Showing posts with label soalanpt3pjk. Show all posts
Showing posts with label soalanpt3pjk. Show all posts

Sunday, 20 November 2022

Latihan Pengukuhan PJPK Pertolongan Cemas

 Jawab semua soalan di bawah dengan jawapan yang betul. 

1.    Tuliskan (Boleh/Tidak Boleh) pada pernyataan di bawah menggunakan kaedah rawatan R.I.C.E.

a.    Kok Meng mengalami kecederaan kejang otot semasa menjalan latihan olahraga. ____________

b.    Kaki Mak Kiah tercedera akibat terpijak kaca semasa membersihkan stor. __________________

c.    Dahi Monica lebam akibat jatuh tersembam semasa bermain basikal. ______________________

d.    Amirul mengalami patah bahu selepas bermain ragbi di sekolah. _________________________

2.    R- mewakili Rest. Apakah yang dimaksudkan dengan rest dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E.?

A.    Meninggikan bahagian yang tercedera

B.    Merehatkan bahagian yang tercedera

C.    Meletakkan beg ais ke atas bahagian yang tercdera dengan segara.

D.    Tuaman dengan balutan anjan pada bahagian yang tercedera.

3.   I- mewakili Ice. Apakah yang dimaksudkan dengan Ice dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E.?

A.    membawa mangsa ke tempat yang selamat

B.    membalut bahagian yang tercedera dengan bandage

C.    meletakkan beg ais di bahagian yang tercedera selama 2 jam

D.    meletakkan beg ais di bahagian yang tercedera dengan segera.

4.    C- mewakili Compression. Apakah yang dimaksudkan dengan Compression dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E?

________________________________________________________________________________

5.    E- mewakili Elevation. Apakah yang dimaksudkan dengan elevation dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E.?

A.    merendahkan bahagian yang tercedera

B.    meletakkan ais pada bahagian yang tercedera

C.    meninggikan bahagian kaki yang tercedera melebihi paras jantung

D.    membalut bahagian yang tercedera dengan menggunakan kain

6.    Kecederaan tisu lembut boleh dirawat dengan prindip dan prosedur R.I.C.E. (Betul/Salah)

7.    Dimanakah tempat yang sesuai untuk menyimpan eti pertolongan cemas?

A.    berdekatan dengan alat pemadam api

B.    di temat yang mudah dilihat dan dicapai

C.    dalam almari bertutup dan berkunci

D.    tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak

8.    Apakah yang dimaksudkan dengan peti pertolongan cemas?

A.    alat permainan

B.    tempat menyimpan alat atau perkakas yang digunakan ketika berlaku kecemasan

C.    tempat menyimpan alat-alat sukan

D.    tempat simpanan sayur-sayuran

9.    Antara berikut yang manakah simptom kecederaan fruktur?

A.    sakit pada bahagian perut

B.    melecur pada bahagian mulut

C.    hilang daya pergerakan pada bahagian yang tercedera

D.    otot pada bahagian leher dan muka kelihatan tegang

10.    Pertolongan cemas dapat membantu mangsa daripada mengalami ____________yang lebih teruk sebelum dirawat oleh doktor.

A.    kecederaan 

B.    kemalangan

C.    kesihatan

D.    kecacatan

11.    Berikan definisi pertolongan cemas?

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


 

Thursday, 29 September 2022

Soalan dan skema jawapan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Jawab semua soalan.

1.    Berapa orangkah pemain bola baling?

A.    7 orang

B.    8 orang

C.    10 orang

D.    12 orang

2.    Berikut adalah senarai kemahiran dalam permainan bola baling. Senarai yang manakah tepat dalam permainan bola baling?

