Salam sejahtera.
Dikongsikan contoh penulisan Folio atau membuat Pendokumentasian bagi projek mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Sila klik pada link di bawah 👇untuk melihat contohnya.
Mengandungi info terkini tentang PT3 seperti contoh Instrument/Soalan dan Panduan Penskoran, Nota Lengkap, Huraian Sukatan, Rancangan Pengajaran Tahunan terkini dan info pendidikan semasa.
Salam sejahtera.
Dikongsikan contoh penulisan Folio atau membuat Pendokumentasian bagi projek mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Sila klik pada link di bawah 👇untuk melihat contohnya.
Salam sejahtera. Disertakan contoh membuat pendokumentasian berasaskan projek untuk rujukan. Ini hanya panduan bagi memudahkan serta membuka minda murid-murid untuk membuat pendokumtasian berasaskan projek. Boleh diubahsuaikan mengikut produk yang anda buat.
Sila klik link di bawah 👇untuk melihat. Terima kasih/p>
Penghasilan Produk merupakan aktiviti membangunkan suatu produk baharu atau mengubahsuai produk sedia ada dipasaran dengan mengaplikasikan teknologi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Penghasilan produk sama ada produk dalam bentuk barang atau perkhidmatan mesti dirancang dengan sistematik dan melibatkan beberapa langkah utama seperti, Kajian keperluan pelanggan, Penyelesaian masalah inventif, Projek Brief, Pemilihan teknologi yang sesuai dan sebagainya. Langkah langkah ini sangat penting bagi memastikan produk yang akan dihasilkan nanti benar-benar dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dari aspek reka bentuk dan kefungsiannya.
Di sini disertakan link untuk nota RBT Bab 2 2.1.2 Pemilihan Teknologi Yang Sesuai untuk Produk yang dihasilkan sebagai rujukan.
Sila klik link di bawah 👇 untuk maklumat lanjut.
2.1.2 Pemilihan Teknologi Yang Sesuai Dengan Produk Yang Hendak Dihasilkan
Penghasilan Produk merupakan aktiviti membangunkan suatu produk baharu atau mengubahsuai produk sedia ada dipasaran dengan mengaplikasikan teknologi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Penghasilan produk sama ada produk dalam bentuk barang atau perkhidmatan mesti dirancang dengan sistematik dan melibatkan beberapa langkah utama seperti, Kajian keperluan pelanggan, Penyelesaian masalah inventif, Projek Brief, Pemilihan teknologi yang sesuai dan sebagainya. Langkah langkah ini sangat penting bagi memastikan produk yang akan dihasilkan nanti benar-benar dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dari aspek reka bentuk dan kefungsiannya.
Di sini disertakan link untuk nota Merancang Konsep Elemen dan Prinsip Reka Bentuk untuk rujukan.
Sila klik link di bawah 👇untuk maklumat lanjut.
2.1.3 Merancang Konsep Elemen dan Prinsip Reka Bentuk
Salam sejahtera semua.
Bersama ini disertakan link untuk nota pembelajaran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi memudahkan murid-murid belajar dan membuat ulangkaji.
Sila klik link di bawah 👇
Jawab semua soalan.
1. Apakah definisi reka bentuk mekatronik?
A. Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu elektrik
B. Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu mekanikal
C. Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu elektronik
D. Reka bentuk produk atau sistem yang mengandungi disiplin ilmu elektrik, elektronik, mekanikal, kawalan dan pengaturcaraan.
2. "Bermula dengan penggunaan reka bentuk mekanikal bagi menggantikan tenaga manusia untuk menghasilkan suatu produk"
Pernyataan di atas merujuk kepada sejarah perkembangan Revolusi Industri
A. 1.0
B. 2.0
C. 3.0
D. 4.0
3. "Bermula pada akhir abad ke-20 dengan penggunaan meluas reka bentuk elektronik dan seterusnya pengabugan reka bentuk bagi menghasilkan reka bentuk mekatronik"
