Showing posts with label soalanrbt. Show all posts
Showing posts with label soalanrbt. Show all posts

Tuesday, 10 January 2023

Soalan dan Skema Jawapan UASA RBT

 Jawab semua soalan.

1.    Apakah definisi reka bentuk mekatronik?

A.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu elektrik

B.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu mekanikal

C.    Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu elektronik

D.    Reka bentuk produk atau sistem  yang mengandungi disiplin ilmu elektrik, elektronik, mekanikal, kawalan dan pengaturcaraan.

2.    "Bermula dengan penggunaan reka bentuk mekanikal bagi menggantikan tenaga manusia untuk menghasilkan suatu produk"

Pernyataan di atas merujuk kepada sejarah perkembangan Revolusi Industri 

A.    1.0

B.    2.0

C.    3.0

D.    4.0

3.    "Bermula pada akhir abad ke-20 dengan penggunaan meluas reka bentuk elektronik dan seterusnya pengabugan reka bentuk bagi menghasilkan reka bentuk mekatronik"

Pernyataan di atas merujuk kepada sejarah perkembangan Revolusi Industri 

A.    1.0

B.    2.0

C.    3.0

D.    4.0

4.    Elemen utama reka bentuk mekatronik ialah

A.    elektrik dan elektronik

B.    mekatronik dan mekanikal

C.    kawalan dan pengaturcaraan

D.    elektrik, elektronik, mekanikal, kawalan dan pengaturcaraan.

5.    Manakah yang merupakan teras dalam Revolusi Industri 4.0

A.    mekatronik

B.    elektronik

C.    data raya

D.    kemudahan asas

5.    Berikut merupakan produk mekatronik kecuali

A.    pintu gelonsor automatik

B.    mesin basuh automatik

C.    kereta kawalan jauh

D.    kipas angin

6.    Apakah yang dimaksudkan dengan gambar rajah blok?

A.    suatu lukisan perspektif

B.    suatu lukisan teknik 

C.    suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok

D.    suatu lukisan ceraian

7.    Berikan 3 bahagian utama dalam gambar rajah blok

A.    Input, masukan, mampatan

B.    Proses, keluaran, input

C.    Input, Proses, Output

D.    Output, Proses, Keluaran.

8.    Apakah fungsi mikropengawal dalam bahagian proses gambar rajah bagi kereta kawalan jauh

A.    menghantar isyarat input guna bluetooth

B.    terima dan proses isyarat input

C.    menggerakkan motor bagi memacu tayar

D.    bertindak sebagai pemacu motor

9.    Antara berikut manakah kriteria dalam borang kajian keperluan pengguna

A.    maklumat pelanggan

B.    kos produk

C.    jantina

D.    kekuatan dan kelemahan prosuk

10.    Mengapakah manusia membangunkan suatu produk?

A.    untuk kepuasan sendiri

B.    untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia

C.    untuk menggantikan produk yang lama

D.    supaya produk tidak habis di pasaran

11.    Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran?

A.    aktiviti menyalurkan barang dari pengeluar kepada pengguna akhir

B.    aktiviti membeli dan menjual barang untuk tujuan mendapat keuntungan

C.    aktiviti mencari keuntungan

D.    aktiviti mengred dan membungkus barang di gudang

Tuesday, 27 September 2022

Soalan dan Skema Jawapan Latihan Formatif RBT

 Jawab semua soalan.

