Showing posts with label infokhb. Show all posts
Showing posts with label infokhb. Show all posts

Monday, 7 June 2021

Lagu dan Note Sheet Sekolah, SMK Jalan Arang YEA 1206

 Salam  Sejahtera.

Lagu sekolah merupakan salah satu aspek penting yang harus dihafal dan difahami oleh setiap orang murid sekolah tersebut. Ia adalah sebaris dengan Visi, Misi, Logo Sekolah  dan HalaTuju sekolah tersebut. 

Di sini disertakan link untuk mengakses pada Lagu serta Note Sheet bagi Lagu Sekolah SMK Jalan Arang untuk memudahkan murid-murid belajar menyanyi, bermain alat musik serta menghafalkannya.

Sila klik link di bawah 👇untuk keterangan lanjut.

                     Lagu Sekolah, SMK Jalan Arang


             Note Sheet Lagu Sekolah SMK Jalan Arang

Sunday, 6 June 2021

Sidang Media Pengoperasian Sekolah dan Takwim Persekolah KPM 2021 Terkini

Salam  Sejahtera,

Ramai yang bertanya, status pengoperasian sekolah selepas cuti pertengahan tahun tamat pada 13 Jun 2021. Adakah sekolah akan dibuka dan pengajaran pembelajaran bersemuka dijalankan seperti dahulu?  Adakah PDPR akan diteruskan lagi? Ini adalah antara persoalan yang semakin bergelora difikiran masyarakat kita masa ini.

Guru, ibu bapa dan murid, masing-masing tidak sabar untuk menantikan sidang media dari KKM dan Menteri Pendidikan berkenaan Pengoperasian dan juga Takwim Sekolah terkini. Mana tikadnya, persiapan awal perlu dilakukan sekiranya perubahan berlaku demi kelancaran rutin harian terutamanya bila berhadapan dengan rutin norma baharu. 

Kita bersyukur di bawah pentadbiran negara yang prihatin, Final Sidang Media Pengoperasian Sekolah dan Takwim Persekolahan 2021 telah di buat oleh Menteri Pendidikan. Ini dapat menjawab segala persoalan berkenaan status Pengoperasian Sekolah terkini.

Sila klik link di bawah 👇untuk melihat dan mengetahui status terkini.

Final Sidang Media Pengoperasian Sekolah dan Takwim Sekolah 2021

Friday, 4 June 2021

Keputusan SPM 2020

 Salam sejahtera.

Ramai yang tanya tentang Keputusan SPM 2020. Bila agaknya keputusan SPM 2020 akan keluar? Biasanya yang paling berdebar ialah ibu bapa murid, tidak kurang juga guru-guru subjek dan calon SPM sendiri. 

Untuk menjawab persoalan ini, dikongsikan makluman daripada Pengarah Peperiksaan, LPM sendiri berkenaan tarikh keputusan rasmi SPM 2020.

Sila klik link di bawah 👇 untuk maklumat lanjut;

Kenyataan Pengarah Peperiksaan, LPM

Kenyataan Media KPM, Tarikh Keputusan SPM 2020

Tuesday, 26 December 2017

Rancangan Pengajaran Harian Abad Ke 21 (PAK21)

Salam sejahtera semua. Pengajaran Abad ke 21 sedang hangat diperkatakan masa ini. Apa tidaknya demi untuk meningkatkan pencapaian murid sejajar dengan kehendak dan teknologi semasa.

Di sini diposkan contoh Rancangan Pengajaran Harian Abad ke 21 (PAK21) untuk rujukan semua.

Sila klik link di bawah↴
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Abad Ke 21

Friday, 10 June 2016

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1

Salam, 

Bagi mempersiapkan diri demi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menginginkan perubahan demi kebaikan dan pemantapan dalam mata pelajaran/subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), maka kita haruslah rela menerima perubahan tersebut. 

Seperti diketahui umum, bermula tahun 2017 mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) akan ditukarkan kepada mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK) dalam KSSM. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan subjek wajib yang manakah ianya akan menggantikan KHB manakala ASK adalah sebagai pilihan.

