Mengandungi info terkini tentang PT3 seperti contoh Instrument/Soalan dan Panduan Penskoran, Nota Lengkap, Huraian Sukatan, Rancangan Pengajaran Tahunan terkini dan info pendidikan semasa.
Wednesday, 30 March 2022
Pendidikan Moral Tingkatan 2 Unit 2, Agama atau Kepercayaan Membentuk Ke...
Friday, 18 March 2022
Pendidikan Moral Tingkatan 2, Unit 1, Sumber Moral Asas Pembentukan Akhl...
Tuesday, 5 October 2021
Pendidikan Moral Tingkatan 3, Unit 14 Kemanusiaan dan Asas Kemoralan
Tuesday, 24 August 2021
Pendidikan Moral Tingkatan 3, Unit 13 Amalan Tradisi Masyarakat Majmuk
Tradisi merupakan sesuatu yang kebiasaan yang kekal, adat dan kepercayaan, amalan yang turun temurun dalam sesuatu masyarakat, merupakan sesuatu identiti sesebuah negara dan khazanah berharga kepada sesebuah negara. Masyarakat majmuk pula merupakan beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal bersama-sama dalam satu kawasan tetapi mengamalkan cara hidup, budaya dan kepercayaan yang tersendiri. Dalam sesebuah negara, setiap individu perlu mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan tradisi dalam masyarakat majmuk.
Antara contoh tradisi yang diamalkan dalam masyarakat majmuk adalah saling membantu dan mengutamakan kepentingan untuk menyiapkan projek yang dijalankan bersama-sama, pulang ke kampung semasa cuti perayaan dan cuti sekolah dan banyak lagi. Sila tontoni video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Thursday, 5 August 2021
Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 12 Kebebasan Bersuara Menjamin Kemakmuran Negara
Dalam sebuah negara demokrasi berparlimen, setiap rakyat mempunyai hak kebebasan untuk menyampaikan pandangannya tentang sesuatu perkara. Kebebasan bersuara merujuk kepada kebebasan berucap dan mengeluarkan pendapat dengan batasan tertentu. Batasan dalam kebebasan bersuara berdasarkan undang-undang sesebuah negara, negeri, institusi serta organisasi untuk menjaminkan keharmornian negara. Batasan ini juga bagi memastikan setiap individu bertanggungjawab tentang apa-apa perkara yang disuarakan. Untuk maklumat lanjut sila tontoni video di bawah.
Tuesday, 27 July 2021
Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 11 Hindari Jenayah Kanak-kanak (Juvana)
Jenayah secara umumnya bermaksud perbuatan yang menyalahi undang-undang negara. Terdapat beberapa jenis jenayah, antaranya jenayah ringan, jenayah siber dan jenayah berat. Perlakuan jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja pula dikategorikan sebagai jenayah kanak-kanak atau juvana.
Antara contoh jenayah kanak-kanak (juvana) yang perlu dihindari termasuklah buli, vandalisme, ragut, gangster, berjudi, pecah rumah, penyeluk saku, jenayah siber dan curi motorsikal. Untuk maklumat lanjut, sila tonton dan ikuti video di bawah. Semoga bermanfaat.
Tuesday, 6 July 2021
Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 10 Hidup Beradab Cerminan Diri
Hidup beradab merupakan tunjang kepada kemenjadian seseorang dalam mencorakkan masa depan yang sempurna. Ini penting dalam mencerminkan peribadian, identiti dan personaliti seseorang. Adab juga sering dikaitkan dengan rutin kehidupan harian, iaitu dalam apa jua aktiviti, tingkah laku dan perbuatan yang seseoang lakukan baik dalam majlis rasmi atau majlis tidak rasmi.
Dalam posting kali ini, kita akan membincangkan tentang peradaban seseorang dalam sesuatu majlis. Seperti diketahui umum, setiap majlis mempunyai adab yang tersendiri. Tambahan lagi, sejak kebelakangan ini trend kehidupan terkini banyak mempengaruhi setiap majlis dengan menetapkan tema kepada majlis-majlis yang diadakan. Perkara ini adalah untuk menampakkan trending dan kepuasan kepada setiap penganjur majlis tersebut di samping dijadikan punca pendapatan.
Adab merujuk tingkah laku yang baik dan tutur kata yang sopan. Adab juga mencerminkan peribadi, identiti dan personaliti seseorang. Adab seperti berpakaian, makan dan bercakap perlu dijaga tidak kira dalam majlis rasmi atau tidak rasmi.
