Hidup beradab merupakan tunjang kepada kemenjadian seseorang dalam mencorakkan masa depan yang sempurna. Ini penting dalam mencerminkan peribadian, identiti dan personaliti seseorang. Adab juga sering dikaitkan dengan rutin kehidupan harian, iaitu dalam apa jua aktiviti, tingkah laku dan perbuatan yang seseoang lakukan baik dalam majlis rasmi atau majlis tidak rasmi.
Dalam posting kali ini, kita akan membincangkan tentang peradaban seseorang dalam sesuatu majlis. Seperti diketahui umum, setiap majlis mempunyai adab yang tersendiri. Tambahan lagi, sejak kebelakangan ini trend kehidupan terkini banyak mempengaruhi setiap majlis dengan menetapkan tema kepada majlis-majlis yang diadakan. Perkara ini adalah untuk menampakkan trending dan kepuasan kepada setiap penganjur majlis tersebut di samping dijadikan punca pendapatan.
Adab merujuk tingkah laku yang baik dan tutur kata yang sopan. Adab juga mencerminkan peribadi, identiti dan personaliti seseorang. Adab seperti berpakaian, makan dan bercakap perlu dijaga tidak kira dalam majlis rasmi atau tidak rasmi.
Dalam setiap majlis ada perbezaan yang boleh dilihat dan diikuti oleh setiap pesertanya. Antara perbezaan majlis rasmi dengan tidak rasmi adalah seperti berikut;
Majlis rasmi biasanya dianjurkan olej pihak kerajaan atau swasta di mana tatacara dan protokol yang ditetapkan perlu dipatuhi. Bagi majlis tidak rasmi pula suasananya lebih santai dan tatacara yang disusun oleh pihak penganjur tidak terlalu ketat.
Oleh itu, setiap individu perlu peka dalam setiap majlis yang dihadiri. Peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu majlis juga perlu dipatuhi. Walau bagaimananpun, terdapat perbezaan antara adab dalam majlis rasmi dengan tidak rasmi yang perlu diketahui.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila tonton video yang disediakan mengenainya melalui pautan/link di bawah 👇.
No comments:
Post a Comment