Sunday 4 July 2021

PJPK Tingkatan 3 Unit 1 Gimnastik Asas (Gimnastrada)

Gimnastrada ialah persembahan berkumpulan mengikut muzik dan melibatkan kemahiran gimnastik, tarian dan pergerakan untuk tujuan hiburan. Persembahan gimnastrada menyediakan peluang bagi perserta daripada pelbagai peringkat umur, tahap kemahiran, kebolehan dan disiplin untuk menunjukkan bakat kreativiti dan imaginasi mereka. 

Persembahan gimnastrada memerlukan alatan dan prop untuk menyerikan persembahan. Setiap individu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan persembahan berkumpulan. Komunikasi dan kerjasama yang baik dapat membentuk satu kumpulan yang mempunyai keserasian dan persefahaman dalam persembahan rutin gimnastrada. 

Gimnastrada boleh terdiri daripada gabungan rangkaian kemahiran gerak edar, imbangan, putaran dan hambur secara berkumpulan. Susus atur rangkaian pergerakan boleh dilakukan mengikut kesesuaian dan kreativiti. 

Bagi memastikan persembahan gimnastrada ini dapat menghiburkan para penonton, antara perkara penting yang mesti diberi keutamaan ialah konsep pergerakan. Konsep pergerakan ini terdiri daripada kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti pergerakan dan hubungan yang melibatkan hubungan antara alatan pasangan atau kumpulan.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, sila tontonti video melalui pautan/link di bawah. 

Gimnastik Asas (Gimnastrada)

No comments:

Post a Comment

Ketahui Lebih Lanjut