Monday 12 July 2021

PJPK Tingkatan 3 Unit 2 Pergerakan Berirama

Pergerakan berirama mengalakkan pesertanya untuk bertindak secara fizikal, sosial dan emosi terhadap sesuatu irama atau muzik tertentu melalui pergerakan kreatif dan tarian. Pergerakan kreatif ialah satu bentuk ekspresi fikiran, idea atau perasaan melalui pergerakan badan secara simbolik. 

Apabila mempelajari pergerakan berirama terdapat beberapa jenis pergerakan atau contoh yang mudah dan boleh dijadikan sebagai komponen dalam pergerakan perirama tersebut. Antaranya adalah pergerakan kreatif, tarian  Zapin dan tarian Ngajat. Dua bentuk tarian ini merupakan contoh tarian tradisional yang banyak melibatkan pergerakan berirama. 

Tarian tradisional dibentuk oleh rakyat yang melambangkan kehidupan dan pengalaman mereka di sesuatu daerah atau negara. Tarian etnik pula adalah tarian yang mencerminkan ciri-ciri unit suku kaum tertentu terutamanya kebudayaan, kaum dan keagamaan mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pergerakan berirama sila klik pautan di bawah.

Pergerakan Berirama

No comments:

Post a Comment

Ketahui Lebih Lanjut