
"Jenama, kegunaan produk, kebaikan dan kelemahan produk serta pengeluar produk adalah faktor yang mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk".
Nyatakan kajian keperluan pelanggan yang dimaksudkan.
A. Penambahbaikan
B. Kehendak pelanggan
C. Maklumat pelanggan
D. Latar belakang produk
9. "Pengujian terhadap produk yang berfungsi di dalam makmal atau bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk". Apakah jenis ujian yang dimaksudkan?
A. Ujian parameter
B. Ujian kestabilan
C. Ujian cantuman
D. Ujian makmal
10. "Berfungsi sebagai suis tekan buka dan sius tekan tutup". Nyatakan jenis peranti input digital tersebut?
A. Suis togel
B. Suis mikro
C. Suis tekan tutup
D. Suis tekan buka
SKEMA JAWAPAN
1. C
2. D
3. C
4. C
5. D
6. B
7. A
8. D
9. D
10. B