1.    Invensi ditakrifkan sebagai

A.    kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk.

B.    pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik.

C.    pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi.

D.    pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan produk.

2.    Apakah yang dimaksudkan dengan projek brief?

A.    Penghasilan produk reka bentuk melibatkan proses perancangan yang teliti dan sistematik.

B.    Proses perbincangan awal antara pengurus projek, pelanggan dan pereka bentuk.

C.    Perancangan dalam pengurusan projek merangkumi skop kerja, kos pengeluaran dan pembentukan kumpulan kerja.

D.    Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.

3.    Antara berikut yang manakah kriteria projek brief?

I.    Prinsip

II.    Elemen

III.    Skop kerja

IV.    Gambaran awal produk

A.    I dan II

B.    II dan III

C.    III dan IV

D.    I dan IV

4.    Susun mengikut urutan yang betul langkah pemasangan pen 3D.

I.    Pilih bahan mencetak

II.    Masukkan bahan mencetak pada pen 3D

III.    Panaskan elemen pemanas pada pen 3D

IV.    Sambungkan pen 3D kepada sumber kuasa

V.    Uji bahan mencetak dengan menekan butang penyalur bahan mencetak

A.    I,II,III, IV, V

B.    II,V,II,IV,I

C.    III I,II,V,IV

D.    IV,I,III,II,V

5.    Antara berikut yang manakah sistem mekanikal yang terdapat dalam mesin basuh automatik?

I.    Takal

II.    Tali sawat

III.     Penderia gerakan

IV.    Motor

A.    I dan II

B.    I dan III

C.    II dan III

D.    III dan IV

6.    Antara berikut yang manakah sistem untuk memindahkan gerakan motor kepada bentuk yang lain pada reka bentuk mekatronik?

A.    Elektrik

B.    Elektronik

C.    Mekanikal

D.    Kawalan dan pengaturcaraan

7.    Antara berikut, yang manakah bidang reka bentuk abstrak?

I.    Sistem pembelajaran

II.    Persenjataan 

III.    Pengiklanan

IV.    Bahasa

A.    I, II, III

B.    I, II, IV

C.    I, III, IV

D.    II, III, IV

8.    Apakah tujuan menanam secara fertigasi?

A.    Memudahkan pengawalan serangga

B.    Menambahkan kos penanaman

C.    Mengurangkan penggunaan baja kepada tanaman

D.    Menggalakkan penyakit bawaan tanah

9.    Antara berikut, yang manakah tujuan penjadualan masa disediakan dalam perancangan projek?

A.    Untuk mengelakkan kerugian kos dan masa

B.    Untuk menganggarkan bilangan pekerja yang diperlukan

C.    Untuk menganggarkan modal yang diperlukan

D.    Untuk menetapkan cara promosi yang boleh dilakukan.

10.    Antara berikut manakah kelebihan pembentukan kumpulan kerja berdasarkan tugas dan peranan secara pasukan?

I.    Ahli memilih tanggungjawab yang lebih khusus

II.    Kurang tekanan dalam aspek pekerjaan

III.   Peningkatan motivasi staf

IV.    Komunikasi  secara terbuka sesama ahli

A.    I dan II            

B.    I dan III

C.    II dan IV

D.    III dan IV

11.    Berikut adalah prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang. 

"Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek"

Apakah prinsip tersebut?

A.    Kualiti setempat

B.    Pengekstrakan

C.    Penyaranggan

D.    Tiada jawapan yang betul

Skema Jawapan.

1.    A

2.    B

3.    C

4.    D

5.    A

6.    C

7.    C

8.    A

9.    A

10.    D

11.    B

Thursday, 23 June 2022

Soalan dan Skema Jawapan Latihan Formatif Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

 

Pilih jawapan yang tepat.

       1.     Antara berikut, yang manakah definisi teknologi?

A.    Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu                              produk yang memberikan impak kepada kehidupan.

B.    Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang yang mengaplikasikan                         pengetahuan Sains dan Matematik.

C.    Pengaplikasian ilmu Sains dan Matematik dengan menggunakan bahan semula jadi untuk                        dijadikan alat, tenaga atau sistem.

D.    Satu bidang percambahan idea dalam proses penyusunan   bahan yang dirancang untuk              menghasilkan produk.

2.    "Lakaran yang digunakan untuk menunjukkan kesemua lakaran objek bermula daripada idea           pertama hingga projek terakhir yang hendak dibuat".  Apakah jenis lakaran ini?

A.    Lakaran teknikal

B.    Lakaran persembahan

C.    Lakaran penerokaan

D.    Lakaran perkembangan idea

3.    "Seorang pereka menunjukkan beberapa pilihan visual rekaannya melalui lakaran". Apakah            peranan lakaran tersebut?

A.    Eksprorasi 

B.    Asas komposisi untuk ilustrasi

C.    Medium komunikasi pelanggan

D.    Mempercepat pembangunan konsep

4.    "Melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki". Apakah proses kerja yang        dinyatakan?

A.    Tempoh masa

B.    Kos projek

C.    Skop kerja

D.    Skop produk

5.    Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah masalah bukan inventif?

A.    Setelah mengasah pisau yang tumpul, Fatimah dapat memotong sayur dengan cepat.

B.    Daud memasang bakul pada motorsikalnya supaya dapat membawa barang dengan lebih                       mudah

C.    Wong telah memasang pendingin hawa di biliknya tetapi ini  menyebabkan bil elektrik                           rumahnya meningkat.

