Wednesday 9 October 2013

Tugasan Projek Sejarah Kertas 3 SPM 2013, Kod Kertas 1249/3 (Tema Umum)

Salam sejahtera. Akhir tahun memang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia, di mana sesi persekolahan akan melabuhkan tirainya seketika sebelum memulakan takwim tahun baru. Namun apa yang sangat penting bagi kita semua adalah Peperiksaan Awam dan Peperiksaan Peringkat Sekolah yang kini sedang mengambil tempatnya. UPSR sudah berlalu, PMR pun hampir kepenghujungnya namun,  giliran SPM
dan STPM yang dianggap raja kepada semua Peperiksaan Awam di alam persekolahan bakal tiba. Tak dapat dinafikan persediaan awal dan rapi  merupakan salah satu kunci kejayaan cemerlang seseorang pelajar.Di sini disediakan Tugasan Projek Sejarah Kertas 3 SPM 2013, Kod Kertas 1249/3 (Tema Umum) untuk dikongsikan bersama. Manfaatkanlah...



SULIT


LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013
1249/3
SEJARAH

Kertas 3
Tema Umum
Oktober

1.    Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum.

2.     Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

3.     Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.


































Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
1249/ © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                                                                                               SULIT



SULIT                                                           2                                                            1249/3

ARAHAN KEPADA GURU

1.    Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.

2.    Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.

3.    Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.

4.    Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.

5.    Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.



ARAHAN KEPADA CALON

1.    Calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

2.    Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.

3.    Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.

4.    Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

5.    Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6.    Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.


Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
 
7.    Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain.



TEMA UMUM Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa


Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam
pertubuhan serantau.





KERTAS SOALAN TAMAT
1249/ © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                                                                                               SULIT

No comments:

Post a Comment

Ketahui Lebih Lanjut