Tuesday 27 September 2022

Soalan dan Skema Jawapan Latihan Formatif RBT

 Jawab semua soalan.

1.    Invensi ditakrifkan sebagai

A.    kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk.

B.    pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik.

C.    pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi.

D.    pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan produk.

2.    Apakah yang dimaksudkan dengan projek brief?

A.    Penghasilan produk reka bentuk melibatkan proses perancangan yang teliti dan sistematik.

B.    Proses perbincangan awal antara pengurus projek, pelanggan dan pereka bentuk.

C.    Perancangan dalam pengurusan projek merangkumi skop kerja, kos pengeluaran dan pembentukan kumpulan kerja.

D.    Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.

3.    Antara berikut yang manakah kriteria projek brief?

I.    Prinsip

II.    Elemen

III.    Skop kerja

IV.    Gambaran awal produk

A.    I dan II

B.    II dan III

C.    III dan IV

D.    I dan IV

4.    Susun mengikut urutan yang betul langkah pemasangan pen 3D.

I.    Pilih bahan mencetak

II.    Masukkan bahan mencetak pada pen 3D

III.    Panaskan elemen pemanas pada pen 3D

IV.    Sambungkan pen 3D kepada sumber kuasa

V.    Uji bahan mencetak dengan menekan butang penyalur bahan mencetak

A.    I,II,III, IV, V

B.    II,V,II,IV,I

C.    III I,II,V,IV

D.    IV,I,III,II,V

5.    Antara berikut yang manakah sistem mekanikal yang terdapat dalam mesin basuh automatik?

I.    Takal

II.    Tali sawat

III.     Penderia gerakan

IV.    Motor

A.    I dan II

B.    I dan III

C.    II dan III

D.    III dan IV

6.    Antara berikut yang manakah sistem untuk memindahkan gerakan motor kepada bentuk yang lain pada reka bentuk mekatronik?

A.    Elektrik

B.    Elektronik

C.    Mekanikal

D.    Kawalan dan pengaturcaraan

7.    Antara berikut, yang manakah bidang reka bentuk abstrak?

I.    Sistem pembelajaran

II.    Persenjataan 

III.    Pengiklanan

IV.    Bahasa

A.    I, II, III

B.    I, II, IV

C.    I, III, IV

D.    II, III, IV

8.    Apakah tujuan menanam secara fertigasi?

A.    Memudahkan pengawalan serangga

B.    Menambahkan kos penanaman

C.    Mengurangkan penggunaan baja kepada tanaman

D.    Menggalakkan penyakit bawaan tanah

9.    Antara berikut, yang manakah tujuan penjadualan masa disediakan dalam perancangan projek?

A.    Untuk mengelakkan kerugian kos dan masa

B.    Untuk menganggarkan bilangan pekerja yang diperlukan

C.    Untuk menganggarkan modal yang diperlukan

D.    Untuk menetapkan cara promosi yang boleh dilakukan.

10.    Antara berikut manakah kelebihan pembentukan kumpulan kerja berdasarkan tugas dan peranan secara pasukan?

I.    Ahli memilih tanggungjawab yang lebih khusus

II.    Kurang tekanan dalam aspek pekerjaan

III.   Peningkatan motivasi staf

IV.    Komunikasi  secara terbuka sesama ahli

A.    I dan II            

B.    I dan III

C.    II dan IV

D.    III dan IV

11.    Berikut adalah prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang. 

"Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek"

Apakah prinsip tersebut?

A.    Kualiti setempat

B.    Pengekstrakan

C.    Penyaranggan

D.    Tiada jawapan yang betul

Skema Jawapan.

1.    A

2.    B

3.    C

4.    D

5.    A

6.    C

7.    C

8.    A

9.    A

10.    D

11.    B

Ketahui Lebih Lanjut