Bagi pihak pentadbir sekolah, guru-guru yang terlibat khasnya guru KHB dan guru aliran teknik dan vokasional serta para pelajar menengah rendah khususnya pelajar tingkatan 1, kesediaan dari segi mental, fizikal, rohani dan emosi amatlah diperlukan dan dititikberatkan demi menghadapi perubahan yang sangat besar ini. Guru-guru KHB akan berasa kehilangan yang sangat besar apabila subjek KHB yang mereka telah ajar untuk sekian lama akan bertukar kepada subjek baru iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Walau bagaimanapun semua ini harus diterima dengan hati terbuka demi untuk menyahut seruan KPM yang menginginkan perubahan demi kebaikan dan pemantapan dalam mata pelajaran KHB.

Bagi semua yang terlibat, khasnya guru KHB dan guru aliran teknik dan vokasional serta para pelajar menengah rendah khususnya pelajar tingkatan 1, di sini diposkan Dokumen Standard Kurikukum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Sekolah Menengah untuk panduan dan rujuk semua. 

Sila KLIK pada link di bawah;



Wednesday, 27 April 2016

Cara membuat sasaran Gred dan Peratusan PT3

Salam rakan-rakan guru Kemahiran Hidup yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita kerana subjek kita masih bertahan sehingga ke hari ini. Banyak perubahan,kemajuan dan perkembangan yang berlaku dalam subjek kita demi untuk memantapkan pencapaian anak murid kita disamping itu untuk menyahut seruan Kementerian Pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Di sini dipostkan satu fomula/cara untuk membuat sasaran pencapaian murid dalam bentuk gred dan peratusan untuk dimanfaatkan oleh kita bersama. Semoga dapat membantu


Sila klik pada link di bawah

Cara membuat sasaran Gred PT3

Monday, 29 February 2016

Semak Keputusan SPM 2015


Calon-calon SPM 2015 pasti tertunggu-tunggu bilakah keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan keluar. Mana tidaknya setelah bertungkus lumus menjawab soalan Peperiksaan yang bermula seawal 2 November 2015 hingga 8 Disember 2015 yang lepas.

Tarikh jangkaan adalah minggu pertama bulan Mac 2016 berdasarkan rekod tahun yang lepas iaitu pada 5 Mac 2015. 

Semakan keputusan SPM boleh dilakukan secara online melalui aplikasi semakan di LPM dan melalui SMS seperti di bawah pada hari keputusan diumumkan iaitu;

1. Semakan Keputusan SPM 2015 secara online; 
    Aplikasi semakan Keputusan SPM 2015- KLIK LPM

2. Semakan Keputusan SPM 2015 melelui SMS ialah Taip SPM<jarak>Nombor kad pengenalan<jarak>nombor angka giliran dan hantar SMS ke  15888

Ini adalah Pernyataan Akhbar mengenai Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini bermakna keputusan SPM tahun 2015 akan diumumkan pada 3 Mac 2016 iaitu hari khamis.

Thursday, 31 December 2015

Keputusan Kemasukan ke Sekolah Teknik dan Vokasional 2016

Salam sejahtera semua, 
Bagi pelajar-pelajar yang telah memohon untuk Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik bagi Ambilan Januari 2016, bolehlah membuat semakan status permohonan secara atas talian (online).
Check Online KV Dan SMT 2016

Tarikh semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2016 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal rasmi.

Calon boleh menyemak keputusan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 18 Januari 2016 hingga 25 Januari 2016 (tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa). Calon juga dinasihatkan agar sentiasa melayari Portal Rasmi KPM bagi mendapatkan info terkini.

Bagi calon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran, pendaftaran bagi Program yang ditawarkan di Institusi terlibat akan dilaksanakan pada 26 Januari 2016 (tertakluk kepada perubahan dan pindaan semasa).

Bagi calon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat permohonan rayuan dengan berhubung (hadir) terus ke institusi yang terlibat untuk membuat rayuan bermula dari tarikh keputusan permohonan diumumkan. Keputusa rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat di institusi terlibat selepas pendaftaran pelajar baharu.

Ringkasan Info 

Temuduga dan Semakan Tawaran KV dan SMT
  • Sesi temuduga dan pemilihan calon adalah bergantung kepada institusi terlibat.
  • Sistem Semakan Keputusan secara Online akan diaktifkan mulai minggu ke 3 bulan Januari 2016 (jangkaan tarikh adalah 18 Januari 2016)
  • Tarikh sebenar (rasmi) akan dimaklumkan oleh KPM dalam Portal Rasmi KPM iaitu http://www.moe.gov.my
  • Pendaftaran di sekolah Teknik dan Vokasional adalah 26 Januari 2016



Thursday, 24 December 2015

Tarikh dan Keputusan SPM 2015 diumumkan

Setelah hampir sebulan calon-calon SPM 2015 menamatkan perjuangan dalam mengharungi peperiksaan SPM tahun ini, kini ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar Lembaga Peperiksaan, KPM mengumumkan tarikh dan keputusan yang amat dinanti-nantikan.

