Monday, 18 April 2022

Soalan Pendidikan Moral Unit 2 dan 3 Tanggungjawab diri terlaksana hidup makin bahagia

 Jawab semua soalan.

Unit 2 Agama atau Kepercayaan Membentuk Keperibadian Mulia.

1.    Apakah yang dimaksudkan dengan keperibadian diri?

A.    perihal peribadi yang terdapat pada seseorang individu.

B.    perihal peribadi dan sifat yang terdapat pada seseorang individu

C.    perihal peribadi, sifat dan watak yang terdapat pada seseorang individu

D.    perihal peribadi, sifat, watak dan ciri-ciri khusus yang terdapat pada seseorang individu.

2.    Antara komponen yang memainkan peranan penting dalam pembentukan keperibadian diri dalam kehidupan manusia adalah...

A.    tanggungjawab dan jati diri

B.    agama atau kepercayaan

C.    kesyukuran dan keperihatinan

D.    pemaaf dan penyabar

3.    Berikut merupakan ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan kecuali..

A.    bertanggungjawab

B.    bersyukur

C.    pemaaf

D.    berani

4.    Berikut merupakan antara kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri seseorang individu kecuali...

A.    meningkatkan disiplin dan imej diri

B.    selalu berasa tertekan dalam hidup

C.    melahirkan individu yang berperkerti mulia

D.    meningkatkan penghayatan manusia terhadap nilai-nilai mulia.

5.    Ramalkan kesan jika seseorang itu tiada pegangan agama atau kepercayaan 

i.    hidup terumbang-ambing dan tidak sejahtera

ii.    melakukan perkara yang ditegah agama

iii.    mencemar dan merosakkan alam sekitar

iv.    sentiasa berfikiran positif dan hidup berasa tenteram

A.    i, ii, iv

B.    ii, iii, iv

C.    i, iii, iv

D.    i, ii, iii

6.    Berikut merupakan contoh perlakuan berlandaskan ajaran agama atau kepercayaan..

i.    menghormati orang tua

ii.    hidup berbaik-baik

iii.    menghormati guru

iv.    suka meninggikan diri

A.    i, ii, iii

B.    ii, iii, iv

C.    i, ii, iv

D.    i, iii, iv

Unit 3 Tanggungjawab Diri Terlaksana Hidup Makin Bahagia

7.    Selain daripada melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan, keluarga, masyarakat dan negara, anda juga mempunyai tanggung jawab terhadap diri sendiri. Apakah tanggungjawab diri yang perlu dilaksanakan?

A.    memilih kawan yang baik

B.    suka berkawan dengan orang yang tidak dikenali

C.    menjaga kesihatan diri

D.    memakai pakaian yang cantik dan mahal

8.    Berikut merupakan cara menjaga keselamatan diri kecuali...

i.    tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali

ii.    tidak memdedahkan maklumat di internet

iii.    tidak berjalan bersendirian pada waktu malam

iv.    berdiri di jarak yang dekat dengan laluan kereta api semasa menunggu supaya cepat naik

A.    i, ii, iv

B.    i, iii, iv

C.    ii, iii, iv

D.    i, ii, iii

9.    Berikut merupakan cara melaksanakan tanggungjawab diri sebagai seorang murid...

i.    melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran

ii.    melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

iii.    tidak melibatkan diri dalam aktiviti negatif

iv.    memberi perhatian penuh semasa guru mengajar di dalam kelas

A.    i, ii, iii

B.    i, ii, iv

C.    i, iii, iv

D.    Semua jawapan di atas

10.    Senaraikan 5 kesan mengabaikan tanggungjawab diri 

a.    ________________________________________________

b.    ________________________________________________

c.    ________________________________________________

d.    ________________________________________________

e.    ________________________________________________

11.    Tanggungjawab diri yang perlu dilaksanakan termasuklah menjaga kesihatan diri, menjaga _______________diri dan tanggungjawab terhadap masa depan sendiri.

A.    kecantikan 

B.    harga

C.    imej

D.    keselamatan

12.    Berikut merupakan cara untuk menjaga kesihatan diri kecuali....

A.    tidur yang mencukapi

B.    bermain permainan video

C.    bersenam

D.    makan makanan yang seimbang

No comments:

Post a Comment

Ketahui Lebih Lanjut