Dalam setiap majlis ada perbezaan yang boleh dilihat dan diikuti oleh setiap pesertanya. Antara perbezaan majlis rasmi dengan tidak rasmi adalah seperti berikut;
Majlis rasmi biasanya dianjurkan olej pihak kerajaan atau swasta di mana tatacara dan protokol yang ditetapkan perlu dipatuhi. Bagi majlis tidak rasmi pula suasananya lebih santai dan tatacara yang disusun oleh pihak penganjur tidak terlalu ketat.
Oleh itu, setiap individu perlu peka dalam setiap majlis yang dihadiri. Peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu majlis juga perlu dipatuhi. Walau bagaimananpun, terdapat perbezaan antara adab dalam majlis rasmi dengan tidak rasmi yang perlu diketahui.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila tonton video yang disediakan mengenainya melalui pautan/link di bawah ๐.
Tuesday, 15 June 2021
Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 9 Tanggungjawab Sosial
Tanggungjawab Sosial adalah komitmen, kewajiban individu, anggota masyarakat atau syarikat untuk secara sukarela menyumbang kepada masyarakat yang lebih adil dan melindungi alam sekitar tanpa menjejaskan kelestariannya.
Tanggungjawab sosial berpunca dari keperihatinan pihak individu, pihak berkuasa awam dan institusi terhadap kerosakan atau kesan negatif terhadap alam sekitar akibat pembangunan dan kegiatan ekonomi.
Tanggungjawab sosial ini merupakan suatu usaha tidak wajib kepada individu atau organisasi sebab tidak ada kekuatan hukum tetapi ianya merupakan suatu usaha atau sikap kebertanggungjawaban moral kepada semua individu untuk merasa bangga dan kepuasan bila melakukan tanggungjawab tersebut tanpa memikirkan ganjaran kewangan.
Tanggungjawab sosial tidak boleh diabaikan, kerana amat wajar setiap individu, masyarakat, institusi serta organisasi mengambil sikap matang dengan memupuk serta menyemaikan amalan bermoral ini demi menjadikan warganegara yang perihatin dan mempunyai semangat tanggungjawab sosial.
Dalam usaha untuk memupuk serta menyemaikan amalan tanggungjawab sosial ini dikalangan masyarakat, kerajaan telah mewajibkan setiap individu mempelajari dan memahami apakah konsep, peranan serta kesan negatif dan positif tanggungjawab sosial ini terhadap alam sekitar amnya dan ekonomi negara. Tanggungjawab sosial telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral di sekolah.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tanggungjawab sosial, serta boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid, sila tontonti video melalui pautan di bawah.
Sila klik link di bawah ๐untuk keterangan seterusnya.
Saturday, 12 June 2021
Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 5 Konflik Dalam Adab Persahabatan
Konflik atau Konfontasi merupakan proses di mana pihak dengan keinginan berlainan setiap satunya percaya bahawa yang lain cuba atau bertindak menentang mereka, dan melakukan tingkah-laku yang merosakkan pihak lain. Konflik biasanya bermaksud perselisihan, namun boleh juga diertikan pertikaian. Sungguhpun konflik sering dilihat sebagai negatif, dalam keadaan tertentu, ia mampu membawa hasil yang baik.
Untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam konflik, kita harus mengenali, mengetahui serta memahami jenis-jenis konflik, apakah punca konflik dan kesan kepada diri, masyarakat dan negara. Untuk itu marilah kita tontoni video melalui link di bawah.
Sila klik pautan di bawah ๐ini.
Sunday, 6 June 2021
Pendidikan Moral Ting 3 Unit 4 Amalan Kekeluargaan Amalan Kita
Salam Sejahtera,
Bersyukur pada Tuhan, dengan besar kuasaNya, kita dapat menjalankan kehidupan harian kita dengan baik sehingga ke hari ini. Berpesan-pesanlah sesama kita, supaya yang baik itu dikongsikan bersama untuk manfaat semua.
Dikesempatan ini, saya ingin kongsikan bahan pengajaran dan pembelajaran (PDP) untuk memudahkan semua yang memerlukannya baik guru atau murid. Kita faham di masa dunia dilanda Pendamik COVID-19, usaha PDP bersemuka adalah sukar untuk dilaksanakan. Bahan ini sesuai untuk melaksanakan kelas secara PDPR.
Sila klik link di bawah ๐untuk mendapatkannya;