A.    Menangkap, menyepak, menjaga gawang dan memukul

B.    Menghantar, mengadang, mengacah dan menjaring

C.    Membaling, menyambut, menjaring dan menjaga gawang

D.    Menghantar, membaling, menendang dan menjaring

3.    Namakan tiga jenis kemahiran menjaring dalam permainan bola baling. 

I. Jaringan junam 

II. Jaringan menyerkap 

III. Jaringan lantun 

V. Jaringan atas kepala 

A. I dan II 

B. II dan III 

C. I, II dan III 

D. I, III, dan IV

4.    Berikut adalah teknik perlakuan yang betul dalam perlumbaan jalan kaki kecuali ______________.

 A. Ayun tangan selari dengan dada 

B. Tumit kaki menyentuh tanah terlebih dahulu 

C. Melangkah dengan kedua-dua belah kaki agar tidak mencecah tanah 

D. Kaki yang mula mencecah tanah di hadapan mesti sentiasa lurus

5.   Maklumat di bawah berkaitan dengan salah satu teknik lumba jalan kaki Apakah teknik tersebut? 

*    Pandang ke hadapan pada aras mata

*    Pandang tegak, siku fleksi, kepala relaks

*    Postur badan tegak dan relaks dari mula hingga akhir langkah

A. Postur badan 

B. Rotasi pinggul 

C. Pergerakan tangan 

D. Kedudukan kaki dan tapak kaki 

6.    Mengapakah badan dicondongkan ke hadapan semasa mendarat dalam acara lompat jauh? 

A. Supaya menggerakkan keseluruhan badan terus menuju ke hadapan 

B. Peraturan cara mendarat dalam acara lompat jauh 

C. Untuk mengurangkan tekanan semasa pendaratan 

D. Bagi melambatkan dan menjauhkan pendaratan

7.   Apakah faktor yang tidak mempengaruhi jarak lompatan dalam acara lompat jauh? 

A. Lari landas dengan pantas dan terkawal 

B. Memijak papan lonjakan dengan tepat 

C. Mendarat dengan tangan ke belakang 

D. Fleksi lutut kedua-dua belah kaki dengan tumit kaki mendarat. 

8.   Berapakah kedudukan sudut pelepasan lembing yang sesuai semasa melakukan acara merejam lembing? 

A. 30-35 darjah 

B. 35-40 darjah 

C. 40-45 darjah 

D. 45-50 darjah 

9.     _________________ adalah teknik pegangan lembing yang boleh menentukan jarak yang baik dalam rejaman lembing. 

I. Gaya Finnish. 

II. Gaya Chipstok 

III. Gaya Amerika 

IV. Gaya Fork 

A. I, II dan IV 

B. II, III dan IV 

C. I, II, dan III 

D. I, III dan IV

10.    Rejaman lembing sah jika peserta menyentuh garisan lengkung atau kawasan di hadapannya. 

A. Betul 

B. Salah

11.    Pergerakan lokomotor ialah ______________. 

A. Berjalan, berlari dan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. 

B. Berjalan dan duduk 

C. Duduk dan berlari 

D. Berjalan dan bersila

12.    Pergerakan kreatif merupakan pergerakan yang menggabungkan elemen-elemen seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya. Antara berikut merupakan contoh pergerakan kreatif kecuali 

A. Kembang jalak 

B. Lompat jalak 

C. Jalak galak 

D. Tepuk galak 

13.    Susun kategori generasi berikut dari tahun sebelum 1965 hingga tahun 2025 

A. Generasi Alpha, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z, Baby Boomers 

B. Baby Boomers, Generasi X , Generasi Y, Generasi Z , Generasi Alpha 

C. Baby Boomers, Generasi Alpha, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z 

D. Generasi X, Generasi Y, Generasi Z, Generasi Alpha, Baby Boomers 

14.    Apakah maksud yang paling tepat bagi jurang generasi? 

A. Perbezaan antara generasi lama dan generasi terkini 

B. Perbezaan pendapat di dalam sesebuah masyarakat 

C. Perbezaan maklumat dalam generasi 

D. Perbezaan keluarga dalam masyarakat

15.    Antara yang berikut, yang manakah kepentingan merapatkan jurang generasi? 

I. Mengeratkan hubungan 

II. Memudahkan komunikasi 

III. Mewujudkan keluarga bahagia 

IV. Mengekalkan hubungan yang baik 

A. I, II dan III 

B. I, II dan IV 

C. II, III dan IV 

D. Semua di atas 

16.    Pernyataan manakah menggambarkan maksud kehormatan diri? 

A. Menjaga kebersihan imej kendiri 

B. Penampilan dan tingkah laku seseorang 

C. Berakhlak mulia dan tidak baik hati 

D. Maruah diri dan harga diri seseorang

17.   Berikut merupakan kesan seseorang yang tidak menjaga kehormatan diri kecuali 

A. Masa depan gelap dan menjejaskan pelajaran 

B. Berani berkata tidak kepada perkara negatif 

C. Menanggung malu dan imej diri tercemar 

D. Masyarakat akan memandang serong dan sukar mendapat bantuan 

18.    Berikut adalah contoh-contoh penyakit yang tidak berjangkit kecuali 

A. Diabetes 

B. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) 

