Penghasilan Produk merupakan aktiviti membangunkan suatu produk baharu atau mengubahsuai produk sedia ada dipasaran dengan mengaplikasikan teknologi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Penghasilan produk sama ada produk dalam bentuk barang atau perkhidmatan mesti dirancang dengan sistematik dan melibatkan beberapa langkah utama seperti, Kajian keperluan pelanggan, Penyelesaian masalah inventif, Projek Brief, Pemilihan teknologi yang sesuai dan sebagainya. Langkah langkah ini sangat penting bagi memastikan produk yang akan dihasilkan nanti benar-benar dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dari aspek reka bentuk dan kefungsiannya.
Di sini disertakan link untuk nota RBT Bab 2 2.1.2 Pemilihan Teknologi Yang Sesuai untuk Produk yang dihasilkan sebagai rujukan.
Sila klik link di bawah ๐ untuk maklumat lanjut.
2.1.2 Pemilihan Teknologi Yang Sesuai Dengan Produk Yang Hendak Dihasilkan