Monday 4 October 2021

PJPK Tingkatan 3 Unit 3 Bola Keranjang

Bola Keranjang merupakan salah satu sukan permainan di bawah kategori serangan. Permainan bola keranjang telah diasaskan oleh  Dr James Naismith pada 21 Disember 1891. Beliau telah banyak membuat penambahbaikan kepada sukan ini sehingga boleh dipertandingkan secara profesional. Antara perubahan yang dilakukan oleh beliau ialah menganti bakul dengan jaring, peraturan permainan, garisan-garisan di atas gelanggang dan sebagainya.

Permainan bola keranjang sama juga seperti sukan permainan yang lain iaitu mempunyai kemahiran asas yang tersendiri. Antara kemahiran asas dalam permainan bola keranjang adalah kemahiran menghantar, kemahiran menerima, mengelecek, menghadang atau menghalang dan kemahiran menjaring. Bagi memastikan pemain iru boleh bermain dengan baik, mereka perlu menguasai setiap kemahiran tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.

Ketahui Lebih Lanjut