Sunday 13 December 2015

Semak Panduan Gred PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) 2015 KPM Yang Terkini

Ramai yang masih tertanya-tanya macam mana Pengredan Markah PT3 dilaksanakan. Berbeza dengan PMR, PT3 adalah lebih menyeluruh dan menguji tahap calon dengan begitu terperinci dan bukannya bergantung kepada ujian bertulis dan objektif sahaja seperti PMR. Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris calon perlu duduki ujian bertulis dan ujian lisan. Sementara itu, bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan ditaksir melalui ujian bertulis. Bagi subjek Sejarah dan Geografi pula pentaksiran dilakukan melalui kerja kursus, penyediaan projek, kerja lapangan dan kajian kes. Kesemua penilaian markah bagi setiap subjek direkodkan dan di kategorikan mengikut gred pemarkahan PT3 seperti yang tertera dibawah. 

Semak Gred PT3 2015 KPM Yang Terkini Bagi semua Subjek

  • Markah 85 hingga 100 dapat Gred A  iaitu Cemerlang
  • Markah 70 hingga 84 dapat Gred B iaitu Kepujian 
  • Markah 60 hingga 69 dapat Gred C iaitu Baik
  • Markah 50 hingga 59 dapat Gred D iaitu Memuaskan
  • Markah 40 hingga 49 dapat Gred E iaitu Mencapai Tahap Minimum
  • Markah 01 hingga 39 dapat Gred F iaitu Belum Mencapai Tahap Minimum
Bagi PT3 (Pentaksiran PT3), jika semua subjek mendapat gred E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai. Contoh: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun mendapat Gred E maka calon dikira Menguasai PT3 tetapi jika 1 dari subjek diatas mendapat gred F sebagai contoh Sains iaiah Gred F maka dikira Tidak Menguasai Tahap Minimum.
Keputusan PT3 adalah sangat diperlukan untuk calon memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Mene­ngah Teknik atau Kolej Vokasional dan untuk menentukan aliran yang diambil di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Ketahui Lebih Lanjut