Berdasarkan semakan dan rekod tahun- tahun lepas terhadap tarikh pengumuman SPM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Mac untuk mengumumkan keputusan SPM.

Pemilihan tarikh dalam bulan Mac bagi mengumumkan keputusan SPM tersebut, membolehkan calon mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian Pra Universiti, Asasi dan Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara.

Berikut adalah maklumat untuk mendapatkan keputusan (result) SPM 2015 pada tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan nanti.

SMS Dan Online Tarikh Dan Masa Jangkaan minggu kedua bulan Mac 2016, bermula jam 10 pagi.

Tarikh sebenar (rasmi) akan dimaklumkan Lokasi / Tempat Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu. 

Calon boleh Semakan Keputusan SPM 2015 Guna Sms menerusi Sistem Mesej Singkat mySMS dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut;

Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888 Contoh: SPM 981234131234 SA001A067 hantar ke 15888 
Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online Sila layari pautanhttps://sppat.moe.gov.my/semakan Nota: Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2015 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

Pautan Sumber: mysumber.com

Sunday, 13 December 2015

Semak Panduan Gred PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) 2015 KPM Yang Terkini

Ramai yang masih tertanya-tanya macam mana Pengredan Markah PT3 dilaksanakan. Berbeza dengan PMR, PT3 adalah lebih menyeluruh dan menguji tahap calon dengan begitu terperinci dan bukannya bergantung kepada ujian bertulis dan objektif sahaja seperti PMR. Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris calon perlu duduki ujian bertulis dan ujian lisan. Sementara itu, bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan ditaksir melalui ujian bertulis. Bagi subjek Sejarah dan Geografi pula pentaksiran dilakukan melalui kerja kursus, penyediaan projek, kerja lapangan dan kajian kes. Kesemua penilaian markah bagi setiap subjek direkodkan dan di kategorikan mengikut gred pemarkahan PT3 seperti yang tertera dibawah. 

Semak Gred PT3 2015 KPM Yang Terkini Bagi semua Subjek

  • Markah 85 hingga 100 dapat Gred A  iaitu Cemerlang
  • Markah 70 hingga 84 dapat Gred B iaitu Kepujian 
  • Markah 60 hingga 69 dapat Gred C iaitu Baik
  • Markah 50 hingga 59 dapat Gred D iaitu Memuaskan
  • Markah 40 hingga 49 dapat Gred E iaitu Mencapai Tahap Minimum
  • Markah 01 hingga 39 dapat Gred F iaitu Belum Mencapai Tahap Minimum
Bagi PT3 (Pentaksiran PT3), jika semua subjek mendapat gred E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai. Contoh: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun mendapat Gred E maka calon dikira Menguasai PT3 tetapi jika 1 dari subjek diatas mendapat gred F sebagai contoh Sains iaiah Gred F maka dikira Tidak Menguasai Tahap Minimum.
Keputusan PT3 adalah sangat diperlukan untuk calon memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Mene­ngah Teknik atau Kolej Vokasional dan untuk menentukan aliran yang diambil di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Saturday, 12 December 2015

Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2015 dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM

Setelah sebulan bercuti selepas berhempas pulas menjawab Instrumen/soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2015, kini adalah masa yang amat dinanti-nantikan oleh pelajar Tingkatan 3, apabila semakan Berita semasa menunjukkan yang Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) baru sahaja mengumumkan tarikh semakan keputusan PT3 2015 akan diumumkan pada minggu kedua bulan Disember ini selepas keputusan UPSR 2015 yang akan diumumkan pada 23 November lepas.
pt3-2015

