Tuesday, 13 July 2021

Soalan dan Skema Jawapan Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 10 Hidup Beradab Cerminan Diri

1.    ________________ merujuk kepada tingkah laku yang baik dan tutur kata yang sopan.

        A.    Nilai murni

        B.    Etika 

        C.    Adab

        D.    Personaliti

2.    Adab mencerminkan _________________, _________________dan personaliti                      seseorang.

        A.    kesetiaan, tanggungjawab

        B.    gaya hidup, kesopanan

        C.    identiti, maruah

        D.    peribadi, identiti

3.    Antara berikut, manakah benar mengenai majlis rasmi?

        A.    Suasana lebih santai

        B.    Tatacara dan protokol yang ditetapkan perlu dipatuhi 

        C.    Tatacara yang dianjurkan oleh pihak penganjur tidak terlalu ketat

        D.    Mesti diadakan pada waktu siang


4.    Majlis rasmi dan tidak rasmi mempunyai persamaan dari segi adab makan.  Apakah               persamaan tersebut?

        A.    Tiup makanan yang panas terlebih dahulu sebelum memasukkan ke dalam mulut

        B.    Pegang sudu dengan tangan kiri dan garpu dengan tangan kanan

        C.    Mengambil makanan yang dekat dengan tempat duduk dahulu

        D.    Bercakap sambil menguyah makanan

5.    Dalam majlis rasmi, adab berpakaian ialah..

        A.    mesti memakai pakaian yang baharu supaya cantik

        B.    memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh badan

        C.    memakai pakaian yang sopan

        D.    mesti memakai pakaian trend terkini

6.    Antara berikut merupakan kepentingan adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi kecuali,

        A.    majlis berjalan lancar

        B.    melenggahkan atur cara majlis

        C.    disiplin diri dapat dibentuk

        D.    imej penganjur dan tetamu terpelihara

7.    Senaraikan 3 kesan tidak beradab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi.

        a.    _______________________________________________________________

        b.    _______________________________________________________________

        c.    _______________________________________________________________

8.    Berikan 4 kepentingan adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi.

        a.    _______________________________________________________________

        b.    _______________________________________________________________

        c.    _______________________________________________________________

        d.    _______________________________________________________________

9.    Majlis ini dianjurkan oleh pihak kerajaan/swasta serta mempunyai tatacara dan protokol yang ditetapkan perlu dipatuhi. Apakah majlis tersebut?

        A.    Majlis tidak rasmi

        B.    Majlis hari jadi

        C.    Majlis rasmi

        D.    Majlis hari ibu

10.    Nyatakan perasaan anda apabila adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi dipatuhi

        a.    ______________________________________________________________

11.    Senaraikan 5 adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi.

        a.    ______________________________________________________________

        b.    ______________________________________________________________

        c.    ______________________________________________________________

        d.    ______________________________________________________________

        e.    ______________________________________________________________

Skema Jawapan

1.    C

2.    D

3.    B

4.    C

5.    C

6.    B

7.         i.    Imej diri akan tercemar

            ii.    Suasana majlis kurang menyenangkan

            iii.    Tetamu akan berasa tidak selesa

8.         i.    Majlis dapat berjalan dengan lancar

            ii.   Majlis berjalan mengikut jadual yang ditetapkan

            iii.    Disiplin diri dapat dibentuk

            iv.    Menjaga imej tetamu dan penganjur

9.    C

10.        i.    Contoh . Berasa puas hati dan gembira kerana sekurang-kurangnya                                         dapat  membantu menjayakan majlis tersebut.

11.        i.    memakai pakaian yang sopan 

            ii.    duduk dengan sopan dan tertib

            iii.    menumpukan perhatian kepada majlis

            iv.    menghormati tetamu yang hadir

            v.    makan dengan sopan

            

     



Monday, 12 July 2021

PJPK Tingkatan 3 Unit 2 Pergerakan Berirama

Pergerakan berirama mengalakkan pesertanya untuk bertindak secara fizikal, sosial dan emosi terhadap sesuatu irama atau muzik tertentu melalui pergerakan kreatif dan tarian. Pergerakan kreatif ialah satu bentuk ekspresi fikiran, idea atau perasaan melalui pergerakan badan secara simbolik. 

