Thursday 31 December 2015

Keputusan Kemasukan ke Sekolah Teknik dan Vokasional 2016

Salam sejahtera semua, 
Bagi pelajar-pelajar yang telah memohon untuk Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik bagi Ambilan Januari 2016, bolehlah membuat semakan status permohonan secara atas talian (online).
Check Online KV Dan SMT 2016

Tarikh semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2016 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal rasmi.

Calon boleh menyemak keputusan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 18 Januari 2016 hingga 25 Januari 2016 (tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa). Calon juga dinasihatkan agar sentiasa melayari Portal Rasmi KPM bagi mendapatkan info terkini.

Bagi calon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran, pendaftaran bagi Program yang ditawarkan di Institusi terlibat akan dilaksanakan pada 26 Januari 2016 (tertakluk kepada perubahan dan pindaan semasa).

Bagi calon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat permohonan rayuan dengan berhubung (hadir) terus ke institusi yang terlibat untuk membuat rayuan bermula dari tarikh keputusan permohonan diumumkan. Keputusa rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat di institusi terlibat selepas pendaftaran pelajar baharu.

Ringkasan Info 

Temuduga dan Semakan Tawaran KV dan SMT
  • Sesi temuduga dan pemilihan calon adalah bergantung kepada institusi terlibat.
  • Sistem Semakan Keputusan secara Online akan diaktifkan mulai minggu ke 3 bulan Januari 2016 (jangkaan tarikh adalah 18 Januari 2016)
  • Tarikh sebenar (rasmi) akan dimaklumkan oleh KPM dalam Portal Rasmi KPM iaitu http://www.moe.gov.my
  • Pendaftaran di sekolah Teknik dan Vokasional adalah 26 Januari 2016



Thursday 24 December 2015

Tarikh dan Keputusan SPM 2015 diumumkan

Setelah hampir sebulan calon-calon SPM 2015 menamatkan perjuangan dalam mengharungi peperiksaan SPM tahun ini, kini ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar Lembaga Peperiksaan, KPM mengumumkan tarikh dan keputusan yang amat dinanti-nantikan.

Berdasarkan semakan dan rekod tahun- tahun lepas terhadap tarikh pengumuman SPM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Mac untuk mengumumkan keputusan SPM.

Pemilihan tarikh dalam bulan Mac bagi mengumumkan keputusan SPM tersebut, membolehkan calon mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian Pra Universiti, Asasi dan Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara.

Berikut adalah maklumat untuk mendapatkan keputusan (result) SPM 2015 pada tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan nanti.

SMS Dan Online Tarikh Dan Masa Jangkaan minggu kedua bulan Mac 2016, bermula jam 10 pagi.

Tarikh sebenar (rasmi) akan dimaklumkan Lokasi / Tempat Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu. 

Calon boleh Semakan Keputusan SPM 2015 Guna Sms menerusi Sistem Mesej Singkat mySMS dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut;

Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888 Contoh: SPM 981234131234 SA001A067 hantar ke 15888 
Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online Sila layari pautanhttps://sppat.moe.gov.my/semakan Nota: Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2015 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

Pautan Sumber: mysumber.com

Wednesday 16 December 2015

Instrumen PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) dan Panduan Penskoran KHB-Pertanian

Salam sejahtera,

Bagi memperolehi pencapaian akademik yang sentiasa cemerlang, persiapan dan usaha yang berterusan hendaklah sentiasa diutamakan. Membuat ulang kaji melalui nota-nota lengkap merupakan cara yang terbaik, namun tanpa latihan pengayaan dan pengukuhan kita belum dapat menilai setakat mana kita betul-betul faham tentang keseluruhan kandungan apa yang kita sudah pelajari. 

Peperiksaan atau pentaksiran merupakan satu mekanisme yang dilaksanakan untuk menguji dan menilai sejauh mana pelajar atau murid betul berjaya menguasai kandungan pelajaran atau suatu subjek.

