Sunday 9 January 2022

Modul Aktiviti Catch Up Plan (CUP) Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum

Bab 1 Aplikasi Teknologi.

Jawab semua soalan.

1.    Antara berikut, yang manakah definisi bagi reka bentuk mekatronik?

A.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengabungkan disiplin ilmu elektronik, elektrik, mekanikal serta kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki.

B.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengabungkan satu proses kawalan atau pemindahan tenaga melalui pergerakan mekanikal seperti tuas, mesin atau jentera.

C.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengabungkan disiplin ilmu elektronik, mekanikal dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki.

D.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengabungkan disiplin ilmu elektrik, elektronik dan mekanikal untuk mencapai tujuan yang dikehendaki.

2.    Berikut merupakan fungsi gear dalam sistem mekanikal bagi kereta kawalan jauh

A.    Sebagai sumber tenaga

B.    Berperanan menerima dan menukar isyarat input

C.    Mengurangkan atau meningkatkan halaju dan menambahkan daya kilas motor 

D.    Menjadi pelengkap kepada sesuatu sistem atau disiplin ilmu mekatronik

3.   Rajah berikut menunjukkan sebuah produk yang terdapat di pasaran.

Antara berikut, yang manakah bukan elemen yang terdapat pada produk tersebut?

A.    Sistem elektrik
B.    Sistem elektronik

C.    Sistem mekanikal

D.    Sistem kawalan dan pengaturan

4.    Rajah berikut, menunjukkan gambar rajah blok sebuah kereta kawalan jauh.

Berdasarkan gambar rajah tersebut, betul atau salah?

A.    Betul
B.    Salah

5.    Nyatakan empat elemen mekatronik.

i.    _____________________________________________________

ii.    ____________________________________________________

iii.    ____________________________________________________

iv.    ____________________________________________________

6.    Berikut merupakan tiga langkah awal proses penambahbaikan pada kereta kawalan jauh. 

i.    membeli bahan

ii.    membuat lakaran

iii.    memilih bahan
iv.    membuat pengaturacaraan

A.    i, ii, dan iii

B.    i, ii dan iv

C.    ii, iii dan iv

D.    i, iii dan iv

7.    Ujian penilaian kefungsian produk ini dijalankan dalam situasi sebenar bagi menilai keberkesanan penambahbaikan pada reka bentuk produk terhadap kefungsiannya. Apakah nama ujian tersebut?

A.    Ujian makmal

B.    Ujian dalam kelas

C.    Ujian bertulis

D.    Ujian parameter

8.    Sejarah perkembangan revolusi industri mennunjukkan kemajuan sistem industri dalam peringkat tersendiri. Dalam Revolusi Industri ini, "Penggunaan reka bentuk elektronik secara meluas serta penghasilan reka bentuk mekatronik". Apakah nama revolusi industri ini?

A.    Revolusi Industri 1.0

B.    Revolusi Industri 2.0

C.    Revolusi Industri 3.0
D.    Revolusi Industri 4.0

9.    Model ini digunakan untuk menunjukkan gambaran keseluruhan hubung kait antara komponen dan fungsi  bagi sesebuah produk. Apakah nama model ini?

A.    Model produk

B.    Model projek

C.    Model prototaip

D.    Model fungsi

10.    Analisis ini dijalankan bagi mengenal pasti punca dan kesan bagi masalah bahagian reka bentuk produk yang akan diubah suai berdasarkan gambar rajah blok yang terlibat. Apakah nama analisis tersebut?

A.    Analisis projek

B.    Analisis kos pengeluaran

C.    Analisis berantai punca dan kesan

D.    Analisis keseluruhan kos pengeluaran projek

Sila rujuk buku teks untuk mencari jawapan. 






1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Ketahui Lebih Lanjut