Tuesday, 13 July 2021

Soalan dan Skema Jawapan Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 10 Hidup Beradab Cerminan Diri

1.    ________________ merujuk kepada tingkah laku yang baik dan tutur kata yang sopan.

        A.    Nilai murni

        B.    Etika 

        C.    Adab

        D.    Personaliti

2.    Adab mencerminkan _________________, _________________dan personaliti                      seseorang.

        A.    kesetiaan, tanggungjawab

        B.    gaya hidup, kesopanan

        C.    identiti, maruah

        D.    peribadi, identiti

3.    Antara berikut, manakah benar mengenai majlis rasmi?

        A.    Suasana lebih santai

        B.    Tatacara dan protokol yang ditetapkan perlu dipatuhi 

        C.    Tatacara yang dianjurkan oleh pihak penganjur tidak terlalu ketat

        D.    Mesti diadakan pada waktu siang


4.    Majlis rasmi dan tidak rasmi mempunyai persamaan dari segi adab makan.  Apakah               persamaan tersebut?

        A.    Tiup makanan yang panas terlebih dahulu sebelum memasukkan ke dalam mulut

        B.    Pegang sudu dengan tangan kiri dan garpu dengan tangan kanan

        C.    Mengambil makanan yang dekat dengan tempat duduk dahulu

        D.    Bercakap sambil menguyah makanan

5.    Dalam majlis rasmi, adab berpakaian ialah..

        A.    mesti memakai pakaian yang baharu supaya cantik

        B.    memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh badan

        C.    memakai pakaian yang sopan

        D.    mesti memakai pakaian trend terkini

6.    Antara berikut merupakan kepentingan adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi kecuali,

        A.    majlis berjalan lancar

        B.    melenggahkan atur cara majlis

        C.    disiplin diri dapat dibentuk

        D.    imej penganjur dan tetamu terpelihara

7.    Senaraikan 3 kesan tidak beradab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi.

        a.    _______________________________________________________________

        b.    _______________________________________________________________

        c.    _______________________________________________________________

8.    Berikan 4 kepentingan adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi.

        a.    _______________________________________________________________

        b.    _______________________________________________________________

        c.    _______________________________________________________________

        d.    _______________________________________________________________

9.    Majlis ini dianjurkan oleh pihak kerajaan/swasta serta mempunyai tatacara dan protokol yang ditetapkan perlu dipatuhi. Apakah majlis tersebut?

        A.    Majlis tidak rasmi

        B.    Majlis hari jadi

        C.    Majlis rasmi

        D.    Majlis hari ibu

10.    Nyatakan perasaan anda apabila adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi dipatuhi

        a.    ______________________________________________________________

11.    Senaraikan 5 adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi.

        a.    ______________________________________________________________

        b.    ______________________________________________________________

        c.    ______________________________________________________________

        d.    ______________________________________________________________

        e.    ______________________________________________________________

Skema Jawapan

1.    C

2.    D

3.    B

4.    C

5.    C

6.    B

7.         i.    Imej diri akan tercemar

            ii.    Suasana majlis kurang menyenangkan

            iii.    Tetamu akan berasa tidak selesa

8.         i.    Majlis dapat berjalan dengan lancar

            ii.   Majlis berjalan mengikut jadual yang ditetapkan

            iii.    Disiplin diri dapat dibentuk

            iv.    Menjaga imej tetamu dan penganjur

9.    C

10.        i.    Contoh . Berasa puas hati dan gembira kerana sekurang-kurangnya                                         dapat  membantu menjayakan majlis tersebut.

11.        i.    memakai pakaian yang sopan 

            ii.    duduk dengan sopan dan tertib

            iii.    menumpukan perhatian kepada majlis

            iv.    menghormati tetamu yang hadir

            v.    makan dengan sopan

            

     



No comments:

Post a Comment

Ketahui Lebih Lanjut