1. Aktiviti yang menyalur atau mengagihkan barang serta perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna adalah....
A. permintaan
B. penawaran
C. pemasaran
D. pengangkutan
2. Berikut merupakan pihak yang terlibat dalam aktiviti pemasaran.
I. pengeluar
II. pengguna
III. pengusaha
IV. pembekal
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IIII
D. III dan IV
3. Berikut merupakan peranan reka bentuk dalam pemasaran kecuali..
A. memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
B. saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna
C. menyimpan produk di tempat selamat
D. mengukuh penjenamaan sesuatu produk
4. Pengguna ini membeli barangan/produk untuk kegunaan sendiri. Pengguna ini merujuk kepada
A. pengguna peribadi
B. pengguna akhir
C. pengguna organisasi
D. pengguna isi rumah
5. Yang manakah merupakan nilai tambah kepada sesuatu reka bentuk produk?
I. Menarik
II. Unik
III. Selesa
IV. Harga
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV
6. _____________________terhadap sesuatu produk diperolehi apabila pengguna mendapat faedah daripada penggunaannya.
A. Trend
B. Output
C. Nilai
D. Identiti
7. Manakah antara berikut merupakan kaedah reka bentuk pengiklanan?
I. Matlamat produk
II. Demontrasi
III. Gambar pegun
IV. Jualan langsung
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, III dan IV
8. Manakah antara berikut benar mengenai faktor pemilihan media pengiklanan?
I. Jenis dan sifat produk
II. Kos pengiklanan
III. Luas pasaran
IV. Sasaran pengguna
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
9. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan merangsang dalam kaedah pengiklanan?
A. Menyampaikan fakta yang betul mengenai produk
B. Menarik minat pengguna untuk mengetahui hal berkaitan produk
C. Memberitahu penguna mengenai produk yang dihasilkan
D. Memberi sampel produk secara percuma kepada pengguna
10. Analisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih harus berdasarkan ciri-ciri pengiklanan yang berkesan seperti berikut?
I. kreatif
II. memberi impak
III. mesej yang jelas
IV. harga yang berpatutan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
11. Apakah kepentingan membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan?
A. untuk menentukan harga produk
B. untuk melakukan penambahbaikan
C. untuk membuat promosi produk berkenaan
D. untuk mencari penaja terhadap sesuatu produk
Skema Jawapan
1. C
2. A
3. C
4. B
5. A
6. C
7. A
8. D
9. B
10. A
11. B