Jawab semua soalan.
1. Berikan maksud tradisi
A. kesusilaan
B. kesopanan
C. amalan turun temurun
D. bahasa turun temurun
2. Tradisi kekeluargaan terdiri daripada
A. adab makan
B. kesenian
C. perayaan
D. semua di atas
3. Bersalaman sambil mencium tangan orang yang lebih tua merupakan tradisi masyarakat kaum
A. Cina
B. India
C. Melayu
D. Iban
4. Makan besar bersama anggota keluarga pada malam sebelum Tahun Baru Cina merupakan tradisi masyarakat kaum
A. Inggeris
B. Melayu
C. Kadazan
D. Cina
5. Mengikat dua batang pokok pisang di halaman rumah pengantin sebagai tanda penerusan warisan merupakan tradisi masyarakat kaum
A. India
B. Melayu
C. Bidayuh
D. Cina
6. Menganggap orang yang mempunyai nama yang sama merupakan adik- beradik merupakan tradisi masyarakat kaum
A. Cina
B. India
C. Bajau
D. Bidayuh
7. Berikut merupakan tanggungjawab sebagai anggota keluarga KECUALI
A. memastikan keselamatan anggota keluarga
B. menjaga nama baik keluarga
C. menyayangi setiap anggota keluarga
D. melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum
8. Berikut merupakan kepentingan mengekalkan amalan tradisi kekeluargaan yang betul
I. mengeratkan hubungan antara anggota keluarga
II. mewujudkan keharmornian dalam keluarga
III. menyatupadukan anggota keluarga
IV. identiti kekeluargaan akan hilang
A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. I, III, IV
9. Kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri ialah
I. maruah keluarga terpelihara
II. anggota keluarga saling mempercayai
III. keluarga bahagia dapat diwujudkan
IV. keluarga dihormati oleh masyarakat sekeliling
A. I dan II
B. I, II, dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III, dan IV
10. Berikut merupakan kesan pengabaian amalan tradisi kekeluargaan kecuali
I. sesuatu kaum akan hilang identiti
II. hubungan kekeluargaan akan hilang
III. adat penyatuan kaum akan hilang
IV. tradisi kekeluargaan akan terus mekar
A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. I, III, IV
SKEMA JAWAPAN
1. C
2. D
3. C
4. D
5. A
6. D
7. D
8. A
9. D
10. A