Tuesday, 28 September 2021

PJPK Tingkatan 2 Unit 1 Gimnastik Asas

Gimnastik asas adalah kemahiran yang melibatkan pengurusan tubuh badan. Ini kerana pergerakan dalam gimnastik asas ini banyak menggunakan kreativiti pengurusan tubuh badan. Kemahiran gimnastik asas akan meningkatkan fleksibiliti, ketangkasan, imbangan, kekuatan dan kawalan badan.

Sukan gimnastik asas melibatkan banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang atlit. Antara kemahiran tersebut adalah menghambur, lombol dan banyak lagi. Ikut video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pergerakan dalam setiap kemahiran tersebut.  

Tuturiol Cara Membuat Projek RBT

Salam sejahtera semua. Pada posting kali ini, saya akan kongsikan cara membuat projek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Video ini akan mengajar kita dari mula hingga akhir, langkah demi langkah  membuat atau menghasilkan produk berfungsi seperti yang dikehendaki dalam DSKP mata pelajaran RBT. 

Seperti yang kita semua maklum, dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Penghasilan Produk atau Projek merupakan satu elemen penting dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dalam kontek ini semua murid tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran RBT wajib menghasilkan satu produk sebagai projeknya berserta dengan pendokumtasiannya. Sila tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara dan langkah membuat projek iaitu menghasilkan produk tersebut. Semoga bermanfaat.

Ketahui Lebih Lanjut