Saturday 12 December 2015

Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2015 dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM

Setelah sebulan bercuti selepas berhempas pulas menjawab Instrumen/soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2015, kini adalah masa yang amat dinanti-nantikan oleh pelajar Tingkatan 3, apabila semakan Berita semasa menunjukkan yang Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) baru sahaja mengumumkan tarikh semakan keputusan PT3 2015 akan diumumkan pada minggu kedua bulan Disember ini selepas keputusan UPSR 2015 yang akan diumumkan pada 23 November lepas.
pt3-2015

Walaupun, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dimulakan pada pertengahan tahun 2014 yang lepas sehingga mendapat teguran dan aduan mengenai cara pelaksanaan yang dilihat terburu-buru akhirnya ia telah berjaya berlangsung dengan baik pada tahun 2015 iaitu tahun kedua pelaksanaannya. Bagi calon PT3 telah selesai menjalani peperiksaan awam PT3 untuk tahun 2015, semakan keputusan PT3 boleh disemak seperti berikut;
  • Tarikh keputusan PT3 2015 keluar di SAPS : 14 Disember 2015
  • Tarikh ambil sijil result PT3 2015 : 14 hingga22 Disember 2015 (bergantung kepada pihak sekolah masing-masing)
Pastikan anda memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
Untuk semakan keputusan PT3 secara online anda boleh lakukannya melalui kemudahan portal www.moe.gov.my ataupun untuk lebih mudah pelajar dan ibu bapa boleh terus lakukan semakan SAPS (http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php) setelah keputusan dikeluarkan.


Friday 11 December 2015

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) KHB (Kemahiran Hidup Bersepadu) 2016

Salam sejahtera, 

Bagi memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang tahun dapat dilaksanakan dengan berkesan, sistematik dan berjaya, seseorang itu perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan. Ini adalah sebagai panduan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Rancangan Pengajaran Tahunan adalah perancangan yang sistematik berpandukan takwim persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Berikut ialah senarai Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi mata pelajaran KHB tahun 2016 yang telah dilengkapkan dengan catatan perlaksanaan PBS (PPPM) & cadangan penggunaan peta i-THINK yang berwarna-warni. RPT ini dalam msword 97-2003 dan boleh edit mengikut kesesuaian. 


Sila Klik Pada Link Di Bawah:





Saya amat berharap kita semua dapat menmanfaatkan. Sila beri komen untuk penambahbaikan.

Format Terkini PT3 Bagi Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Ujian Bertulis

Salam sejahtera,

Walaupun Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dilaksanakan selama dua tahun, namun ramai yang masih keliru antara PT3 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Masih ada suara-suara yang mahukan PT3 diberhentikan dan meneruskan kembali PMR dengan menambahbaikkannya. Masalah ini timbul kerana masih ramai yang kurang faham tentang FORMAT sebenar PT3 dan juga tujuan ianya dilaksanakan untuk menggantikan PMR.

Berikut adalah format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) terkini bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) (Ujian Bertulis).

Penerangan 
Instrumen Pentaksiran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B, di mana memerlukan murid memberikan respon secara bertulis dalam bentuk objektif dan subjektif.

Bentuk Instrumen
Bahagian A ialah Ujian Objektif Non-MCQ manakala Bahagian B ialah Ujian Subjektif.

Jenis Item
Bagi Bahagian A adalah berbentuk Objektif jenis Supply Type dan Select Type manakala Bahagian B adalah berbentuk Subjektif jenis Item respon terhad dan Item berstruktur.

Bilangan Soalan
Bahagian A ialah 20 soalan iaitu 11 dari Bahagian Teras dan 9 dari Bahagian Elektif manakala Bahagian B ialah 4 soalan iaitu 3 Bahagian Teras dan 1 Bahagian Elektif.

Konstruk
Bahagian A adalah Pengetahuan, manakala Bahagian B adalah Kefahaman,  Aplikasi, Analisis dan Penilaian

Aras Kesukaran Instrumen
Rendah 3, Sederhana 4, Tinggi 3 (3:4:3)

Jumlah markah
Bahagian A adalah 60 markah manakala Bahagian B adalah 40 markah

Cakupan Konteks
Mencakupi semua bidang pembelajaran dari tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

Tempoh masa 
Masa menjawab adalah 2 jam

Kaedah Penskoran
Kaedah penskoran bagi kedua-dua bahagian adalah Analitik.

Harap kita sama-sama memanfaatkannya untuk kebaikan bersama.




Ketahui Lebih Lanjut