C. Hipertensi 

D. Penyakit kardiovaskular.

19.    Gangguan seksual melalui psikologi ialah ____________. 

A. Teguran, komen, jenaka, membuat bunyi 

B. Meluahkan perasaan atau hasrat yang berbentuk mendesak 

C. Gambar atau video lucah 

D. Sentuhan berniat untuk mengganggu

20.   Bagaimanakah cara seseorang perempuan menangani gangguan seksual dan penderaan seksual? 

I. Tidak bebas bersentuhan 

II. Berani berkata “TIDAK” 

III. Sering balik lewat malam 

IV. Bebas bergaul dengan rakan lelaki 

A. I dan II 

B. I dan IV 

C. II dan III 

D. III dan IV 

Skema Jawapan.

1.    A

2.    B

3.    D

4.    C

5.    A

6.    A

7.    C

8.    C

9.    D

10.    B

11.    A

12.    D

13.    B

14.    A

15.    D

16.    D

17.    B

18.    B

19.    B

20.    A

Sunday, 17 July 2022

Latihan dan sKema Jawapan PBD PJPK Unit 7 Rekreasi dan Kesenggangan

 Lengkapkan pernyataan tentang aktiviti pandu arah (orienteering) yang berikut.  TP 1, SP 9.1, 5.1.2

1.    Aktiviti pandu arah menggunakan _____________, ___________________ dan _________________

yang melibatkan kemahiran mengemudi ke beberapa titik kawalan atau distinasi.

2.    Titik kawalan merupakan ____________________________ yang ditentukan dan perlu disinggah oleh setiap pemain dalam aktiviti pandu arah.

3.    Pasukan atau individu yang dapat ___________________________ merupakan pemenang.

4.    Penanda kawalan ialah _____________________________ yang bertujuan untuk memastikan peserta pandu arah tiba di titik kawalan yang betul. 

5.    Nyatakan cara-cara menggunakan kompas.

a.    _______________________________ yang ingin serta _____________________________________

di hadapan anda.

b.    Pusingkan ___________________________ ke dalam anak panah orienteering yang menunjukkan arah utara.

c.    Arah pergerakan yang _____________________________________ tempat atau objek.

6.    Nyatakan 4 kemahiran asas dalam permainan dodgeball.

a.    _______________________________________________________

b.    _______________________________________________________

c.    _______________________________________________________

d.    _______________________________________________________

Skema Jawapan

1.    kompas, peta, kad arahan

2.    satu kedudukan yang terdapat dalam peta

3.    melalui semua titik kawalan dalam masa yang paling pantas

4.    penanda khas dengan kad dalam bentuk nombor atau huruf

5.    a.    berdairi menghadap tempat atau objek, pegang kompas secara mendatar

        b.    perumah kompas sehingga jarum magnetik masuk

        c.    ditunjukkan pada petunjuk arah kompas dan bacaan bearing

6.    a.    kemahiran membaling

        b.    kemahiran menangkap

        c.    kemahiran menghadang

        d.    kemahiran mengelak


Sunday, 9 January 2022

Modul Aktiviti Catch Up Plan (CUP) Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (PermerkasaanKU)

Pendidikan Kesihatan (PK)

Unit 1 Kesihatan Reproduktif Dan Sosial (PEERS)

Jawab semua soalan.

1.    Melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan.

A.    Identiti seksual

B.    Orientasi seksual

C.    Kesihatan diri

D.    Kesihatan mental

2.   Tarikan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina ialah

A.    Biseksual

B.    Heteroseksual

C.    Homosapiens

D.    Homoseksual

3.    James telah berkahwin dengan seorang wanita dan mempunyai dua orang anak, namun pada masa yang sama James juga tertarik secara seksual kepada lelaki lain. Hal ini menunjukkan bahawa orientasi seksual James cenderung kepada

A.    biseksual

B.    homoseksual

C.    heteroseksual

D.    natural

4.    Kecenderungan identiti personal terhadap seksual tertentu yang akan mencerminkan diri individu sama ada terarah kepada heteroseksual, homoseksual atau biseksual ialah

A.    Orientasi seksual

B.    jenis seksual

C.    identiti seksual

D.    homoseksual

5.    Selain daripada aspek penjagaan serta amalan kebersihan dan kesihatan diri, kehormatan diri seseorang juga berkait rapat dengan