Berikut adalah contoh Soalan atau Instrumen Pentaksiran berserta Panduan Penskoran lengkap untuk dimanfaatkan semua.

Sila klik link di bawah;




Sunday 13 December 2015

Semak Panduan Gred PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) 2015 KPM Yang Terkini

Ramai yang masih tertanya-tanya macam mana Pengredan Markah PT3 dilaksanakan. Berbeza dengan PMR, PT3 adalah lebih menyeluruh dan menguji tahap calon dengan begitu terperinci dan bukannya bergantung kepada ujian bertulis dan objektif sahaja seperti PMR. Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris calon perlu duduki ujian bertulis dan ujian lisan. Sementara itu, bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan ditaksir melalui ujian bertulis. Bagi subjek Sejarah dan Geografi pula pentaksiran dilakukan melalui kerja kursus, penyediaan projek, kerja lapangan dan kajian kes. Kesemua penilaian markah bagi setiap subjek direkodkan dan di kategorikan mengikut gred pemarkahan PT3 seperti yang tertera dibawah. 

Semak Gred PT3 2015 KPM Yang Terkini Bagi semua Subjek

  • Markah 85 hingga 100 dapat Gred A  iaitu Cemerlang
  • Markah 70 hingga 84 dapat Gred B iaitu Kepujian 
  • Markah 60 hingga 69 dapat Gred C iaitu Baik
  • Markah 50 hingga 59 dapat Gred D iaitu Memuaskan
  • Markah 40 hingga 49 dapat Gred E iaitu Mencapai Tahap Minimum
  • Markah 01 hingga 39 dapat Gred F iaitu Belum Mencapai Tahap Minimum
Bagi PT3 (Pentaksiran PT3), jika semua subjek mendapat gred E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai. Contoh: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun mendapat Gred E maka calon dikira Menguasai PT3 tetapi jika 1 dari subjek diatas mendapat gred F sebagai contoh Sains iaiah Gred F maka dikira Tidak Menguasai Tahap Minimum.
Keputusan PT3 adalah sangat diperlukan untuk calon memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Mene­ngah Teknik atau Kolej Vokasional dan untuk menentukan aliran yang diambil di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Saturday 12 December 2015

Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2015 dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM

Setelah sebulan bercuti selepas berhempas pulas menjawab Instrumen/soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2015, kini adalah masa yang amat dinanti-nantikan oleh pelajar Tingkatan 3, apabila semakan Berita semasa menunjukkan yang Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) baru sahaja mengumumkan tarikh semakan keputusan PT3 2015 akan diumumkan pada minggu kedua bulan Disember ini selepas keputusan UPSR 2015 yang akan diumumkan pada 23 November lepas.
pt3-2015

Walaupun, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dimulakan pada pertengahan tahun 2014 yang lepas sehingga mendapat teguran dan aduan mengenai cara pelaksanaan yang dilihat terburu-buru akhirnya ia telah berjaya berlangsung dengan baik pada tahun 2015 iaitu tahun kedua pelaksanaannya. Bagi calon PT3 telah selesai menjalani peperiksaan awam PT3 untuk tahun 2015, semakan keputusan PT3 boleh disemak seperti berikut;
  • Tarikh keputusan PT3 2015 keluar di SAPS : 14 Disember 2015
  • Tarikh ambil sijil result PT3 2015 : 14 hingga22 Disember 2015 (bergantung kepada pihak sekolah masing-masing)
Pastikan anda memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
Untuk semakan keputusan PT3 secara online anda boleh lakukannya melalui kemudahan portal www.moe.gov.my ataupun untuk lebih mudah pelajar dan ibu bapa boleh terus lakukan semakan SAPS (http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php) setelah keputusan dikeluarkan.