Apabila mempelajari pergerakan berirama terdapat beberapa jenis pergerakan atau contoh yang mudah dan boleh dijadikan sebagai komponen dalam pergerakan perirama tersebut. Antaranya adalah pergerakan kreatif, tarian  Zapin dan tarian Ngajat. Dua bentuk tarian ini merupakan contoh tarian tradisional yang banyak melibatkan pergerakan berirama. 

Tarian tradisional dibentuk oleh rakyat yang melambangkan kehidupan dan pengalaman mereka di sesuatu daerah atau negara. Tarian etnik pula adalah tarian yang mencerminkan ciri-ciri unit suku kaum tertentu terutamanya kebudayaan, kaum dan keagamaan mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pergerakan berirama sila klik pautan di bawah.

Pergerakan Berirama

Soalan dan Skema Jawapan PJPK Tingkatan 3 Unit 1 Gimnastik Asas

1.   Gimnastrada ialah persembahan berkumpulan mengikut muzik dan melibatkan kemahiran        ______________, ___________________ dan pergerakan untuk tujuan hiburan.
        A.    individu dan kumpulan 
        B.    gimnastik dan tarian
        C.    melambung dan melompat
        D.    menyanyi dan tarian
2.    Gimnastrasa boleh terdiri daripada gabungan rangkaian kemahiran ______________,             _________________, __________________dan __________________ secara                        berkumpulan.
        A.    gerak edar, imbangan, lompatan, hambur
        B.    gerak balas, putaran, larian, hambur
        C.    imbangan, lompatan, hambur, larian
        D.    gerak edar, imbangan, putaran, hambur
3.    Apakah  nama pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan           pergerakan               lokomotor.
        A.    Putaran
        B.    Imbangan 
        C.    Gerak edar
        D.    Hambur
4.  Pergerakan ini melibatkan aktiviti yang menghasilkan anjakan badan  yang cepat. Anjakan       tersebut boleh dilakukan dari kaki atau tangan atau kedua-duanya.
        A.    Gerak edar
        B.    Imbangan
        C.    Putaran
        D.    Hambur

5. Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat grativiti seseorang atau tapak      sokongan diubah dinamakan
        A.    Putaran
        B.    Hambur
        C.    Imbangan 
        D.    Gerak edar
6.    Senaraikan 4 kemahiran pergerakan yang boleh dilakukan di bawah gerak edar
    a.    ____________________________________________________________________
        b.    __________________________________________________________________
        c.    __________________________________________________________________
        d.    __________________________________________________________________
7.    Berikan 3 kemahiran pergerakan yang boleh dilakukan di bawah pergerakan putaran.
        a.    __________________________________________________________________
        b.    __________________________________________________________________
        c.    __________________________________________________________________
8.     Penggunaan peralatan dan ____________________________ dapat membantu                     menghasilkan persembahan yang baik.
        A.    hon
        B.    prop
        C.    wisel
        D.    pom-pom
9.  Pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan ,                   pemindahan berat  badan dan layangan dinamakan
        A.    hubungan 
        B.    kesedaran ruang
        C.    kualiti pergerakan
        D.    kesedaran tubuh badan
10.    Antara langkah keselamatan dalam aktiviti gimnastrada seperti berikut kecuali
        A.    lakukan aktiviti dengan pengawasan guru
        B.    lakukan kemahiran mengikut kemampuan diri sendiri
        C.    Gunakan tilam semasa melakukan aktiviti putaran dan hambur
        D.    Lakukan aktiviti dengan berebut dan bersemangat supaya cepat habis.

Skema Jawapan
1.    B
2.    D
3.    C
4.    D
5.    C
                                                        6.     a.    merangkak
                                                                b.     langkah silang
                                                                c.    berskip
                                                                d.    berlari
                                                        7.     a.    putaran roda
                                                                b.    guling hadapan
                                                                c.    putaran menegak 360 
  8.    B
  9.    D
 10.   D



Ketahui Lebih Lanjut