Friday 11 December 2015

Format Terkini PT3 Bagi Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Ujian Bertulis

Salam sejahtera,

Walaupun Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dilaksanakan selama dua tahun, namun ramai yang masih keliru antara PT3 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Masih ada suara-suara yang mahukan PT3 diberhentikan dan meneruskan kembali PMR dengan menambahbaikkannya. Masalah ini timbul kerana masih ramai yang kurang faham tentang FORMAT sebenar PT3 dan juga tujuan ianya dilaksanakan untuk menggantikan PMR.

Berikut adalah format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) terkini bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) (Ujian Bertulis).

Penerangan 
Instrumen Pentaksiran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B, di mana memerlukan murid memberikan respon secara bertulis dalam bentuk objektif dan subjektif.

Bentuk Instrumen
Bahagian A ialah Ujian Objektif Non-MCQ manakala Bahagian B ialah Ujian Subjektif.

Jenis Item
Bagi Bahagian A adalah berbentuk Objektif jenis Supply Type dan Select Type manakala Bahagian B adalah berbentuk Subjektif jenis Item respon terhad dan Item berstruktur.

Bilangan Soalan
Bahagian A ialah 20 soalan iaitu 11 dari Bahagian Teras dan 9 dari Bahagian Elektif manakala Bahagian B ialah 4 soalan iaitu 3 Bahagian Teras dan 1 Bahagian Elektif.

Konstruk
Bahagian A adalah Pengetahuan, manakala Bahagian B adalah Kefahaman,  Aplikasi, Analisis dan Penilaian

Aras Kesukaran Instrumen
Rendah 3, Sederhana 4, Tinggi 3 (3:4:3)

Jumlah markah
Bahagian A adalah 60 markah manakala Bahagian B adalah 40 markah

Cakupan Konteks
Mencakupi semua bidang pembelajaran dari tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

Tempoh masa 
Masa menjawab adalah 2 jam

Kaedah Penskoran
Kaedah penskoran bagi kedua-dua bahagian adalah Analitik.

Harap kita sama-sama memanfaatkannya untuk kebaikan bersama.




No comments:

Post a Comment

Ketahui Lebih Lanjut