Friday 11 December 2015

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) KHB (Kemahiran Hidup Bersepadu) 2016

Salam sejahtera, 

Bagi memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang tahun dapat dilaksanakan dengan berkesan, sistematik dan berjaya, seseorang itu perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan. Ini adalah sebagai panduan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Rancangan Pengajaran Tahunan adalah perancangan yang sistematik berpandukan takwim persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Berikut ialah senarai Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi mata pelajaran KHB tahun 2016 yang telah dilengkapkan dengan catatan perlaksanaan PBS (PPPM) & cadangan penggunaan peta i-THINK yang berwarna-warni. RPT ini dalam msword 97-2003 dan boleh edit mengikut kesesuaian. 


Sila Klik Pada Link Di Bawah:





Saya amat berharap kita semua dapat menmanfaatkan. Sila beri komen untuk penambahbaikan.

Format Terkini PT3 Bagi Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Ujian Bertulis

Salam sejahtera,

Walaupun Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dilaksanakan selama dua tahun, namun ramai yang masih keliru antara PT3 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Masih ada suara-suara yang mahukan PT3 diberhentikan dan meneruskan kembali PMR dengan menambahbaikkannya. Masalah ini timbul kerana masih ramai yang kurang faham tentang FORMAT sebenar PT3 dan juga tujuan ianya dilaksanakan untuk menggantikan PMR.

Berikut adalah format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) terkini bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) (Ujian Bertulis).

Penerangan 
Instrumen Pentaksiran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B, di mana memerlukan murid memberikan respon secara bertulis dalam bentuk objektif dan subjektif.

Bentuk Instrumen
Bahagian A ialah Ujian Objektif Non-MCQ manakala Bahagian B ialah Ujian Subjektif.

Jenis Item
Bagi Bahagian A adalah berbentuk Objektif jenis Supply Type dan Select Type manakala Bahagian B adalah berbentuk Subjektif jenis Item respon terhad dan Item berstruktur.

Bilangan Soalan
Bahagian A ialah 20 soalan iaitu 11 dari Bahagian Teras dan 9 dari Bahagian Elektif manakala Bahagian B ialah 4 soalan iaitu 3 Bahagian Teras dan 1 Bahagian Elektif.

Konstruk
Bahagian A adalah Pengetahuan, manakala Bahagian B adalah Kefahaman,  Aplikasi, Analisis dan Penilaian

Aras Kesukaran Instrumen
Rendah 3, Sederhana 4, Tinggi 3 (3:4:3)

Jumlah markah
Bahagian A adalah 60 markah manakala Bahagian B adalah 40 markah

Cakupan Konteks
Mencakupi semua bidang pembelajaran dari tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

Tempoh masa 
Masa menjawab adalah 2 jam

Kaedah Penskoran
Kaedah penskoran bagi kedua-dua bahagian adalah Analitik.

Harap kita sama-sama memanfaatkannya untuk kebaikan bersama.




Wednesday 2 December 2015

Nota Lengkap KHB Bab 1 Reka Cipta

Salam sejahtera,

Kejayaan serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah dan luar bilik darjah  banyak dipengaruhi oleh kesediaan dan perancangannya yang rapi. 

Perancangan yang rapi adalah di mana kita menguasai topik, membuat persediaaan dari segi bahan yang akan disampaikan atau dipelajari. 

Berikut adalah nota lengkap bagi topik Reka cipta dalam bentuk POWER POINT siap untuk digunakan bagi membantu kejayaan dan keberkesanan proses pdp dalam bilik darjah.


SILA KLIK PADA LINK DI BAWAH;

Bab Reka Cipta. 1.4 Pemilihan Reka Bentuk

Sunday 18 October 2015

Expected Target Result (ETR) bagi setiap mata pelajaran.

Salam semua, 

Peningkatan dan kemajuan berterusan secara konsisten merupakan suatu aspek atau petunjuk yang akan membawa seseorang pelajar itu dapat berjaya dengan cemerlangnya dalam pencapaian akademiknya.

Walaupun, tidak semua dapat mengukur sejauh mana peningkatan dan kemajuan serta penurunan seseorang pelajar atau anak itu dalam bidang akademik tanpa ada instument khas yang digunakan.

