Thursday, 1 July 2021

Soalan dan Skema Jawapan RBT Bab Tingkatan 3 Bab 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

 1.    Aktiviti yang menyalur dan mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada            pengeluar kepada pengguna ialah

        A.    permintaan

        B.    pemasaran

        C.    penawaran

        D.    pertukaran

2.    Dua pihak yang terlibat dalam aktiviti pemasaran ialah

        A.    pembekal dan pengguna

        B.    penjual dan pembeli

        C.    pengeluar dan pengguna

        D.    pengusaha dan pengguna

3.    Berikut adalah medium pengiklanan kecuali

        A.    media sosial

        B.    media cetak

        C.    media elektronik

        D.    media guna

4.    Antara berikut adalah peranan reka bentuk dalam pemasaran kecuali

        A.    memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

        B.    menambahkan kos pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan

        C.    mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk

        D.    merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna

5.    Yang manakah antara berikut merupakan nilai tambah sesuatu reka bentuk              produk kecuali?

        A.    menarik

        B.    selesa

        C.    harga

        D.    unik

6.    ____________________ terhadap sesuatu produk diperolehi apabila                      pengguna mendapat faedah daripada penggunaannya.

        A.    Identiti 

        B.    Output

        C.    Trend

        D.    Nilai

7.    Berikut adalah kaedah reka bentuk pengiklanan kecuali

        A.    demontrasi dan gambar pegun

        B.    matlamat produk dan kiasan atau ibarat

        C.    jualan langsung dan matlamat produk

        D.    penyampaian fakta dan perbandingan

8.    Berikut adalah contoh jenis promosi 

        i.    pengiklanan

        ii.    promosi jualan

        iii.    jualan langsung

        iv.    penyampaian fakta

        A.    I,    II,    IV

        B.    I,    III,     IV

        C.    II,    III,    IV

        D.    I,    II,    III

9.    Namakan tiga jenis media sosial yang sering digunakan untuk memasarkan            produk.

        A.    ____________________________________________________

        B.    ____________________________________________________

        C.    ____________________________________________________

10.    Berikan tiga contoh media cetak yang boleh digunakan untuk                                    memperkenalkan sesuatu produk.

        A.    ____________________________________________________

        B.    ____________________________________________________

        C.    ____________________________________________________

11.    Puan RBT adalah pengusaha produk kek batik. Berikan tiga kaedah reka                  bentuk pengiklanan yang sesuai untuk beliau mempromosikan produk beliau.

        A.    ____________________________________________________

        B.    ____________________________________________________

        C.    ____________________________________________________

12.    Senaraikan 4 contoh jenis pengenalan diri produk. (B. Teks m/s 134)

        A.    ____________________________________________________

        B.    ____________________________________________________

        C.    ____________________________________________________

        D.    ____________________________________________________

        SKEMA JAWAPAN

1.    B

2.    C

3.    D

4.    B

5.    C

6.    D

7.    C

8.    D

9.    A.    Facebook

       B.    Instagram

    C.    telegram

10.    A.    Surat khabar

B.    Baner

C.    Fish tail

11.   A.     Demontrasi

    B.    Penyampaian fakta

C.    Kenyataan merancang

12.    A.    Penjenamaan

B.    Kesetiaan

C.    Boleh diingat




Wednesday, 30 June 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 3 3.1.2 Peranan Reka Bentuk Dalam Pemasaran

Perniagaan merupakan aktiviti atau kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Sesuatu produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan  harus diiklankan agar cepat dikenali oleh pengguna. Reka bentuk pengiklanan merupakan instrumen penting dalam pemasaran produk mahupun perkhidmatan. Pengiklanan berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang telah direka bentuk oleh pengeluar kepada pengguna. Pengiklanan boleh dilakukan melalui pelbagai medium seperti media elektronik, media cetak dan media sosial. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan sampai ke tangan pengguna dengan selamat dan sempurna, peranan dan aktiviti pemasaran amat dititikberatkan.

