Showing posts with label soalanpt3pm. Show all posts
Showing posts with label soalanpt3pm. Show all posts

Monday, 18 April 2022

Soalan Pendidikan Moral Unit 2 dan 3 Tanggungjawab diri terlaksana hidup makin bahagia

 Jawab semua soalan.

Unit 2 Agama atau Kepercayaan Membentuk Keperibadian Mulia.

1.    Apakah yang dimaksudkan dengan keperibadian diri?

A.    perihal peribadi yang terdapat pada seseorang individu.

B.    perihal peribadi dan sifat yang terdapat pada seseorang individu

C.    perihal peribadi, sifat dan watak yang terdapat pada seseorang individu

D.    perihal peribadi, sifat, watak dan ciri-ciri khusus yang terdapat pada seseorang individu.

2.    Antara komponen yang memainkan peranan penting dalam pembentukan keperibadian diri dalam kehidupan manusia adalah...

A.    tanggungjawab dan jati diri

B.    agama atau kepercayaan

C.    kesyukuran dan keperihatinan

D.    pemaaf dan penyabar

3.    Berikut merupakan ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan kecuali..

A.    bertanggungjawab

B.    bersyukur

C.    pemaaf

D.    berani

4.    Berikut merupakan antara kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri seseorang individu kecuali...

A.    meningkatkan disiplin dan imej diri

B.    selalu berasa tertekan dalam hidup

C.    melahirkan individu yang berperkerti mulia

D.    meningkatkan penghayatan manusia terhadap nilai-nilai mulia.

5.    Ramalkan kesan jika seseorang itu tiada pegangan agama atau kepercayaan 

i.    hidup terumbang-ambing dan tidak sejahtera

ii.    melakukan perkara yang ditegah agama

iii.    mencemar dan merosakkan alam sekitar

iv.    sentiasa berfikiran positif dan hidup berasa tenteram

A.    i, ii, iv

B.    ii, iii, iv

C.    i, iii, iv

D.    i, ii, iii

6.    Berikut merupakan contoh perlakuan berlandaskan ajaran agama atau kepercayaan..

i.    menghormati orang tua

ii.    hidup berbaik-baik

iii.    menghormati guru

iv.    suka meninggikan diri

A.    i, ii, iii

B.    ii, iii, iv

C.    i, ii, iv

D.    i, iii, iv

Unit 3 Tanggungjawab Diri Terlaksana Hidup Makin Bahagia

7.    Selain daripada melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan, keluarga, masyarakat dan negara, anda juga mempunyai tanggung jawab terhadap diri sendiri. Apakah tanggungjawab diri yang perlu dilaksanakan?

A.    memilih kawan yang baik

B.    suka berkawan dengan orang yang tidak dikenali

C.    menjaga kesihatan diri

D.    memakai pakaian yang cantik dan mahal

8.    Berikut merupakan cara menjaga keselamatan diri kecuali...

i.    tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali

ii.    tidak memdedahkan maklumat di internet

iii.    tidak berjalan bersendirian pada waktu malam

iv.    berdiri di jarak yang dekat dengan laluan kereta api semasa menunggu supaya cepat naik

A.    i, ii, iv

B.    i, iii, iv

C.    ii, iii, iv

D.    i, ii, iii

9.    Berikut merupakan cara melaksanakan tanggungjawab diri sebagai seorang murid...

i.    melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran

ii.    melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

iii.    tidak melibatkan diri dalam aktiviti negatif

iv.    memberi perhatian penuh semasa guru mengajar di dalam kelas

A.    i, ii, iii

B.    i, ii, iv

C.    i, iii, iv

D.    Semua jawapan di atas

10.    Senaraikan 5 kesan mengabaikan tanggungjawab diri 

a.    ________________________________________________

b.    ________________________________________________

c.    ________________________________________________

d.    ________________________________________________

e.    ________________________________________________

11.    Tanggungjawab diri yang perlu dilaksanakan termasuklah menjaga kesihatan diri, menjaga _______________diri dan tanggungjawab terhadap masa depan sendiri.

A.    kecantikan 

B.    harga

C.    imej

D.    keselamatan

12.    Berikut merupakan cara untuk menjaga kesihatan diri kecuali....

A.    tidur yang mencukapi

B.    bermain permainan video

C.    bersenam

D.    makan makanan yang seimbang

Saturday, 19 March 2022

Soalan dan Skema Jawapan Pendidikan Moral Tingkatan 2 Unit 1 Sumber Moral Asas Pembentukan Akhlak Mulia

Jawap semua soalan. 

1.    Sumber moral ialah bahan rujukan yang menjadi panduan dalam pembentukan keperibadian diri seseorang individu. Berikut merupakan sumber moral KECUALI

A.    Agama
B.    Norma Masyarakat
C.    Prinsip hidup
D.    Rukun Negara

2.    Antara padanan Agama dan Kitab yang berikut, manakah padanan yang tepat...

A.    Buddha - Bible
B.    Islam - Tripikata
C.    Kristian - Al-Quran
D.    Hindu - Bhagavad Gita

3.    "Saya baik kepada mereka yang baik kepada saya" Saya baik kepada mereka walaupun mereka benci kepada saya. Apa yang saya beri, saya akan terima. Sehingga semua menjadi baik." Pernyataan di atas merujuk kepada ajaran....

