Wednesday 3 February 2016

Instrumen Pentaksiran TIngkatan 3 (PT3) KHB-Kemahiran Teknikal (KT)

Salam,

Di sini dipostkan beberapa contoh Instrumen PT3 untuk rujukan dan kegunaan rakan-rakan semua.

Tujuannya adalah untuk memudahkan rakan-rakan guru menyediakan set Soalan PT3 berdasarkan format yang standard untuk menguji dan menilai sejauh manakah pelajar dapat mengikut proses pengajaran dalam bilik darjah. Maklumlah sekarang ini tugas seorang guru atau pendidik itu bukan sahaja terhad dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tapi jauh sekali daripada tugas tersebut. Sebagai contoh guru akan terpaksa meninggalkan proses pengajaran dalam bilik darjah apabila diarah untuk mengiringi pasukan sekolah ke sesuatu pertandingan dan sebagainya.

Selain itu, ianya juga baik para pelajar untuk membuat ulangkaji.

Sila KLIK pada LINK di bawah;

Soalan Pentaksiran PT3 KHB- Kemahiran Teknikal


Soalan Pentaksiran PT3 KHB-Kemahiran Teknikal


Soalan Pentaksiran PT3 KHB-Kemahiran Teknikal Tingkatan 1

Tuesday 2 February 2016

Instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) KHB-Pertanian

Salam sejahtera semua. 

Tanpa disedari bulan Januari telah pun melabuhkan tirainya dan bulan Febuari menjelma dengan penuh harapan. Para guru atau pendidik sudah pastinya antara golongan profesional yang paling sibuk untuk meneliti segala tugasan yang telah dirancang bagi memastikan dapat dilaksanakan mengikut jadual atau takwim Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah khususnya.

Antara agenda utama yang mesti dilaksanakan oleh seorang guru atau pendidikan adalah menyediakan Peperiksaan dan Penilaian bagi setiap orang pelajarnya. Ini adalah untuk menilai dan memastikan sejauh mana pelajarnya dapat mengikut proses pengajaran dan pembelajaranya sama ada di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah.

Di sini diposkan set soalan standard Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berserta Panduan Penskoran lengkap untuk dikongsikan bersama bagi memudahkan para guru menyediakan Instrumen Pentaksiran untuk menilai sejauh manakah pelajar dapat mengikut proses pengajaran dan penbelajaran sepanjang masa.


Sila KLIK pada LINK di bawah

Soalan PT3 KHB-Pertanian

Panduan Penskoran PT3 KHB-Pertanian

Soalan PT3 KHB-Pertanian

Panduan Penskoran PT3 KHB-Pertanian

Ketahui Lebih Lanjut