Pernyataan di atas merujuk kepada sejarah perkembangan Revolusi Industri
A. 1.0
B. 2.0
C. 3.0
D. 4.0
4. Elemen utama reka bentuk mekatronik ialah
A. elektrik dan elektronik
B. mekatronik dan mekanikal
C. kawalan dan pengaturcaraan
D. elektrik, elektronik, mekanikal, kawalan dan pengaturcaraan.
5. Manakah yang merupakan teras dalam Revolusi Industri 4.0
A. mekatronik
B. elektronik
C. data raya
D. kemudahan asas
5. Berikut merupakan produk mekatronik kecuali
A. pintu gelonsor automatik
B. mesin basuh automatik
C. kereta kawalan jauh
D. kipas angin
6. Apakah yang dimaksudkan dengan gambar rajah blok?
A. suatu lukisan perspektif
B. suatu lukisan teknik
C. suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok
D. suatu lukisan ceraian
7. Berikan 3 bahagian utama dalam gambar rajah blok
A. Input, masukan, mampatan
B. Proses, keluaran, input
C. Input, Proses, Output
D. Output, Proses, Keluaran.
8. Apakah fungsi mikropengawal dalam bahagian proses gambar rajah bagi kereta kawalan jauh
A. menghantar isyarat input guna bluetooth
B. terima dan proses isyarat input
C. menggerakkan motor bagi memacu tayar
D. bertindak sebagai pemacu motor
9. Antara berikut manakah kriteria dalam borang kajian keperluan pengguna
A. maklumat pelanggan
B. kos produk
C. jantina
D. kekuatan dan kelemahan prosuk
10. Mengapakah manusia membangunkan suatu produk?
A. untuk kepuasan sendiri
B. untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia
C. untuk menggantikan produk yang lama
D. supaya produk tidak habis di pasaran
11. Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran?
A. aktiviti menyalurkan barang dari pengeluar kepada pengguna akhir
B. aktiviti membeli dan menjual barang untuk tujuan mendapat keuntungan
C. aktiviti mencari keuntungan
D. aktiviti mengred dan membungkus barang di gudang
Jawab semua soalan di bawah dengan jawapan yang betul.
1. Tuliskan (Boleh/Tidak Boleh) pada pernyataan di bawah menggunakan kaedah rawatan R.I.C.E.
a. Kok Meng mengalami kecederaan kejang otot semasa menjalan latihan olahraga. ____________
b. Kaki Mak Kiah tercedera akibat terpijak kaca semasa membersihkan stor. __________________
c. Dahi Monica lebam akibat jatuh tersembam semasa bermain basikal. ______________________
d. Amirul mengalami patah bahu selepas bermain ragbi di sekolah. _________________________
2. R- mewakili Rest. Apakah yang dimaksudkan dengan rest dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E.?
A. Meninggikan bahagian yang tercedera
B. Merehatkan bahagian yang tercedera
C. Meletakkan beg ais ke atas bahagian yang tercdera dengan segara.
D. Tuaman dengan balutan anjan pada bahagian yang tercedera.
3. I- mewakili Ice. Apakah yang dimaksudkan dengan Ice dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E.?
A. membawa mangsa ke tempat yang selamat
B. membalut bahagian yang tercedera dengan bandage
C. meletakkan beg ais di bahagian yang tercedera selama 2 jam
D. meletakkan beg ais di bahagian yang tercedera dengan segera.
4. C- mewakili Compression. Apakah yang dimaksudkan dengan Compression dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E?
________________________________________________________________________________
5. E- mewakili Elevation. Apakah yang dimaksudkan dengan elevation dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E.?
A. merendahkan bahagian yang tercedera
B. meletakkan ais pada bahagian yang tercedera
C. meninggikan bahagian kaki yang tercedera melebihi paras jantung
D. membalut bahagian yang tercedera dengan menggunakan kain
6. Kecederaan tisu lembut boleh dirawat dengan prindip dan prosedur R.I.C.E. (Betul/Salah)
7. Dimanakah tempat yang sesuai untuk menyimpan eti pertolongan cemas?
A. berdekatan dengan alat pemadam api
B. di temat yang mudah dilihat dan dicapai
C. dalam almari bertutup dan berkunci
D. tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak
8. Apakah yang dimaksudkan dengan peti pertolongan cemas?
A. alat permainan
B. tempat menyimpan alat atau perkakas yang digunakan ketika berlaku kecemasan
C. tempat menyimpan alat-alat sukan
D. tempat simpanan sayur-sayuran
9. Antara berikut yang manakah simptom kecederaan fruktur?
A. sakit pada bahagian perut
B. melecur pada bahagian mulut
C. hilang daya pergerakan pada bahagian yang tercedera
D. otot pada bahagian leher dan muka kelihatan tegang
10. Pertolongan cemas dapat membantu mangsa daripada mengalami ____________yang lebih teruk sebelum dirawat oleh doktor.
A. kecederaan
B. kemalangan
C. kesihatan
D. kecacatan
11. Berikan definisi pertolongan cemas?
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Jawab semua soalan.