Reka bentuk produk yang dipersembahkan dengan baik memainkan peranan penting dalam pemasaran bagi menarik perhatian dan minat pengguna. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan ini dapat sampai kepada pengguna dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan, maka beberapa aspek penting perlu diambilkira dalam proses pemasaran. Antaranya adalah peranan reka bentuk dalam pemasaran, kaedah atau strategi pemasaran serta bantuan kepada pemasaran seperti promosi dan pengiklanan. 

Peranan reka bentuk dalam pemasaran terbahagi kepada tiga iaitu memenui keperluan dan kehendak pengguna, merupakan saluran komunikasi antara pengeluar dan pengguna serta mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk.

Untuk mengikuti dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan reka bentuk dalam pemasaran, sila tontoni video melaluo pautan atau link di bawah.

Peranan Reka Bentuk Dalam Pemasaran

Tuesday, 29 June 2021

Soalan dan Skema Jawapan Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 8 Bumi Hijau Bumi Kita

1.    Bumi hijau merupakan satu usaha memastikan bumi selamat daripada kemusnahan.              Berikut merupakan amalan 5R kecuali

        A.    tidak menggunakan straw

        B.    menggunakan petrol plumbum

        C.    berkongsi kenderaan ke tempat kerja

        D.    membawa beg kitar semula semasa membeli belah

2.    Amalan 5R dapat mengelakkan pembuangan sisa _________________ secara                        berlebihan.

        A.    sikap

        B.    pepejal

        C.    pencemaran

        D.    penyelenggaraan

3.    Amalan 5R amat penting kerana dapat mendidik dan menyemai ________________               sayangkan  alam sekitar.

        A.    tanda

        B.    sikap

        C.    maruah

        D.    tindakan

4.    Saya mengamalkan nilai ______________ dan ______________ dalam menjayakan               amalan 5R.

        A.    kerjasama , berdikari

        B.    kerjasama, kerajinan

        C.    rasional, kesederhanaan 

        D.    berterima kasih, kerjasama

5.    Banyak kenentingan apabila semua individu, masyarakat dan organisasi mengamalkan           amalan 5R dalam kehidupan. Antaranya adalah seperti berikut kecuali,

        A.    meningkatkan jangka hayat tapak perlupusan

        B.    menjimatkan kos perlupusan sampah oleh kerajaan

        C.    membebankan semua pihak kerana terpaksa berkerja lebih untuk amalan 5R

        D.    mengelakkan pencemaran udara yang boleh membahayakan kesihatan

6.    Berikut merupakan acara sambutan bagi mengekalkan bumi hijau yang diraikan di                 seluruh dunia setiap tahun. Antaranya ialah

        A.    Hari Kekeluargaan Sedunia

        B.    Hari Wanita Sedunia

        C.    Earth Hour

        D.    Hari membeli belah Sedunia

7.    Amalan bumi hijau memberi kesan positif jika semua pihak berganding bahu untuk                   melaksananknya. Berikut merupakan sebahagian daripada kebaikannya kecuali

        A.    mengelakkan pencemaran

        B.    pembiakan haiwan akan terjejas

        C.    mengawal keseimbangan ekosistem

        D.    meningkatkan bilangan pelancung ke negara.

8.    Berikut merupakan idea kreatif and inovatif  untuk mengekalkan bumi hijau kecuali

        A.    menghasilkan barangan baharu

        B.    mengadakan pertandingan

        C.    menggunakan pelbagai sumber media

        D.    sentiasa membuat kerja bersendirian

9.    Berikut merupakan kesan amalan konsep 5R kecuali

        A.    menjaminkan kesihatan rakyat

        B.    meningkatkan imej negara

        C.    menjejaskan keseimbangan ekosistem 

        D.    mengelakkan kepupusan flora dan fauna

10.    Amalan 5R dapat mengurangkan keperluan terhadap __________________ . Oleh itu,         sumber asli  seperti ________________ dapat disimpan dan dikekalkan.

        A.    produk, hutan

        B.    belanjawan, hutan

        C.    sisa pepejal, habitat

        D.    bahan mentah, kayu balak

SKEMA JAWAPAN

1.    B

2.    B

3.    B

4.    B

5.    C

6.    C

7.    B

8.    D

9.    C

10.    D

        



Ketahui Lebih Lanjut