Friday, 27 August 2021

Laporan Pendokumentasian (Folio) Kerja Kursus RBT Tingkatan 3

Laporan penghasilan produk atau lebih dikenali sebagai Folio Kerja Kursus bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan pelengkap kepada sesi pembelajaran dan pengajaran yang ditekankan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

RBT memberi peluang kepada murid mengabungjalinkan kemahiran mereka bentuk dan teknologi dengan berfikir secara kreatif untuk menghasilkan produk bagi memenuhi keperluan manusia. KSSM RBT, memberi fokus kepada empat domain utama iaitu,apresiasi reka bentuk, aplikasi teknologi, pembuatan produk dan penilaian reka bentuk produk. Di sinilah murid akan membuat laporan atau pendokumentasian penghasilan produk juga dikenali sebagai Folio untuk menerangkan perincian tentang produk yang dihasilkan. Sila tonton video mengenai panduan laporan penghasilan produk di bawah bagi memudahkan membuat Folio Kerja Kursus .


Wednesday, 25 August 2021

PJPK Tingkatan 2 Kemahiran Asas Permainan Ragbi Sentuh

Permainan Ragbi dikategorikan sebagai permainan serangan. Permainan ini telah berasal dari negara England sekitar tahun 1823. Permainan ini merupakan permainan yang lasak, namun setiap pemainnya tertakluk kepada peraturan permainan yang ketat.

Seperti permainan sukan yang lain, permainan ragbi memerlukan beberapa peralatan untuk membolehkan permainan ini dimainkan dengan sempurna. Selain itu, permainan ini, juga mempunyai beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang pemain. Antara kemahiran asas permainan ragbi ialai kemahiran hantaran, kemahiran larian, kemahiran menangkap, kemahiran mengacah dan kemahiran TRY. Sila tontoni video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan ragbi.

Tuesday, 24 August 2021

Pendidikan Moral Tingkatan 3, Unit 13 Amalan Tradisi Masyarakat Majmuk

Tradisi merupakan sesuatu yang kebiasaan yang kekal, adat dan kepercayaan, amalan yang turun temurun dalam sesuatu masyarakat, merupakan sesuatu identiti sesebuah negara dan khazanah berharga kepada sesebuah negara. Masyarakat majmuk pula merupakan beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal bersama-sama dalam satu kawasan tetapi mengamalkan cara hidup, budaya dan kepercayaan yang tersendiri.   Dalam sesebuah negara, setiap individu perlu mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan tradisi dalam masyarakat majmuk.

Antara contoh tradisi yang diamalkan dalam masyarakat majmuk adalah saling membantu dan mengutamakan kepentingan untuk menyiapkan projek yang dijalankan bersama-sama, pulang ke kampung semasa cuti perayaan dan cuti sekolah dan banyak lagi. Sila tontoni video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Monday, 23 August 2021

PJPK Tingkatan 3 Unit 1. 7 Keselamatan (Eksploitasi)

Sejak kebelakangan ini, eksploitasi merupakan satu masalah global dan ancaman yang serius kepada semua negara. Eksploitasi merupakan perbuatan mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri. Eksploitasi ini wujud dalam pelbagai bentuk dan merupakan satu kesalahan yang berat dari segi undang-undang.

Eksploitasi berlaku di seluruh pelosok dan tidak terbatas kepada umur atau kedudukan sosioekonomi seseorang. Antara jenis eksploitasi yang sangat ketara adalah eksploitasi seksual, eksploitasi kahwin paksa, eksploitasi buruh kanak-kanak, eksploitasi untuk melakukan jenayah, askar kanak-kanak, eksploitasi perniagaan organ, pedofilia dan banyak lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila tontoni video di bawah. Semoga bermanfaat.

Ketahui Lebih Lanjut