1. Berapa orangkah pemain bola baling?
A. 7 orang
B. 8 orang
C. 10 orang
D. 12 orang
2. Berikut adalah senarai kemahiran dalam permainan bola baling. Senarai yang manakah tepat dalam permainan bola baling?
A. Menangkap, menyepak, menjaga gawang dan memukul
B. Menghantar, mengadang, mengacah dan menjaring
C. Membaling, menyambut, menjaring dan menjaga gawang
D. Menghantar, membaling, menendang dan menjaring
3. Namakan tiga jenis kemahiran menjaring dalam permainan bola baling.
I. Jaringan junam
II. Jaringan menyerkap
III. Jaringan lantun
V. Jaringan atas kepala
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, III, dan IV
4. Berikut adalah teknik perlakuan yang betul dalam perlumbaan jalan kaki kecuali ______________.
A. Ayun tangan selari dengan dada
B. Tumit kaki menyentuh tanah terlebih dahulu
C. Melangkah dengan kedua-dua belah kaki agar tidak mencecah tanah
D. Kaki yang mula mencecah tanah di hadapan mesti sentiasa lurus
5. Maklumat di bawah berkaitan dengan salah satu teknik lumba jalan kaki Apakah teknik tersebut?
* Pandang ke hadapan pada aras mata
* Pandang tegak, siku fleksi, kepala relaks
* Postur badan tegak dan relaks dari mula hingga akhir langkah
A. Postur badan
B. Rotasi pinggul
C. Pergerakan tangan
D. Kedudukan kaki dan tapak kaki
6. Mengapakah badan dicondongkan ke hadapan semasa mendarat dalam acara lompat jauh?
A. Supaya menggerakkan keseluruhan badan terus menuju ke hadapan
B. Peraturan cara mendarat dalam acara lompat jauh
C. Untuk mengurangkan tekanan semasa pendaratan
D. Bagi melambatkan dan menjauhkan pendaratan
7. Apakah faktor yang tidak mempengaruhi jarak lompatan dalam acara lompat jauh?
A. Lari landas dengan pantas dan terkawal
B. Memijak papan lonjakan dengan tepat
C. Mendarat dengan tangan ke belakang
D. Fleksi lutut kedua-dua belah kaki dengan tumit kaki mendarat.
8. Berapakah kedudukan sudut pelepasan lembing yang sesuai semasa melakukan acara merejam lembing?
A. 30-35 darjah
B. 35-40 darjah
C. 40-45 darjah
D. 45-50 darjah
9. _________________ adalah teknik pegangan lembing yang boleh menentukan jarak yang baik dalam rejaman lembing.
I. Gaya Finnish.
II. Gaya Chipstok
III. Gaya Amerika
IV. Gaya Fork
A. I, II dan IV
B. II, III dan IV
C. I, II, dan III
D. I, III dan IV
10. Rejaman lembing sah jika peserta menyentuh garisan lengkung atau kawasan di hadapannya.
A. Betul
B. Salah
11. Pergerakan lokomotor ialah ______________.
A. Berjalan, berlari dan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain.
B. Berjalan dan duduk
C. Duduk dan berlari
D. Berjalan dan bersila
12. Pergerakan kreatif merupakan pergerakan yang menggabungkan elemen-elemen seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya. Antara berikut merupakan contoh pergerakan kreatif kecuali
A. Kembang jalak
B. Lompat jalak
C. Jalak galak
D. Tepuk galak
13. Susun kategori generasi berikut dari tahun sebelum 1965 hingga tahun 2025
A. Generasi Alpha, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z, Baby Boomers
B. Baby Boomers, Generasi X , Generasi Y, Generasi Z , Generasi Alpha
C. Baby Boomers, Generasi Alpha, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z
D. Generasi X, Generasi Y, Generasi Z, Generasi Alpha, Baby Boomers
14. Apakah maksud yang paling tepat bagi jurang generasi?
A. Perbezaan antara generasi lama dan generasi terkini
B. Perbezaan pendapat di dalam sesebuah masyarakat
C. Perbezaan maklumat dalam generasi
D. Perbezaan keluarga dalam masyarakat
15. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan merapatkan jurang generasi?