Expected Target Result (ETR) merupakan satu instrument yang sesuai digunakan untuk memantau peningkatan dan penurunan pelajar dalam akademiknya.
Di sini dipostkan contoh dan cara membuat ETR bagi setiap mata pelajaran untuk rujukan dan kegunaan semua.
Tujuannya adalah untuk;
1. memantau peningkatan dan kemajuan pelajar berdasarkan gred yang ditetapkan.
2. melihat sejauh mana KPI pengajar tercapai berdasarkan penetapan sasaran.
3. memudahkan tindakan susulan atau GROW dirangka dan dilaksanakan.

SILA KLIK PADA LINK DI BAWAH;
Expected Target Result (ETR) bagi semua mata pelajaran

Wednesday 19 August 2015

Instrument Pentaksiran Peperiksaan Percubaan PT3-KHB-Kemahiran Teknikal dan Panduan Penskoran/Skema Jawapan

Salam sejahtera, 


Berdasarkan KPM, keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat yang pada ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak terlalu bertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata yang mengekang percambahan berfikir.
Negara kita mesti melahirkan pelajar berkualiti yang mempunyai kemahiran berfikir yang lebih kritis, kreatif dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak.

Justeru itu, setelah meneliti dan membuat kajian terperinci, PT3 yang mengantikan PMR telah ditambah baik dengan memberikan lebih penekanan kepada soalan-soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi.


Berikut merupakan contoh Instrument/Soalan Pentaksiran PT3 dan Panduan Penskoran/Skema Jawapan

SILA KLIK LINK DI BAWAH;

Instrument Pentaksiran Peperiksaan Percubaan PT3-KHB-Kemahiran Teknikal


Panduan Penskoran Instrument Pentaksiran Peperiksaan Percubaan PT3-KHB-Kemahiran Teknikal

Thursday 16 July 2015

Apakah itu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)?

Sunday 14 June 2015

Rancangan Pengajaran Tahunan KHB-KT

Instrument Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) KHB-Pertanian

Sunday 12 April 2015

Program Intervensi Lima Langkah (PILL) KHB-Pertanian

Program Intervensi Lima Langkah (PILL) KHB- KT

Thursday 19 March 2015

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Soalan Pentaksiran PT3 KHB-Kemahiran Teknikal (KT)

Nota Lengkap KHB Bab 1 Reka Cipta - Perekaan Projek

Nota Lengkap KHB Bab 1 Reka Cipta - Pemilihan Idea

Nota Lengkap KHB Bab 1 Reka Cipta - Pengenalpastian Masalah

Friday 20 February 2015

Instrument Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) KHB-Kemahiran Teknikal

Saturday 10 January 2015

Nota Lengkap KHB Bab Elektrik Tingkatan 3

Nota Lengkap KHB-Ting-3-Bab-4-Tempat Kediaman

Tajuk Pelajaran Tingkatan 1 KHB-Kemahiran Teknikal

BAHAGIAN TERAS: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Bab 01: Organisasi Bengkel dan Keselamatan (1 minggu)
a. Organisasi Bengkel
b. Langkah keselamatan
c. Etika dan Budaya Kerja

Bab 02: Reka bentuk dan Penghasilan Projek (5 minggu)
a. Pengenalan reka bentuk dan teknologi
b. Faktor reka bentuk
c. Jenis bahan dan pengikat
d. Alatan tangan dan mesin
e. Proses 
f. Reka bentuk projek

Bab 03: Elektrik (3 minggu)
a. Sumber dan kegunaan elektrik
b. Jenis wayar dan kerja pendawaian

Bab 04
: Kerja Paip (3 minggu)
a. Sistem bekalan air di rumah
b. Jenis paip, penyambung paip dan bahan pemasangan paip
c. Jenis dan kelengkapan paip
d. Kerja penyelenggaraan

