Wednesday 20 July 2016

Instrument Pentaksiran PT3 KHB-PK

Salam sejahtera.

Bagi memudahkan para guru menyediakan Instrument Pentaksiran untuk membuat latihan peperiksaan dan latihan ulangkaji di sini diposkan Instrument Pentaksiran Standard untuk dikongsikan bersama.

Selain itu, ianya juga sangat sesuai untuk para pelajar membuat latih tubi sebelum peperiksaan atau pentaksiran sebenar.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Sila KLIK link di bawah:

Instrument PT3 KHB-PK Tingkatan 1


Panduan Penskoran/Jawapan



Friday 8 July 2016

Instrument Pentaksiran PT3 KHB-Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

Salam sejahtera,

Tanpa disedari sesi persekolahan telahpun masuk penggal kedua atau semester dua. Semester ini merupakan masa yang sangat penting iaitu fasa pengujian dan penilaian. Sudah tentunya pelbagagi kaedah dan strategi digunakan oleh para pendidik untuk menguji dan menilai pencapaian pelajar masing-masing demi untuk mencapai peratusan gred yang terbaik. 

Bagi memudahkan para guru menyediakan Instrument Pentaksiran PT3 dan juga pelajar untuk membuat ulangkaji di sini dipostkan set lengkap Instrument Pentaksiran PT3 untuk rujukan dan dikongsikan bersama. Semoga dapat membantu.

Sila KLIK pada link di bawah.

Instrument Pentaksiran PT3 KHB-ERT


Panduan Penskoran/Skema Jawapan

Wednesday 6 July 2016

Instrument Pentaksiran dan Jawapan PT3 KHB-KT

Salam sejahtera. 

Seperti kita semua maklum, sesi persekolahan telah masuk semester dua atau penggal kedua persekolahan. Semester ini merupakan masa yang sangat penting bagi guru-guru di setiap sekolah bagi melihat hasil kemenjadian pelajar mereka. 

Semester ini juga dipanggil fasa penilaian di mana semua peperiksaan dilaksanakan mengikut format standard demi untuk menguji tahap pemahaman pelajar. 

Demi untuk memudahkan para guru menyediakan Instrument Pentaksiran, di sini dipostkan beberapa contoh Instrumen Pentaksiran untuk dikongsikan bersama. Semoga dapat dimanfaatkan dan membantu. 

Sila KLIK pada link di bawah;








Friday 10 June 2016

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1

Salam, 

Bagi mempersiapkan diri demi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menginginkan perubahan demi kebaikan dan pemantapan dalam mata pelajaran/subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), maka kita haruslah rela menerima perubahan tersebut. 

Seperti diketahui umum, bermula tahun 2017 mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) akan ditukarkan kepada mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK) dalam KSSM. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan subjek wajib yang manakah ianya akan menggantikan KHB manakala ASK adalah sebagai pilihan.

Bagi pihak pentadbir sekolah, guru-guru yang terlibat khasnya guru KHB dan guru aliran teknik dan vokasional serta para pelajar menengah rendah khususnya pelajar tingkatan 1, kesediaan dari segi mental, fizikal, rohani dan emosi amatlah diperlukan dan dititikberatkan demi menghadapi perubahan yang sangat besar ini. Guru-guru KHB akan berasa kehilangan yang sangat besar apabila subjek KHB yang mereka telah ajar untuk sekian lama akan bertukar kepada subjek baru iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Walau bagaimanapun semua ini harus diterima dengan hati terbuka demi untuk menyahut seruan KPM yang menginginkan perubahan demi kebaikan dan pemantapan dalam mata pelajaran KHB.

Bagi semua yang terlibat, khasnya guru KHB dan guru aliran teknik dan vokasional serta para pelajar menengah rendah khususnya pelajar tingkatan 1, di sini diposkan Dokumen Standard Kurikukum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Sekolah Menengah untuk panduan dan rujuk semua. 

Sila KLIK pada link di bawah;



Wednesday 27 April 2016

Cara membuat sasaran Gred dan Peratusan PT3

Salam rakan-rakan guru Kemahiran Hidup yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita kerana subjek kita masih bertahan sehingga ke hari ini. Banyak perubahan,kemajuan dan perkembangan yang berlaku dalam subjek kita demi untuk memantapkan pencapaian anak murid kita disamping itu untuk menyahut seruan Kementerian Pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Di sini dipostkan satu fomula/cara untuk membuat sasaran pencapaian murid dalam bentuk gred dan peratusan untuk dimanfaatkan oleh kita bersama. Semoga dapat membantu


Sila klik pada link di bawah

Cara membuat sasaran Gred PT3

Saturday 23 April 2016

Instrumen Pentaksiran PT3 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)-KT

Salam sejahtera,

Instrumen Pentaksiran Tingkatan Tiga atau lebih dikenali sebagai PT3, merupakan suatu instrumen yang sangat penting untuk menguji tahap penerimaan atau pemahaman serta pencapaian  pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah yang telah dilaksanakan oleh para guru.