I. Mengeratkan hubungan
II. Memudahkan komunikasi
III. Mewujudkan keluarga bahagia
IV. Mengekalkan hubungan yang baik
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas
16. Pernyataan manakah menggambarkan maksud kehormatan diri?
A. Menjaga kebersihan imej kendiri
B. Penampilan dan tingkah laku seseorang
C. Berakhlak mulia dan tidak baik hati
D. Maruah diri dan harga diri seseorang
17. Berikut merupakan kesan seseorang yang tidak menjaga kehormatan diri kecuali
A. Masa depan gelap dan menjejaskan pelajaran
B. Berani berkata tidak kepada perkara negatif
C. Menanggung malu dan imej diri tercemar
D. Masyarakat akan memandang serong dan sukar mendapat bantuan
18. Berikut adalah contoh-contoh penyakit yang tidak berjangkit kecuali
A. Diabetes
B. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
C. Hipertensi
D. Penyakit kardiovaskular.
19. Gangguan seksual melalui psikologi ialah ____________.
A. Teguran, komen, jenaka, membuat bunyi
B. Meluahkan perasaan atau hasrat yang berbentuk mendesak
C. Gambar atau video lucah
D. Sentuhan berniat untuk mengganggu
20. Bagaimanakah cara seseorang perempuan menangani gangguan seksual dan penderaan seksual?
I. Tidak bebas bersentuhan
II. Berani berkata “TIDAK”
III. Sering balik lewat malam
IV. Bebas bergaul dengan rakan lelaki
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Skema Jawapan.
1. A
2. B
3. D
4. C
5. A
6. A
7. C
8. C
9. D
10. B
11. A
12. D
13. B
14. A
15. D
16. D
17. B
18. B
19. B
20. A
Jawab semua soalan.
1. Invensi ditakrifkan sebagai
A. kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk.
B. pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik.
C. pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi.
D. pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan produk.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan projek brief?
A. Penghasilan produk reka bentuk melibatkan proses perancangan yang teliti dan sistematik.
B. Proses perbincangan awal antara pengurus projek, pelanggan dan pereka bentuk.
C. Perancangan dalam pengurusan projek merangkumi skop kerja, kos pengeluaran dan pembentukan kumpulan kerja.
D. Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.
3. Antara berikut yang manakah kriteria projek brief?
I. Prinsip
II. Elemen
III. Skop kerja
IV. Gambaran awal produk
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
4. Susun mengikut urutan yang betul langkah pemasangan pen 3D.
I. Pilih bahan mencetak
II. Masukkan bahan mencetak pada pen 3D
III. Panaskan elemen pemanas pada pen 3D
IV. Sambungkan pen 3D kepada sumber kuasa
V. Uji bahan mencetak dengan menekan butang penyalur bahan mencetak
A. I,II,III, IV, V
B. II,V,II,IV,I
C. III I,II,V,IV
D. IV,I,III,II,V
5. Antara berikut yang manakah sistem mekanikal yang terdapat dalam mesin basuh automatik?
I. Takal
II. Tali sawat
III. Penderia gerakan
IV. Motor
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
6. Antara berikut yang manakah sistem untuk memindahkan gerakan motor kepada bentuk yang lain pada reka bentuk mekatronik?
A. Elektrik
B. Elektronik
C. Mekanikal
D. Kawalan dan pengaturcaraan
7. Antara berikut, yang manakah bidang reka bentuk abstrak?
I. Sistem pembelajaran
II. Persenjataan
III. Pengiklanan
IV. Bahasa
A. I, II, III
B. I, II, IV
C. I, III, IV
D. II, III, IV
8. Apakah tujuan menanam secara fertigasi?
A. Memudahkan pengawalan serangga
B. Menambahkan kos penanaman
C. Mengurangkan penggunaan baja kepada tanaman
D. Menggalakkan penyakit bawaan tanah
9. Antara berikut, yang manakah tujuan penjadualan masa disediakan dalam perancangan projek?
A. Untuk mengelakkan kerugian kos dan masa
B. Untuk menganggarkan bilangan pekerja yang diperlukan
C. Untuk menganggarkan modal yang diperlukan
D. Untuk menetapkan cara promosi yang boleh dilakukan.
10. Antara berikut manakah kelebihan pembentukan kumpulan kerja berdasarkan tugas dan peranan secara pasukan?
I. Ahli memilih tanggungjawab yang lebih khusus
II. Kurang tekanan dalam aspek pekerjaan
III. Peningkatan motivasi staf
IV. Komunikasi secara terbuka sesama ahli
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
11. Berikut adalah prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang.
"Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek"
Apakah prinsip tersebut?
A. Kualiti setempat
B. Pengekstrakan
C. Penyaranggan
D. Tiada jawapan yang betul
Skema Jawapan.
1. A
2. B
3. C
4. D
5. A
6. C
7. C
8. A
9. A
10. D
11. B
Lengkapkan pernyataan tentang aktiviti pandu arah (orienteering) yang berikut. TP 1, SP 9.1, 5.1.2
1. Aktiviti pandu arah menggunakan _____________, ___________________ dan _________________
yang melibatkan kemahiran mengemudi ke beberapa titik kawalan atau distinasi.