Bab 05
: Jahitan (2 minggu)
a. Mesin Jahit
b. Penghasilan artikel

Bab 06: Tanaman Hiasan (2 minggu)
a. Pembiakan secara keratan
b. Penanaman
c. Penjagaan anak pokok

BAHAGIAN PILIHAN: KEMAHIRAN TEKNIKAL (16 MINGGU)

Bab 07: Elektrik (6 minggu)
a. Jenis litar elektrik
b. Penggunaan Meter pelbagai
c. Unit kawalan utama bekalan elektrik domestik
d. Kuasa elektrik

Bab 08: Asas Elektromekanikal (8 minggu)
a. Pengenalan pergerakan Mekanikal
b. Pengenalan pergerakan Elektromekanikal

Bab 09: Perniagaan dan Keusahawanan (2 minggu)
a. Pengenalan kepada Perniagaan
b. Bentuk dan Jenis Perniagaan
c. Milikan Perniagaan

Tajuk Pelajaran Tingkatan 2, KHB-Kemahiran Teknikal

BAHAGIAN TERAS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (19 MINGGU)

Bab 01: Reka Bentuk dan penghasilan projek (6 minggu)
a. Faktor Reka bentuk
b. Jenis bahan dan pengikat
c. Alatan tangan dan mesin
d. Proses
e. Reka bentuk projek

Bab 02: Elektronik (4 minggu)
a. Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik
b. Membaca dan menterjemah lukisan skematik
c. Penghasilan projek

Bab 03: Lukisan Teknik (4 minggu)
a. Alatan Lukisan
b. Jenis Garisan
c. Lukisan Ortografik

Bab 04: Masakan (3 minggu)
a. Perancangan menu
b. Penyediaan dan penyajian hidangan
c. Etika makan

Bab 05: Tanaman Hiasan (2 minggu)
a. Pemasuan semula
b. Penjagaan Tanaman Hiasan

BAHAGIAN PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL (16 MINGGU)

Bab 06: Lukisan Teknik (6 minggu)
a. Lukisan Isometrik
b. Lukisan hamparan
c. Lukisan Keratan penuh

Bab 07: Elektronik (8 minggu)
a. Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik
b. Membaca dan menterjemah Lukisan Skematik
c. Penghasilan projek

Bab 08: Perniagaan dan Keusahawanan (2 minggu)
a. Asas keusahawanan
b. Usahawan dalam negeri
c. Peranan kerajaan dalam membantu usahawan

Tajuk Pelajaran Tingkatan 3 KHB-Kemahiran Teknikal

BAHAGIAN TERAS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (19 MINGGU)

Bab 01: Reka Cipta (7 minggu)
a. Pengenalpastian masalah 
b. Pencetusan, penjanaan dan pemilihan idea
c. Perekaan projek
d. Pemilihan reka bentuk
e. Perancangan pembinaan projek
f. Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
g. Pendokumentasian

Bab 02: Elektrik (2 minggu)
a. Mengira kos tenaga elektrik
b. Pengenalan motor arus terus

Bab 03: Elektronik (5 minggu)
a. Nama, simbol dan fungsi komponen
b. Membaca dan menterjemah lukisan skematik
c. Penghasilan projek

Bab 04: Tempat Kediaman (3 minggu)
a. Ruang tempat kediaman
b. Keselesaan tempat kediaman
c. Penjagaan tempat kediaman
d. Susun atur alatan dan kelengkapan

BAHAGIAN PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL (16 MINGGU)

Bab 05: Elektronik (7 minggu)
a. Nama, simbol dan fungsi komponen
b. Penghasilan projek

Bab 06: Enjin (7 minggu)
a. Jenis dan kegunaan pengikat dan pencantum
b. Bahagian luar enjin
c. Bahagian dalam enjin
d. Edaran empat lejang
e. Sistem enjin
f. Menservis enjin

Bab 07: Perniagaan dan Keusahawanan (2 minggu)
a. Konsumerisme

Ketahui Lebih Lanjut