Wednesday, 16 December 2015

Instrumen PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) dan Panduan Penskoran KHB-Pertanian

Salam sejahtera,

Bagi memperolehi pencapaian akademik yang sentiasa cemerlang, persiapan dan usaha yang berterusan hendaklah sentiasa diutamakan. Membuat ulang kaji melalui nota-nota lengkap merupakan cara yang terbaik, namun tanpa latihan pengayaan dan pengukuhan kita belum dapat menilai setakat mana kita betul-betul faham tentang keseluruhan kandungan apa yang kita sudah pelajari. 

Peperiksaan atau pentaksiran merupakan satu mekanisme yang dilaksanakan untuk menguji dan menilai sejauh mana pelajar atau murid betul berjaya menguasai kandungan pelajaran atau suatu subjek.

Berikut adalah contoh Soalan atau Instrumen Pentaksiran berserta Panduan Penskoran lengkap untuk dimanfaatkan semua.

Sila klik link di bawah;




Sunday, 13 December 2015

Semak Panduan Gred PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) 2015 KPM Yang Terkini

Ramai yang masih tertanya-tanya macam mana Pengredan Markah PT3 dilaksanakan. Berbeza dengan PMR, PT3 adalah lebih menyeluruh dan menguji tahap calon dengan begitu terperinci dan bukannya bergantung kepada ujian bertulis dan objektif sahaja seperti PMR. Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris calon perlu duduki ujian bertulis dan ujian lisan. Sementara itu, bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan ditaksir melalui ujian bertulis. Bagi subjek Sejarah dan Geografi pula pentaksiran dilakukan melalui kerja kursus, penyediaan projek, kerja lapangan dan kajian kes. Kesemua penilaian markah bagi setiap subjek direkodkan dan di kategorikan mengikut gred pemarkahan PT3 seperti yang tertera dibawah. 

Semak Gred PT3 2015 KPM Yang Terkini Bagi semua Subjek

  • Markah 85 hingga 100 dapat Gred A  iaitu Cemerlang
  • Markah 70 hingga 84 dapat Gred B iaitu Kepujian 
  • Markah 60 hingga 69 dapat Gred C iaitu Baik
  • Markah 50 hingga 59 dapat Gred D iaitu Memuaskan
  • Markah 40 hingga 49 dapat Gred E iaitu Mencapai Tahap Minimum
  • Markah 01 hingga 39 dapat Gred F iaitu Belum Mencapai Tahap Minimum
Bagi PT3 (Pentaksiran PT3), jika semua subjek mendapat gred E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai. Contoh: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun mendapat Gred E maka calon dikira Menguasai PT3 tetapi jika 1 dari subjek diatas mendapat gred F sebagai contoh Sains iaiah Gred F maka dikira Tidak Menguasai Tahap Minimum.
Keputusan PT3 adalah sangat diperlukan untuk calon memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Mene­ngah Teknik atau Kolej Vokasional dan untuk menentukan aliran yang diambil di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Ketahui Lebih Lanjut