Wednesday 13 November 2013

Soalan Peperiksaan Sejarah SPM Berdasarkan Topik





Kepada yang masih tercari-cari contoh soalan Sejarah SPM untuk ulangkaji dan praktis kendiri, disini dipostkan beberapa contoh soalan untuk dikongsikan. Manfaatkanlah....
Bab 6.  LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963
SOALAN STRUKTUR
(a)   Namakan tokoh yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
[2 markah]

(b)   Apakah tugas Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ?
[2 markah]

(c)   Mengapakah Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan ?
[2 markah]

(d)   Pada pendapat anda, mengapakah majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai persekutuan Malaysia ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah nilai moral yang boleh dipelajari daripada peristiwa pembentukan Malaysia ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
 (a)  Apakah reaksi penduduk Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1963 ?
[2 markah]

(a)   Huraikan langkah yang diusahakan untuk mendapatkan sokongan penduduk Sarawak dan  Sabah tentang pembentukan Malaysia.
[2 markah]

(c)   Berdasarkan kajian yang anda buat, apakah faedah yang boleh dinikmati jika negeri Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysia ?
[2 markah]

                                                       Selamat Mencuba .......

Wednesday 6 November 2013

Soalan Peperiksaan Sejarah SPM Berdasarkan Topik


Di sini dipostkan beberapa contoh soalan popular yang dipetik dari topik berkenaan untuk dikongsikan bersama.

Bab 5  PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Reid pada  bulan Mac 1956 ?
[2 markah]

(b)   Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.
[2 markah]

(c)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah isu yang  diberi perhatian utama oleh Suruhanjaya Reid semasa  melaksanakan tugasnya.
[2 markah]

(d)   Berikan dua isi Perjanjian Persekutuan

Saturday 12 October 2013

Soalan Peperiksaan Sejarah PMR 2013

Wednesday 9 October 2013

Tugasan Projek Sejarah Kertas 3 SPM 2013, Kod Kertas 1249/3 (Tema Umum)

Salam sejahtera. Akhir tahun memang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia, di mana sesi persekolahan akan melabuhkan tirainya seketika sebelum memulakan takwim tahun baru. Namun apa yang sangat penting bagi kita semua adalah Peperiksaan Awam dan Peperiksaan Peringkat Sekolah yang kini sedang mengambil tempatnya. UPSR sudah berlalu, PMR pun hampir kepenghujungnya namun,  giliran SPM

Monday 16 September 2013

Soalan popular Bab Elektrik dan Bab Elektronik

             1.                  Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo pada basikal akan menjadi lebih kuat  jika  
I    putaran magnet dilajukan
            II   bilangan lilitan gegelung wayer ditambahkan
            III  magnet import digunakan
            IV  suis dipasangkan
            A  I   DAN  II          B  I  DAN  II        C  II   DAN  III          D  III  DAN  IV   
2.        Adik Sabu terkena kejutan elektrik disebabkan menyentuh suis dengan tangan
           yang basah. Ibu Sabu ingin menyelamatkan anaknya.
           Pada pengetahuan anda, tindakan awal yang

Tuesday 10 September 2013

Soalan Popular Topik Reka Bentuk dan Penghasilan Projek, Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

1.    Rajah 1 menunjukkan sejenis alat pemadam api. 
          Apakah bahan terbakar yang  sesuai   dipadam menggunakan alatan                                             tersebut?
         A      Fabrik dan plastik                  B      Minyak dan petrol
         C      Peralatan elektrik                   D      Semua jenis bahan yang terbakar
2      Antara yang berikut kombinasi yang manakah betul?

Jenis bahan pemadam api
Punca api
     A
Air
Petrol
     B
Buih
Peralatan elektrik
     C
Debu kering
Semua jenis bahan
     D
Karbon dioksida
Sampah sarap







 3      Antara berikut, pasangan yang manakah betul

Saturday 24 August 2013

Soalan dan Skema Jawapan Peperiksaan KHB Popular


Salam sejahtera semuaan, kali ini saya akan kongsikan contoh-contoh soalan KHB-KT yang sangat popular bagi memudahkan rakan menyediakan kertas soalan. Manakala bagi ibu bapa dan para pelajar manfaatkanlah sepenuhnya untuk persiapan peperiksaan akan datang.  
Terima kasih.


Soalan Peperiksaan KHB Popular
Skema Jawapan Peperiksaan KHB

Soalan Peperiksaan KHB-KT Tingkatan 2 Popular
Skema Jawapan Peperiksaan KHB-KT Tingkatan 2

Friday 16 August 2013

Soalan Peperiksaan Sejarah SPM berdasarkan Topik.

Salam sejahtera semua. Sejak mata pelajaran Sejarah menjadi salah satu mata pelajaran yang WAJIB LULUS dalam peperiksaan awam di sekolah Menengah, ramai yang tercari-cari soalan popular untuk dijadikan bahan ulangkaji dan praktis kendiri sebagai persiapan menghadapi peperiksaan awam tersebut. Di sini disediakan contoh-contoh soalan dengan teknik penyoalan yang berbeza daripada topik-topik popular untuk dikongsikan sebagai persiapan semua.
Manfaatkanlah , semoga berjaya.

BAB
TAJUK / SOALAN
3
TAJUK :  PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah maksud realpolitik
[1 markah]
(b)   Berikan dua amalan realpolitik yang dilakukan oleh  Otto Eduard von Bismarck untuk membina negara bangsa Jerman.
[2 markah]

(c)   Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Camillo Benso de       Cavour untuk menyatukan negara bangsa Itali.
[2 markah]

(d)   Apakah hujah yang boleh anda kemukakan untuk       membuktikan bahawa pembinaan negara Islam       Madinah bukan berasaskan amalan realpolitik ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah       pembinaan negara Malaysia dianggap unik ?
[3 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan usaha yang dilakukan oleh Count Camillo       Benso de Cavour untuk menyatukan negara bangsa        Itali.
[8 markah]
(b)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah bukti yang       menunjukkan bahawa pembinaan negara Islam        Madinah tidak berasaskan amalan realpolitik ?
[6 markah]
(c)   Pada pendapat anda, apakah keunikan yang       terdapat dalam pembinaan negara Malaysia ?
[6 markah]
3
TAJUK :  WARISAN NEGERI MELAYU

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah syarat yang membolehkan seseorang itu       ditabalkan menjadi Terengganu ?
[2 markah]

(b)   Nyatakan bidang kuasa Sultan Terengganu.
[2 markah]

(c)   Berikan dua ciri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri       Johor.
[2 markah]

(d)   Apakah syarat untuk menjadi Jemaah Menteri Johor ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tugas       menteri ?
[3 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan persamaan kandungan Undang-Undang       Tubuh Kerajaan Johor dengan Undang-Undang Tubuh       Negeri Terengganu.
[8 markah]
(b)   Jelaskan Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh       Sultan Muhammad II di Kelantan.
[6 markah]
(c)   Berdasarkan kajian anda, mengapakah sistem       pentadbiran Negeri Sembilan yang berasaskan Adat       Perpatih mempunyai ciri amalan demokrasi ?
[6 markah]

Soalan-soalan dari topik seterusnya akan dipostkan kemudian. 


Ketahui Lebih Lanjut