A.    Agama Sikh
B.    Agama Hindu
C.    Agama Buddha
D.    Kepercayaan Taoisme
4.    "Dilarang makan haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan kerana anak di dalam kandungan akan melecur seluruh badan." Pernyataan di atas merujuk kepada pantang larang wanita mengandungi bagi kaum....

A.    Iban
B.    Melanau
C.    Cina
D.    India

5.    Sumber rujukan dan panduan moral bagi seluruh rakyat Malaysia. Setiap warganegara Malaysia perlu mematuhi dan mengamalkannya. Pernyataan tersebut merupakan sumber moral berasaskan...

A.    Norma masyarakat
B.    Rukun Negara
C.    Kepercayaan
D.    Agama

6.    "Tidak boleh memotong kayu yang bertindan keranan dihuatiri bibir anak menjadi sumbing." Pernyataan di atas merujuk kepada pantang larang wanita mengandung bagi kaum...

A.    Iban
B.    Cina
C.    India
D.    Melanau

7.    Pilih jawapan yang betul. Kaum India melakukan amalan sujud kaki. 

A.    Betul
B.    Salah
8.    Pilih jawapan yang betul. Kaum Melayu melarang mengetip kuku pada waktu malam. 

A.    Betul
B.    Salah

9.    Pilih pernyataan yang tepat bagi kepentingan sumber moral.
i.    memberi panduan kepada pengamalnya.
ii.    melahirkan rakyat yang berkeperibadian tinggi.
iii.    memupuk perpaduan dan keharmonian negara.
iv.    menyedarkan tanggungjawab indivivu kepada keluarga, masyarakat dan negara.

A.    i dan ii
B.    i, ii dan iii
C.    ii, iii dan iv
D.    i, ii, iii, dan iv

10.    Kaum Cina melakukan upacara 'Cheng Beng,' iaitu upacara pembersihan dan sembahyang di kubur nenek moyang.

A.    Betul
B.    Salah

11.    Kaum India melakukan upacara 'Naamkaran', iaitu upacara memberikan nama bayi yang baru lahir.

A.    Betul
B.    Salah

12.    Kaum Semai menangguhkan semua aktiviti harian ketika berlakunya kematian.

A.    Betul
B.    Salah

13..    Upacara 'Parisam', iaitu hantaran hadiah perkahwinan ke rumah pengantin perempuan dilakukan oleh penganut.....

A.    Buddha
B.    Islam
C.    Taoisme
D.    Hindu

SKEMA JAWAPAN
1.    C
2.    D
3.    D
4.    B
5.    B
6.    D
7.    A
8.    A
9.    D
10.    A   
11.    B
12.    A
13.    D

Thursday, 11 November 2021

Soalan Ulangkaji Pendidikan Moral Tingkatan 3 Hidup Bersatu padu Menjana Kesejahteraan.

Jawab semua soalan.

1.    Nyatakan contoh-contoh amalan hidup bersepadu padu yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

i.    __________________________________________________

ii.    __________________________________________________

iii.    _________________________________________________

iv.    _________________________________________________


2.    Sambutan perayaan agama atau kepercayaan seperti rumah terbuka  Tahun Baru Cina, Rumah terbuka Krismas dan Rumah terbuka Gawai Dayak merupakan contoh amalan hidup bersatu padu. Apakah contoh amalan tersebut?
A.    Bangsa

B.    Budaya

C.    Bahasa 

D.    Agama atau Kepercayaan

3.    Jelaskan dengan ringkas, bagaimanakah aspek bangsa boleh memupuk semangat perpaduan rakyat?

i.    __________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

4.    Bahasa Jiwa Bangsa merupakan satu elemen penting yang dapat memupuk semangat perpaduan rakyat di negara Malaysia. Elemen ini merupakan contoh program di bawah contoh amalan hidup bersatu padu ________________

A.    Agama atau kepercayaan

B.    Bahasa

C.    Budaya

D.    Bangsa

5.    Nyatakan cara hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa. Satu jawapan sudah diberikan.
i.    _____________________________________________________

ii.    ____________________________________________________
iii.    Menjaga sensitiviti pelbagai kaum

iv.    ___________________________________________________

v.    ____________________________________________________

6.    Bagaimanakah aspek melibakan diri dalam aktiviti kemasyarakatan boleh menyatupadukan agama, bangsa, budaya dan bahasa di negara kita?

A.    melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram

B.    melibatkan diri dalam perhimpunan haram

C.    melibatkan diri dalam kempen anti kerajaan

D.    melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong membersih kawasan perumahan

7.    Berikut merupakan kepentingan amalan hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa kecuali,

A.    Masyarakat hidup harmoni tanpa konflik

B.    Mengukuhkan ekonomi negara

C.    Menarik ramai pelancong ke Malaysia

D.    Meningkatkan kos hidup rakyat Malaysia

8.    Mengukuhkan ekonomi negara merupakan kepentingan amalan hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa di Malaysia. Jelaskan dengan ringkas bagaimana aspek ini berperanan.
i.    ___________________________________________________________

___________________________________________________________

9.    Nyatakan 4 cabaran hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa. Satu jawapan sudah diberikan.

i.    ________________________________________________________

ii.    _______________________________________________________

iii.    _______________________________________________________

iv.    Globalisasi

10.    Bagaimanakah perasaan anda sekiranya anda dapat memupuk semangat perpaduan rakyat? Jelaskan.

i.    ____________________________________________________

Ketahui Lebih Lanjut