A.    kecantikan diri

B.    keselamatan diri

C.    kecenderungan diri

D.    kebolehan diri 

6.   Apakah kesan terhadap remaja sekiranya mereka tidak menjaga kehormatan diri? 

A.   Keputusan akademik meningkat

B.   Imej diri dan keluarga tercemar

C.   Keyakinan diri akan meningkat

D.   sahabat akan bertambah 

7.   Homoseksual merupakan

A.    tarikan seksual terhadap jantina yang sama
B.   tarikan seksual individu terhadap lelaki dan perempuan

C.   tarikan seksual lelaki terhadap wanita
D.   tarikan seksual wanita terhadap lelaki   

8.   Antara berikut, yang manakah kepentingan penjagaan kesihatan diri?    

A.    Badan akan berbau busuk

B.    Terhidar daripada penyakit
C.    Mudah mendapat penyakit berjangkit

D.    Menyebabkan berlakunya keracunan makanan  

9.    Perasaan tarikan seksual seseorang kepada orang lain yang berlainan atau sama jantina, atau kedua-dua jantina atau lebih dinamakan


A.    homoseksual

B.    orientasi seksual

C.    identiti seksual

D.    biseksual

10.    Apakah yang dimaksudkan dengan heterooseksual

A.    tarikan seksual terhadap individu atau pasangan kedua-dua jantina

B.    tarikan seksual terhadap individu atau pasangan yang sama jantina

C.    tarikan seksual terhadap individu atau pasangan yang berlainan jantina

D.    semua jawapan di atas salah


Sila rujuk jawapan di buku teks. 

Tuesday, 30 November 2021

Soalan dan Skema Jawapan PJPK Tingkatan 2 Sepak Takraw

Jawab semua soalan.

1.    Permainan sepak takraw dikategorikan sebagai permainan 

A.    serangan
B.    jaring
C.    bertahan
D.    tiada yang betul

2.    Satu pasukan dianggotai oleh _______________ pemain termasuk pemain simpanan.

A.    3 orang
B.    4 orang
C.    5 orang 
D.    6 orang
3.    Pemain perlu melakukan tidak melebihi ______________kali  sentuhan sebelum bola dihantar kepada pihak lawan.

A.    2 
B.    3
C.    4
D.    5

4.     Berapakah saiz gelanggang sepak takraw?

A.    12.4 meter panjang X 5.1 meter lebar
B.    13.4 meter panjang X 6.1 meter lebar
C.    14.4 meter panjang X 7.1 meter lebar
D.    15.4 meter panjang X 8.1 meter lebar
5.    Berapakah ketinggian tiang jaring untuk kategori lelaki?

A.    4.55 meter
B.    3.55 meter
C.    2.55 meter
D.    1.55 meter

6.    Berikut merupakan etika permainan sepak takraw kecuali...

A.    Berjabat tangan dengan pemain lawan serta pengadil sebelum dan selepas pertandingan
B.    Pemain perlu menyepak bola kepada pihak lawan apabila pertukaran servis
C.    Pemain dilarang menyepak bola semasa permainan terhenti
D.    Pemain hendaklah meleretkan bola kepada pihak lawan semasa pertukaran servis
7.    Apakah nama 3 posisi pemain sepak takraw?

I.    apit kanan
II.    apit tengah
III.    apit kiri 
IV.    Tekong
A.    I, II, III
B.    I, II, IV
C.    I, III, IV
D.    II, III, IV

8.    Senaraikan 4 kemahiran asas permainan sepak takraw.

i.    ________________________________________________
ii.    ________________________________________________
iii.    _______________________________________________
iv.    _______________________________________________

9.    Sepak sila dalam permainan sepak takraw menggunakan bahagian ________________________ kaki.

A.    atas
B.    luar
C.    tepi
D.    dalam

10.    Nyatakan dua jenis servis dalam permainan sepak takraw?

i.    _________________________________
ii.    _________________________________

11.    __________________ ialah kemahiran yang utama dalam melakukan serangan untuk mendapatkan mata.

A.    Servis
B.    Tekong
C.    Melibas
D.    Menanduk
SKEMA JAWAPAN

1.    B

2.    C
3.    B
4.    B
5.    D
6.    B
7.    C
8.    D
9.    Rujuk buku teks
10.  Rujuk buku teks
11.    C





Ketahui Lebih Lanjut