Friday 23 July 2021

Soalan dan Skema Jawapan Pendidikan Moral Tingkatan 3 Unit 1 hingga Unit 3

 

1.         Pilihan bermoral boleh dilakukan dari aspek berikut…

            i.          perlakuan

            ii.          tanggungjawab

            iii.         persahabatan

            iv.        kerjaya

            A.         i, ii,  dan iii

            B.         i, iii dan iv

            C.        ii, iii dan iv

            D.        i, ii dan iv

2.         Pilihan bermoral yang tepat mesti meliputi domain berikut kecuali..

            A.         prinsip bermoral

            B.         emosi bermoral

            C.        perlakuan moral

            D.        penaakulan moral

3.         Anda terlihat rakan baik anda membuli seorang murid tingkatan 1 di belakang kantin  sekolah. Apakah tindakan pilihan bermoral anda?

            A.         Membiarkan sahaja kerana tidak mahu mencampuri urusan orang lain.

            B.         Membantu murid tingkatan 1 itu supaya dia tidak dibuli dengan lebih teruk

            C.        Memberitahu pengawas atau guru bertugas tentang kejadian tersebut.

            D.        Membantu rakan baik anda itu supaya dia tidak memarahi anda

4.         Berikut merupakan kepentingan menghargai anugerah ciptaan Tuhan kecuali..

            A.         membekalkan sumber tenaga

            B.         meningkatkan sumber ekonomi negara

            C.        mengelakkan kepupusan floran dan fauna

            D.        meningkatkan kos sara hidup

5.         Manakah yang tidak benar mengenai kesan buruk pengabaian anugerah alam ciptaan Tuhan,

            A.         pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang menjejaskan ekonomi negara.

            B.         kemusnahan habitat serta kepupusan flora dan fauna

            C.        pembangunan negara lambat sebab hutan tidak boleh diterokai

            D.        menjejaskan keseimbangan ekosistem

6.         Apakah tindakan yang anda lakukan sekiranya anda melihat orang yang anda tidak kenali membuang sisa pepejal ke dalam sungai?

            A.         berjumpa dengan dia dan menegur secara terus

B.         membiarkan sahaja perbuatannya itu kerana tidak mahu mencampuri urusan orang lain

C.        menyuruhnya mengutip balik bahan buangan itu sebab takut mencemarkan alam sekitar

D.        mengambil gambar sebagai bukti untuk membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.

7.         Kebestarian diri merujuk _________________ yang luas dan ________________ dalam diri seseorang.

            A.         pengalaman, sikap kerajinan

            B.         pengetahuan, sikap bertanggungjawab

            C.        pengetahuan, baik budi perkerti

            D.        pengalaman, kemahiran

8.         Berikut merupakan kepentingan kebestarian diri

            i.          dapat membuat keputusan secara rasional

            ii.          melahirkan insan yang berperibadi mulia

            iii.         mengelakkan sikap suka menangguhkan kerja

            iv.        memburukan nama baik diri dan keluarga

            A.         i, ii, dan iii

            B.         i, ii dan iv

            C.        ii, iii dan iv

            D.        i, iii dan iv

9.         Manakah yang tidak benar mengenai cara mempraktikkan kebestarian diri dalam kehidupan seharian?

            A.         Bergaul dengan orang yang boleh memberi kekayaan dengan cepat

            B          Rajin mengulang kaji pelajaran

            C.        Menyayangi ibu bapa

            D.        Menghormati guru

10.       Bagaimanakah amalan mendisplinkan diri seseorang murid menpengaruhi kebestarian diri?

            A.         Cepat berputus asa dalam kehidupan

            B.         memberi pelbagai alasan apabila gagal

            C.        dapat mengawal diri dalam sebarang tindakan

            D.        cepat marah dan bertindak mengikut perasaan

 

Skema Jawapan

1.         B

2.         A

3.         C

4.         D

5.         C

6.         D

7.         C

8.         A

9.         A

10.       C

Ketahui Lebih Lanjut