2. Titik kawalan merupakan ____________________________ yang ditentukan dan perlu disinggah oleh setiap pemain dalam aktiviti pandu arah.
3. Pasukan atau individu yang dapat ___________________________ merupakan pemenang.
4. Penanda kawalan ialah _____________________________ yang bertujuan untuk memastikan peserta pandu arah tiba di titik kawalan yang betul.
5. Nyatakan cara-cara menggunakan kompas.
a. _______________________________ yang ingin serta _____________________________________
di hadapan anda.
b. Pusingkan ___________________________ ke dalam anak panah orienteering yang menunjukkan arah utara.
c. Arah pergerakan yang _____________________________________ tempat atau objek.
6. Nyatakan 4 kemahiran asas dalam permainan dodgeball.
a. _______________________________________________________
b. _______________________________________________________
c. _______________________________________________________
d. _______________________________________________________
Skema Jawapan
1. kompas, peta, kad arahan
2. satu kedudukan yang terdapat dalam peta
3. melalui semua titik kawalan dalam masa yang paling pantas
4. penanda khas dengan kad dalam bentuk nombor atau huruf
5. a. berdairi menghadap tempat atau objek, pegang kompas secara mendatar
b. perumah kompas sehingga jarum magnetik masuk
c. ditunjukkan pada petunjuk arah kompas dan bacaan bearing
6. a. kemahiran membaling
b. kemahiran menangkap
c. kemahiran menghadang
d. kemahiran mengelak
Pilih jawapan yang
tepat.
1. Antara
berikut, yang manakah definisi teknologi?
A.
Pengetahuan
tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk
yang memberikan impak kepada kehidupan.
B.
Pengetahuan
tentang penyusunan bahan secara terancang yang mengaplikasikan pengetahuan
Sains dan Matematik.
C.
Pengaplikasian
ilmu Sains dan Matematik dengan menggunakan bahan semula jadi untuk dijadikan alat,
tenaga atau sistem.
D. Satu bidang percambahan idea dalam proses penyusunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan produk.
2. "Lakaran yang digunakan untuk menunjukkan kesemua lakaran objek bermula daripada idea pertama hingga projek terakhir yang hendak dibuat". Apakah jenis lakaran ini?
A. Lakaran teknikal
B. Lakaran persembahan
C. Lakaran penerokaan
D. Lakaran perkembangan idea
3. "Seorang pereka menunjukkan beberapa pilihan visual rekaannya melalui lakaran". Apakah peranan lakaran tersebut?
A. Eksprorasi
B. Asas komposisi untuk ilustrasi
C. Medium komunikasi pelanggan
D. Mempercepat pembangunan konsep
4. "Melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki". Apakah proses kerja yang dinyatakan?
A. Tempoh masa
B. Kos projek
C. Skop kerja
D. Skop produk
5. Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah masalah bukan inventif?
A. Setelah mengasah pisau yang tumpul, Fatimah dapat memotong sayur dengan cepat.
B. Daud memasang bakul pada motorsikalnya supaya dapat membawa barang dengan lebih mudah
C. Wong telah memasang pendingin hawa di biliknya tetapi ini menyebabkan bil elektrik rumahnya meningkat.
D. Ah Chong memandu kereta dengan laju supaya cepat sampai ke tempat kerjayanya tetapi ini menyebabkan penggunaan minyak meningkat
6. "Merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem". Apakah nama sistem mekatronik ini?
A. Sistem elektrik
B. Sistem elektronik
C. Sistem mekanikal
D. Sistem kawalan dan pengaturcaraan
7. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh produk mekatronik?
A. Pintu
pagar automatik
B. Mesin
basuh manual
C. Motosikal
D. Basikal
8. Maklumat
di bawah merupakan kajian keperluan pelanggan.
"Jenama, kegunaan produk, kebaikan dan kelemahan produk serta pengeluar produk adalah faktor yang mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk".
Nyatakan kajian keperluan pelanggan yang dimaksudkan.
A. Penambahbaikan
B. Kehendak pelanggan
C. Maklumat pelanggan
D. Latar belakang produk
9. "Pengujian terhadap produk yang berfungsi di dalam makmal atau bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk". Apakah jenis ujian yang dimaksudkan?
A. Ujian parameter
B. Ujian kestabilan
C. Ujian cantuman
D. Ujian makmal
10. "Berfungsi sebagai suis tekan buka dan sius tekan tutup". Nyatakan jenis peranti input digital tersebut?
A. Suis togel
B. Suis mikro
C. Suis tekan tutup
D. Suis tekan buka
SKEMA JAWAPAN
1. C
2. D
3. C
4. C
5. D
6. B
7. A
8. D
9. D
10. B