Friday 16 August 2013

Soalan Peperiksaan Sejarah SPM berdasarkan Topik.

Salam sejahtera semua. Sejak mata pelajaran Sejarah menjadi salah satu mata pelajaran yang WAJIB LULUS dalam peperiksaan awam di sekolah Menengah, ramai yang tercari-cari soalan popular untuk dijadikan bahan ulangkaji dan praktis kendiri sebagai persiapan menghadapi peperiksaan awam tersebut. Di sini disediakan contoh-contoh soalan dengan teknik penyoalan yang berbeza daripada topik-topik popular untuk dikongsikan sebagai persiapan semua.
Manfaatkanlah , semoga berjaya.

BAB
TAJUK / SOALAN
3
TAJUK :  PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah maksud realpolitik
[1 markah]
(b)   Berikan dua amalan realpolitik yang dilakukan oleh  Otto Eduard von Bismarck untuk membina negara bangsa Jerman.
[2 markah]

(c)   Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Camillo Benso de       Cavour untuk menyatukan negara bangsa Itali.
[2 markah]

(d)   Apakah hujah yang boleh anda kemukakan untuk       membuktikan bahawa pembinaan negara Islam       Madinah bukan berasaskan amalan realpolitik ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah       pembinaan negara Malaysia dianggap unik ?
[3 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan usaha yang dilakukan oleh Count Camillo       Benso de Cavour untuk menyatukan negara bangsa        Itali.
[8 markah]
(b)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah bukti yang       menunjukkan bahawa pembinaan negara Islam        Madinah tidak berasaskan amalan realpolitik ?
[6 markah]
(c)   Pada pendapat anda, apakah keunikan yang       terdapat dalam pembinaan negara Malaysia ?
[6 markah]
3
TAJUK :  WARISAN NEGERI MELAYU

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah syarat yang membolehkan seseorang itu       ditabalkan menjadi Terengganu ?
[2 markah]

(b)   Nyatakan bidang kuasa Sultan Terengganu.
[2 markah]

(c)   Berikan dua ciri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri       Johor.
[2 markah]

(d)   Apakah syarat untuk menjadi Jemaah Menteri Johor ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tugas       menteri ?
[3 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan persamaan kandungan Undang-Undang       Tubuh Kerajaan Johor dengan Undang-Undang Tubuh       Negeri Terengganu.
[8 markah]
(b)   Jelaskan Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh       Sultan Muhammad II di Kelantan.
[6 markah]
(c)   Berdasarkan kajian anda, mengapakah sistem       pentadbiran Negeri Sembilan yang berasaskan Adat       Perpatih mempunyai ciri amalan demokrasi ?
[6 markah]

Soalan-soalan dari topik seterusnya akan dipostkan kemudian. 


Wednesday 14 August 2013

Soalan-soalan Popular Bab Elektrik.

             Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar sekalian. 
                Berita Baik untuk kita semua. Memandangkan tarikh Peperiksaan Awam PMR khasnya dan 
                Peperiksaan Akhir Tahun semakin hampir, maka semakin ramai yang tercari-cari set 
                Soalan yang berkualiti dan menepati kehendak tajuk untuk dijadikan persiapan akhir. 
                Di sini disediakan contoh-contoh soalan popular untuk dikongsikan bersama. 
Sila beri sedikit komen untuk tujuan penambahbaikan.
                Manfaatkanlah semoga berjaya. 

          1.   Perkakas yang manakah menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga gerakan
                I.  Kipas angin
               II. Mesin pengisar   
           III. Mesin basuh
               IV.Seterika elektrik
              A.    I, II dan III
              B.    I, II dan IV
              C.   II, III dan IV
              D.   I, II, III dan IV
          2. Antara alatan berikut yang manakah paling sesuai digunakan untuk menjalur wayar?
 A.  Penjalur wayar spring                     B.  Playar gabung
C.  Playar muncung tirus                       D. Pemotong sisi
3. Antara berikut yang manakah boleh menukarkan tenaga elektrik

Ketahui Lebih Lanjut