D.    Ah Chong memandu kereta dengan laju supaya cepat sampai ke tempat kerjayanya tetapi ini                   menyebabkan penggunaan minyak meningkat

6.    "Merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi                 menjalankan operasi sesuatu sistem". Apakah nama sistem mekatronik ini?

A.    Sistem elektrik

B.    Sistem elektronik

C.    Sistem mekanikal

D.    Sistem kawalan dan pengaturcaraan

7.    Antara berikut, yang manakah merupakan contoh produk mekatronik?

        A.  Pintu pagar automatik

        B.  Mesin basuh manual

        C.  Motosikal

        D.  Basikal

        8.   Maklumat di bawah merupakan kajian keperluan pelanggan. 

"Jenama, kegunaan produk, kebaikan dan kelemahan produk serta pengeluar produk adalah faktor           yang mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk".

Nyatakan kajian keperluan pelanggan yang dimaksudkan.

A.    Penambahbaikan

B.    Kehendak pelanggan 

C.    Maklumat pelanggan 

D.    Latar belakang produk

9.    "Pengujian terhadap produk yang berfungsi di dalam makmal atau bengkel dengan                              menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk".                     Apakah jenis ujian yang dimaksudkan?

A.    Ujian parameter

B.    Ujian kestabilan

C.    Ujian cantuman

D.    Ujian makmal

10.    "Berfungsi sebagai suis tekan buka dan sius tekan tutup". Nyatakan jenis peranti input digital         tersebut?

A.    Suis togel

B.    Suis mikro

C.    Suis tekan tutup

D.    Suis tekan buka

SKEMA JAWAPAN

1.    C

2.    D

3.    C

4.    C

5.    D

6.    B

7.    A

8.    D

9.    D

10.    B

Wednesday, 15 June 2022

Soalan dan Skema Jawapan Latihan PBD RBT

 Jawab semua soalan.

1.            Antara berikut, manakah menerangkan maksud penghasilan produk dengan tepat?

A.        Proses menyediakan bahan untuk membuat produk yang baharu atau mengubah suai produk yang sedia ada untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

B.        Proses membuat perancangan awal sebelum memulakan membuat produk baharu atau mengubah suai produk yang sedia ada untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

C.        Aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna masa kini dan akan datang dengan mengaplikasikan teknologi terkini.

D.        Aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada dengan mengambil kira aspek seperti kos, tenaga kerja dan teknologi supaya tidak terlalu mahal.

2.            Berikut merupakan langkah-langkah dalam proses penghasilan produk kecuali..

               A.           Penyelesaian masalah inventif

               B.           Pengiraan kos projek

               C.           Penjanaan idea

               D.           Projek brief

3.            Kajian keperluan pelanggan perlu dijalankan untuk memastikan idea reka bentuk produk yang akan dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Terdapat beberapa kriteria dalam kajian keperluan pelanggan iaitu;

               i.             Latar belakang produk

               ii.            Maklumat pelanggan

               iii.           Penambahbaikan

               iv.           Pendokumentasian

               A.           I, II dan III                                   B.           I, II dan IV                                                       C.           II, III dan IV                                D.           I, III dan IV

4.            Kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya dikenal pasti terlebih dahulu dan bukan berdasarkan idea secara spontan daripada individua atau kumpulan. Apakah kaedah penyelesaian masalah tersebut?

               A.           Penyelesaian masalah projek

               B.           Penyelesaian masalah berganda

               C.           Penyelesaian masalah kreatif

               D.           Penyelesaian masalah inventif

5.            Model fungsi dilukis dengan menggunakan simbol inventif.  Apakah nama simbol ini  

               A.           Subjek

               B.           Komponen

               C.           Supersistem

               D.           Bahan

6.            Perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk dinamakan

               A.           penerangan konsep

               B.           projek brief

               C.           penghasilan model

               D.           penambahbaikan projek

7.            Berikut adalah cara menyaring maklumat yang terdapat dalam borang projek brief kucuali..

               A.           mendapat maklum balas secara bertulis daripada pelanggan

               B.           mengadakan sesi perbincangan lanjut dengan pelanggan berkenaan

               C.           mengadakan sidang video dengan pelanggan untuk mendapat maklumat tambahan

   D.           pertimbangkan idea yang baik untuk dilaksanakan tanpa perlu berbincang lagi untuk        mengelakkan pembaziran

8.            Berikut adalah justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi sebelum menghasilkan sesuatu reka bentuk produk baharu kecuali..

