Wednesday 30 June 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 3 3.1.2 Peranan Reka Bentuk Dalam Pemasaran

Perniagaan merupakan aktiviti atau kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Sesuatu produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan  harus diiklankan agar cepat dikenali oleh pengguna. Reka bentuk pengiklanan merupakan instrumen penting dalam pemasaran produk mahupun perkhidmatan. Pengiklanan berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang telah direka bentuk oleh pengeluar kepada pengguna. Pengiklanan boleh dilakukan melalui pelbagai medium seperti media elektronik, media cetak dan media sosial. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan sampai ke tangan pengguna dengan selamat dan sempurna, peranan dan aktiviti pemasaran amat dititikberatkan.

Reka bentuk produk yang dipersembahkan dengan baik memainkan peranan penting dalam pemasaran bagi menarik perhatian dan minat pengguna. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan ini dapat sampai kepada pengguna dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan, maka beberapa aspek penting perlu diambilkira dalam proses pemasaran. Antaranya adalah peranan reka bentuk dalam pemasaran, kaedah atau strategi pemasaran serta bantuan kepada pemasaran seperti promosi dan pengiklanan. 

Peranan reka bentuk dalam pemasaran terbahagi kepada tiga iaitu memenui keperluan dan kehendak pengguna, merupakan saluran komunikasi antara pengeluar dan pengguna serta mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk.

Untuk mengikuti dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan reka bentuk dalam pemasaran, sila tontoni video melaluo pautan atau link di bawah.

Peranan Reka Bentuk Dalam Pemasaran

No comments:

Post a Comment

Ketahui Lebih Lanjut