Showing posts with label soalanpt3kt. Show all posts
Showing posts with label soalanpt3kt. Show all posts

Wednesday, 6 July 2016

Instrument Pentaksiran dan Jawapan PT3 KHB-KT

Salam sejahtera. 

Seperti kita semua maklum, sesi persekolahan telah masuk semester dua atau penggal kedua persekolahan. Semester ini merupakan masa yang sangat penting bagi guru-guru di setiap sekolah bagi melihat hasil kemenjadian pelajar mereka. 

Semester ini juga dipanggil fasa penilaian di mana semua peperiksaan dilaksanakan mengikut format standard demi untuk menguji tahap pemahaman pelajar. 

Demi untuk memudahkan para guru menyediakan Instrument Pentaksiran, di sini dipostkan beberapa contoh Instrumen Pentaksiran untuk dikongsikan bersama. Semoga dapat dimanfaatkan dan membantu. 

Sila KLIK pada link di bawah;








Wednesday, 3 February 2016

Instrumen Pentaksiran TIngkatan 3 (PT3) KHB-Kemahiran Teknikal (KT)

Salam,

Di sini dipostkan beberapa contoh Instrumen PT3 untuk rujukan dan kegunaan rakan-rakan semua.

Tujuannya adalah untuk memudahkan rakan-rakan guru menyediakan set Soalan PT3 berdasarkan format yang standard untuk menguji dan menilai sejauh manakah pelajar dapat mengikut proses pengajaran dalam bilik darjah. Maklumlah sekarang ini tugas seorang guru atau pendidik itu bukan sahaja terhad dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tapi jauh sekali daripada tugas tersebut. Sebagai contoh guru akan terpaksa meninggalkan proses pengajaran dalam bilik darjah apabila diarah untuk mengiringi pasukan sekolah ke sesuatu pertandingan dan sebagainya.

Selain itu, ianya juga baik para pelajar untuk membuat ulangkaji.

Sila KLIK pada LINK di bawah;

Soalan Pentaksiran PT3 KHB- Kemahiran Teknikal


Soalan Pentaksiran PT3 KHB-Kemahiran Teknikal


Soalan Pentaksiran PT3 KHB-Kemahiran Teknikal Tingkatan 1

Wednesday, 19 August 2015

Instrument Pentaksiran Peperiksaan Percubaan PT3-KHB-Kemahiran Teknikal dan Panduan Penskoran/Skema Jawapan

Salam sejahtera, 


Berdasarkan KPM, keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat yang pada ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak terlalu bertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata yang mengekang percambahan berfikir.
Negara kita mesti melahirkan pelajar berkualiti yang mempunyai kemahiran berfikir yang lebih kritis, kreatif dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak.

Justeru itu, setelah meneliti dan membuat kajian terperinci, PT3 yang mengantikan PMR telah ditambah baik dengan memberikan lebih penekanan kepada soalan-soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi.


Berikut merupakan contoh Instrument/Soalan Pentaksiran PT3 dan Panduan Penskoran/Skema Jawapan

SILA KLIK LINK DI BAWAH;

Instrument Pentaksiran Peperiksaan Percubaan PT3-KHB-Kemahiran Teknikal


Panduan Penskoran Instrument Pentaksiran Peperiksaan Percubaan PT3-KHB-Kemahiran Teknikal

Thursday, 19 March 2015

Soalan Pentaksiran PT3 KHB-Kemahiran Teknikal (KT)

Ketahui Lebih Lanjut