Sunday, 9 January 2022

Modul Aktiviti Catch Up Plan (CUP) Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (PermerkasaanKU)

Pendidikan Kesihatan (PK)

Unit 1 Kesihatan Reproduktif Dan Sosial (PEERS)

Jawab semua soalan.

1.    Melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan.

A.    Identiti seksual

B.    Orientasi seksual

C.    Kesihatan diri

D.    Kesihatan mental

2.   Tarikan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina ialah

A.    Biseksual

B.    Heteroseksual

C.    Homosapiens

D.    Homoseksual

3.    James telah berkahwin dengan seorang wanita dan mempunyai dua orang anak, namun pada masa yang sama James juga tertarik secara seksual kepada lelaki lain. Hal ini menunjukkan bahawa orientasi seksual James cenderung kepada

A.    biseksual

B.    homoseksual

C.    heteroseksual

D.    natural

4.    Kecenderungan identiti personal terhadap seksual tertentu yang akan mencerminkan diri individu sama ada terarah kepada heteroseksual, homoseksual atau biseksual ialah

A.    Orientasi seksual

B.    jenis seksual

C.    identiti seksual

D.    homoseksual

5.    Selain daripada aspek penjagaan serta amalan kebersihan dan kesihatan diri, kehormatan diri seseorang juga berkait rapat dengan

A.    kecantikan diri

B.    keselamatan diri

C.    kecenderungan diri

D.    kebolehan diri 

6.   Apakah kesan terhadap remaja sekiranya mereka tidak menjaga kehormatan diri? 

A.   Keputusan akademik meningkat

B.   Imej diri dan keluarga tercemar

C.   Keyakinan diri akan meningkat

D.   sahabat akan bertambah 

7.   Homoseksual merupakan

A.    tarikan seksual terhadap jantina yang sama
B.   tarikan seksual individu terhadap lelaki dan perempuan

C.   tarikan seksual lelaki terhadap wanita
D.   tarikan seksual wanita terhadap lelaki   

8.   Antara berikut, yang manakah kepentingan penjagaan kesihatan diri?    

A.    Badan akan berbau busuk

B.    Terhidar daripada penyakit
C.    Mudah mendapat penyakit berjangkit

D.    Menyebabkan berlakunya keracunan makanan  

9.    Perasaan tarikan seksual seseorang kepada orang lain yang berlainan atau sama jantina, atau kedua-dua jantina atau lebih dinamakan


A.    homoseksual

B.    orientasi seksual

C.    identiti seksual

D.    biseksual

10.    Apakah yang dimaksudkan dengan heterooseksual

A.    tarikan seksual terhadap individu atau pasangan kedua-dua jantina

B.    tarikan seksual terhadap individu atau pasangan yang sama jantina

C.    tarikan seksual terhadap individu atau pasangan yang berlainan jantina

D.    semua jawapan di atas salah


Sila rujuk jawapan di buku teks. 

No comments:

Post a Comment

Ketahui Lebih Lanjut