Monday 16 August 2021

PJPK Tingkatan 3 Unit 1, 1.6 Penyakit

HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus. Ia merupakan sejenis jangkitan virus yang sering dikaitkan dengan penyakit AIDS.  Ia adalah sejenis virus yang melumpuhkan sistem pertahanan badan manusia. Virus HIV sangat berbahaya kepada manusia sebab ianya tidak menampakkan gejala atau simptom dalam jangka masa yang lama dalam badan seseorang itu. Seseorang yang telah dijangkiti HIV masih boleh dan mampu menjalankan rutin kehidupan seharian dalam tempoh masa yang lama sehingga bertahun tanpa menunjukkan sebarang gejala atau simptom.

Kronologi jangkitan HIV sehingga menyebabkan penyakit AIDS pada seseorang biasa mengambil tempoh masa yang lama. Ini juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang yang telah dijangkiti HIV tersebut. Walau bagaimanapun jangkitan HIV ini akan terus merebak dalam badan pembawanya sehinggalah ke peringkat simptomatik. Di peringkat inilah seseorang yang dijangkiti HIV mula menunjukkan gejala atau simptom seperti radang paru-paru dan pelbagai jenis penyakit yang jarang diketahui menyerang manusia. Tontoni video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jangkitan HIV dan penyakit AIDS seperti punca, kesan dan cara pencegahan. 

 

Ketahui Lebih Lanjut