Instrumen Pentaksiran yang standard dan berkualiti serta mengikut aras kesukaran yang ditetapkan oleh setiap subjek adalah penting bagi menilai setiap orang pelajar yang telah diajar.

Soalan Percubaan Bahasa Melayu PT3

Instrumen Pentaksiran masa kini perlu diterapkan dengan unsur KBAT (HOTs) bagi memenuhi keperluan aspirasi dan kehendak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di sini diposkan contoh Instrumen Pentaksiran PT3 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun berserta Panduan Penskoran untuk dimanfaatkan bersama.

Sila KLIK pada link di bawah;




Monday 29 February 2016

Semak Keputusan SPM 2015


Calon-calon SPM 2015 pasti tertunggu-tunggu bilakah keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan keluar. Mana tidaknya setelah bertungkus lumus menjawab soalan Peperiksaan yang bermula seawal 2 November 2015 hingga 8 Disember 2015 yang lepas.

Tarikh jangkaan adalah minggu pertama bulan Mac 2016 berdasarkan rekod tahun yang lepas iaitu pada 5 Mac 2015. 

Semakan keputusan SPM boleh dilakukan secara online melalui aplikasi semakan di LPM dan melalui SMS seperti di bawah pada hari keputusan diumumkan iaitu;

1. Semakan Keputusan SPM 2015 secara online; 
    Aplikasi semakan Keputusan SPM 2015- KLIK LPM

2. Semakan Keputusan SPM 2015 melelui SMS ialah Taip SPM<jarak>Nombor kad pengenalan<jarak>nombor angka giliran dan hantar SMS ke  15888

Ini adalah Pernyataan Akhbar mengenai Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini bermakna keputusan SPM tahun 2015 akan diumumkan pada 3 Mac 2016 iaitu hari khamis.

Wednesday 3 February 2016

Instrumen Pentaksiran TIngkatan 3 (PT3) KHB-Kemahiran Teknikal (KT)

Salam,

Di sini dipostkan beberapa contoh Instrumen PT3 untuk rujukan dan kegunaan rakan-rakan semua.

Tujuannya adalah untuk memudahkan rakan-rakan guru menyediakan set Soalan PT3 berdasarkan format yang standard untuk menguji dan menilai sejauh manakah pelajar dapat mengikut proses pengajaran dalam bilik darjah. Maklumlah sekarang ini tugas seorang guru atau pendidik itu bukan sahaja terhad dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tapi jauh sekali daripada tugas tersebut. Sebagai contoh guru akan terpaksa meninggalkan proses pengajaran dalam bilik darjah apabila diarah untuk mengiringi pasukan sekolah ke sesuatu pertandingan dan sebagainya.

Selain itu, ianya juga baik para pelajar untuk membuat ulangkaji.

Sila KLIK pada LINK di bawah;

Soalan Pentaksiran PT3 KHB- Kemahiran Teknikal


Soalan Pentaksiran PT3 KHB-Kemahiran Teknikal


Soalan Pentaksiran PT3 KHB-Kemahiran Teknikal Tingkatan 1

Tuesday 2 February 2016

Instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) KHB-Pertanian

Salam sejahtera semua. 

Tanpa disedari bulan Januari telah pun melabuhkan tirainya dan bulan Febuari menjelma dengan penuh harapan. Para guru atau pendidik sudah pastinya antara golongan profesional yang paling sibuk untuk meneliti segala tugasan yang telah dirancang bagi memastikan dapat dilaksanakan mengikut jadual atau takwim Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah khususnya.

Antara agenda utama yang mesti dilaksanakan oleh seorang guru atau pendidikan adalah menyediakan Peperiksaan dan Penilaian bagi setiap orang pelajarnya. Ini adalah untuk menilai dan memastikan sejauh mana pelajarnya dapat mengikut proses pengajaran dan pembelajaranya sama ada di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah.

Di sini diposkan set soalan standard Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berserta Panduan Penskoran lengkap untuk dikongsikan bersama bagi memudahkan para guru menyediakan Instrumen Pentaksiran untuk menilai sejauh manakah pelajar dapat mengikut proses pengajaran dan penbelajaran sepanjang masa.


Sila KLIK pada LINK di bawah

Soalan PT3 KHB-Pertanian

Panduan Penskoran PT3 KHB-Pertanian

Soalan PT3 KHB-Pertanian

Panduan Penskoran PT3 KHB-Pertanian

Sunday 10 January 2016

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Lengkap KHB

Bagi menjaminkan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dapat dilaksanakan dengan berjaya, berkesan dan sistematik, seseorang guru itu mesti menyediakan dan mempunyai Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan panduan pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru  dalam mengurus, mengawal dan melaksanakan proses pengajarannya dalam sesebuah kelas. Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dan terkini terdapat beberapa aspek yang perlu ada untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berjayanya.

Di sini  dipostkan contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap dan dibuat dengan menggunakan Microsoft Excell yang boleh dieditkan bagi memudahkanianya diedit mengikut kesesuaian masing-masing.

Sila Klik link di bawah berikut;



Ketahui Lebih Lanjut