Walaupun, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dimulakan pada pertengahan tahun 2014 yang lepas sehingga mendapat teguran dan aduan mengenai cara pelaksanaan yang dilihat terburu-buru akhirnya ia telah berjaya berlangsung dengan baik pada tahun 2015 iaitu tahun kedua pelaksanaannya. Bagi calon PT3 telah selesai menjalani peperiksaan awam PT3 untuk tahun 2015, semakan keputusan PT3 boleh disemak seperti berikut;
  • Tarikh keputusan PT3 2015 keluar di SAPS : 14 Disember 2015
  • Tarikh ambil sijil result PT3 2015 : 14 hingga22 Disember 2015 (bergantung kepada pihak sekolah masing-masing)
Pastikan anda memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
Untuk semakan keputusan PT3 secara online anda boleh lakukannya melalui kemudahan portal www.moe.gov.my ataupun untuk lebih mudah pelajar dan ibu bapa boleh terus lakukan semakan SAPS (http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php) setelah keputusan dikeluarkan.


Friday, 11 December 2015

Format Terkini PT3 Bagi Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Ujian Bertulis

Salam sejahtera,

Walaupun Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dilaksanakan selama dua tahun, namun ramai yang masih keliru antara PT3 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Masih ada suara-suara yang mahukan PT3 diberhentikan dan meneruskan kembali PMR dengan menambahbaikkannya. Masalah ini timbul kerana masih ramai yang kurang faham tentang FORMAT sebenar PT3 dan juga tujuan ianya dilaksanakan untuk menggantikan PMR.

Berikut adalah format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) terkini bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) (Ujian Bertulis).

Penerangan 
Instrumen Pentaksiran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B, di mana memerlukan murid memberikan respon secara bertulis dalam bentuk objektif dan subjektif.

Bentuk Instrumen
Bahagian A ialah Ujian Objektif Non-MCQ manakala Bahagian B ialah Ujian Subjektif.

Jenis Item
Bagi Bahagian A adalah berbentuk Objektif jenis Supply Type dan Select Type manakala Bahagian B adalah berbentuk Subjektif jenis Item respon terhad dan Item berstruktur.

Bilangan Soalan
Bahagian A ialah 20 soalan iaitu 11 dari Bahagian Teras dan 9 dari Bahagian Elektif manakala Bahagian B ialah 4 soalan iaitu 3 Bahagian Teras dan 1 Bahagian Elektif.

Konstruk
Bahagian A adalah Pengetahuan, manakala Bahagian B adalah Kefahaman,  Aplikasi, Analisis dan Penilaian

Aras Kesukaran Instrumen
Rendah 3, Sederhana 4, Tinggi 3 (3:4:3)

Jumlah markah
Bahagian A adalah 60 markah manakala Bahagian B adalah 40 markah

Cakupan Konteks
Mencakupi semua bidang pembelajaran dari tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

Tempoh masa 
Masa menjawab adalah 2 jam

Kaedah Penskoran
Kaedah penskoran bagi kedua-dua bahagian adalah Analitik.

Harap kita sama-sama memanfaatkannya untuk kebaikan bersama.




Sunday, 18 October 2015

Expected Target Result (ETR) bagi setiap mata pelajaran.

Salam semua, 

Peningkatan dan kemajuan berterusan secara konsisten merupakan suatu aspek atau petunjuk yang akan membawa seseorang pelajar itu dapat berjaya dengan cemerlangnya dalam pencapaian akademiknya.

Walaupun, tidak semua dapat mengukur sejauh mana peningkatan dan kemajuan serta penurunan seseorang pelajar atau anak itu dalam bidang akademik tanpa ada instument khas yang digunakan.

Expected Target Result (ETR) merupakan satu instrument yang sesuai digunakan untuk memantau peningkatan dan penurunan pelajar dalam akademiknya.
Di sini dipostkan contoh dan cara membuat ETR bagi setiap mata pelajaran untuk rujukan dan kegunaan semua.
Tujuannya adalah untuk;
1. memantau peningkatan dan kemajuan pelajar berdasarkan gred yang ditetapkan.
2. melihat sejauh mana KPI pengajar tercapai berdasarkan penetapan sasaran.
3. memudahkan tindakan susulan atau GROW dirangka dan dilaksanakan.

SILA KLIK PADA LINK DI BAWAH;
Expected Target Result (ETR) bagi semua mata pelajaran

Thursday, 16 July 2015

Apakah itu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)?

Sunday, 12 April 2015

Program Intervensi Lima Langkah (PILL) KHB-Pertanian

Program Intervensi Lima Langkah (PILL) KHB- KT

Ketahui Lebih Lanjut