               A.           fungsi teknologi

               B.           aplikasi teknologi yang dipilih

               C.           tujuan penggunaan teknologi

               D.           kecanggihan teknologi tersebut

9.            Dua konsep penghasilan idea reka bentuk produk ialah

               A.           bentuk mengikut saiz dan saiz mengikut bentuk

               B.           bahan mengikut bentuk dan bentuk mengikut bahan

               C.           bentuk mengikut fungsi dan fungsi mengikut bentuk

               D.           reka bentuk mengikut kesesuaian dan kesesuaian mengikut reka bentuk

 

10.         ___________________________ ialah unsur-unsur yang digunakan dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal sesuatu rekaan.

               A.           Elemen reka bentuk                       B.           Prinsip reka bentuk

               C.           Konsep reka bentuk                        D.           Maksud reka bentuk

11.         ___________________________ ialah konsep atau peraturan yang digunakan oleh pereka bentuk ketika menggunakan elemen-elemen reka bentuk.

               A.           Elemen reka bentuk                       B.           Prinsip reka bentuk

               C.           Konsep reka bentuk                        D.           Maksud reka bentuk

12.         Lakaran ____________________ ialah bentuk ilustrasi objek yang menyamai pandangan mata dan dihasilkan dalam bentuk 3D.

               A.           oblik                                                   B.           isometrik

               C.           ortografik                                          D.           perspektif

13.         Berikut adalah maklumat yang perlu dinyatakan pada lakaran 3D kecuali..

               A.           nama produk                                                   B.           saiz produk dan komponen

               C.           bahan yang digunakan pada produk         D.           kos pengeluaran produk

14.         Lakaran ______________________ ialah lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen pada suatu reka bentuk produk.

               A.           perspektif                                                         B.           isometric

               C.           ceraian                                                              D.           oblik

15.         Suatu perancangan aktiviti yang dipersembahkan dalam bentuk jadual dan dibuat berdasarkan senarai aktiviti dan tempoh masa yang diperuntukkan. Apakah nama bentuk perancangan ini?

               A.           Lakaran awal                                                   B.           Lukisan kerja

               C.           Jadual kerja                                                     D.           Pendokumentasian

16.         Tujuan menyediakan jadual kerja adalah

               i.             mengelakkan kerugian masa dan kos

               ii.            mengawal sumber tenaga pekerja

               iii.           mengelakkan pembaziran

               iv.           mengurus bahan mentah secara sistematik

               A.           I, II dan III

               B.           I, III dan IV

               C.           II, III dan IV

               D.           I, II, III dan IV

17.         Dua kaedah yang digunakan untuk menentukan bajet projek ialah

               A.           kaedah unit dan konsep SMART

               B.           kaedah pengiraan dan konsep SMART

               C.           kaedah untung dan rugi

               D.           kaedah untung dan konsep SMART

18.         Pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian ialah proses terakhir untuk mengukur keberkesanan produk yang telah dihasilkan.  Tahap keberkesanan produk diukur berdasarkan tiga faktor iaitu

               i.             memenuhi kehendak pelanggan

               ii.            mematuhi projek brief

               iii.           ketepatan rupa bentuk

               iv.           mahal dan tahan lasak

               A.           I, II dan III

               B.           I, II dan IV

               C.           II, III dan IV

               D.           I, III dan IV

19.         Pengujian terhadap produk yang telah dihasilkan boleh dijalankan sama ada dengan menggunakan kaedah ujian makmal dan _____________________.

               A.           ujian komputer

               B.           ujian bertulis

               C.           ujian parameter

               D.           ujian lisan

20.         _________________________ ialah suatu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat daripada peringkat penjanaan idea sehinggalah ke peringkat mock-up atau model produk dihasilkan.

               A.           Diari catatan                                    B.           Rekod catatan

               C.           Laporan harian                                D.           Pendokumentasian

 

SKEMA JAWAPAN

1.            C

2.            B

3.            A

4.            D

5.            B

6.            B

7.            D

8.            D

9.            C

10.         A

11.         B

12.         D

13.         D

14.         C

15.         C

16.         D

17.         A

18.         A

19.         C

20.         D

Ketahui Lebih Lanjut