Tuesday, 10 January 2023

Soalan dan Skema Jawapan UASA RBT

 Jawab semua soalan.

1.    Apakah definisi reka bentuk mekatronik?

A.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu elektrik

B.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu mekanikal

C.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu elektronik

D.    Reka bentuk produk atau sistem  yang mengandungi disiplin ilmu elektrik, elektronik, mekanikal, kawalan dan pengaturcaraan.

2.    "Bermula dengan penggunaan reka bentuk mekanikal bagi menggantikan tenaga manusia untuk menghasilkan suatu produk"

Pernyataan di atas merujuk kepada sejarah perkembangan Revolusi Industri 

A.    1.0

B.    2.0

C.    3.0

D.    4.0

3.    "Bermula pada akhir abad ke-20 dengan penggunaan meluas reka bentuk elektronik dan seterusnya pengabugan reka bentuk bagi menghasilkan reka bentuk mekatronik"

Pernyataan di atas merujuk kepada sejarah perkembangan Revolusi Industri 

A.    1.0

B.    2.0

C.    3.0

D.    4.0

4.    Elemen utama reka bentuk mekatronik ialah

A.    elektrik dan elektronik

B.    mekatronik dan mekanikal

C.    kawalan dan pengaturcaraan

D.    elektrik, elektronik, mekanikal, kawalan dan pengaturcaraan.

5.    Manakah yang merupakan teras dalam Revolusi Industri 4.0

A.    mekatronik

B.    elektronik

C.    data raya

D.    kemudahan asas

5.    Berikut merupakan produk mekatronik kecuali

A.    pintu gelonsor automatik

B.    mesin basuh automatik

C.    kereta kawalan jauh

D.    kipas angin

6.    Apakah yang dimaksudkan dengan gambar rajah blok?

A.    suatu lukisan perspektif

B.    suatu lukisan teknik 

C.    suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok

D.    suatu lukisan ceraian

7.    Berikan 3 bahagian utama dalam gambar rajah blok

A.    Input, masukan, mampatan

B.    Proses, keluaran, input

C.    Input, Proses, Output

D.    Output, Proses, Keluaran.

8.    Apakah fungsi mikropengawal dalam bahagian proses gambar rajah bagi kereta kawalan jauh

A.    menghantar isyarat input guna bluetooth

B.    terima dan proses isyarat input

C.    menggerakkan motor bagi memacu tayar

D.    bertindak sebagai pemacu motor

9.    Antara berikut manakah kriteria dalam borang kajian keperluan pengguna

A.    maklumat pelanggan

B.    kos produk

C.    jantina

D.    kekuatan dan kelemahan prosuk

10.    Mengapakah manusia membangunkan suatu produk?

A.    untuk kepuasan sendiri

B.    untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia

C.    untuk menggantikan produk yang lama

D.    supaya produk tidak habis di pasaran

11.    Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran?

A.    aktiviti menyalurkan barang dari pengeluar kepada pengguna akhir

B.    aktiviti membeli dan menjual barang untuk tujuan mendapat keuntungan

C.    aktiviti mencari keuntungan

D.    aktiviti mengred dan membungkus barang di gudang

Ketahui Lebih Lanjut