Jawab semua soalan di bawah.
Pendidikan Kesihatan
Unit 1. 6.0. Penyakit
1. Apakah itu HIV?
A. Sejenis penyakit yang boleh membawa maut
B. Sejenis penyakit yang melemahkan sistem badan untuk melawan penyakit
C. Sejenis virus yang melemahkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit
D. Sejenis penyakit yang boleh merebak melalui udara
2. Apakah itu AIDS?
A. Sejenis penyakit yang boleh merebak melalui udara
B. Sejenis virus yang melemahkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit
C. Penyakit yang disebabkan oleh Virus Kurang Daya Tahan Manusia yang melumpuhkan keupayaan semula jadi badan dalam melawan penyakit
D. Sejenis penyakit yang boleh membawa maut
3. Apakah perbezaan antara HIV dan AIDS?
A. HIV ialah virus dan AIDS ialah penyakit
B. HIV ialah penyakit dan AIDS ialah virus
C. HIV boleh membunuh pembawanya dengan serta merta dan AIDS boleh bertahan sehingga bertahun-tahun
D. AIDS boleh membunuh pembawanya dengan serta merta dan HIV boleh bertahan sehingga bertahun-tahun
4. Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, kes pertama jangkitan HIV dilaporkan di Malaysia adalah pada tahun
A. 1968
B. 1978
C. 1986
D. 1998
5. Antara berikut merupakan beberapa punca seseorang boleh dijangkiti HIV, kecuali,...
A. perhubungan seks tanpa perlindungan
B. ibu yang dijangkiti HIIV kepada janin
C. melalui pemindahan darah yang tercemar dengan HIV
D. berkongsi peralatan makan dan minum
6. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan asimptomatik?
A. peringkatan jangkitan yang mana ada menunjukkan simptom jangkitan
B. peringkat awal jangkitan HIV
C. peringkat di mana pesakit didiagnosis sebagai penghidap AIDS
D. pesakit tiada simptom jangkitan
7. Berikut adalah kaedah pencegahan jangkitan HIV dan penyakit AIDS kecuali,..
A. berpegang pada ajaran agama
B. saring semua simpanan tabung darah
C. boleh berkongsi pisau cukur dengan orang lain untuk mengelakkan pembaziran
D. tidak berlaku curang bagi pasangan suami isteri
8. Berikut merupakan kesan jangkitan HIV dan penyakit AIDS kepada pembawanya kecuali,..
A. gangguan emosi
B. diskriminasi
C. malu pada diri dan keluarga
D. masih diterima untuk bekerja dengan mana-mana agensi untuk menampung keperluan hidupnya.
Unit 1.7.0 Keselamatan
9. Apakah yang dimaksudkan dengan eksploitasi?
A. perbuatan suka membantu seseorang untuk kebaikan
B. perbuatan suka mengganggu seseorang untuk kepuasan diri
C. perbuatan suka mengganggu seseorang kerana hendak balas dendam
D. perbuatan mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingaan atau keuntungan diri sendiri.
10. Berikan 4 jenis eksploitasi
a. ____________________________________________
b. ____________________________________________
c. ____________________________________________
d. ____________________________________________
11. Apakah yang dimaksudkan dengan Pedofilia?
A. individu yang suka membuat jenayah siber
B. orang dewasa yang suka membuat jenayah gangsterisme
C. orang dewasa yang mengambil kesempatan untuk memenuhi kehendak nafsu seksualnya ke atas undividu di bawah umur.
D. orang kanak-kanak yang berkelakuan seperti orang yang sudah dewasa
12. Berikan 3 kesan eksploitasi?
a. ___________________________________________________
b. ___________________________________________________
c. ___________________________________________________
(mana-mana jawapan yang sesuai berdasarkan buku teks di muka surat 180)
13. Nyatakan 2 cara untuk mengelakkan dari dieksploitasi?
a. ___________________________________________________
b. ___________________________________________________
(rujuk buku teks)
SKEMA JAWAPAN
1. C
2. C
3. A
4. C
5. D
6. D
7. C
8. D
9. D
10. i. Eksploitasi seksual
ii. Eksploitasi buruh
iii. Eksploitasi kahwin paksa
iv. Pedofilia
11. C
12. i. melalui pendidikan
ii. kempen kesedaran tentang jenayak eksploitasi
No comments:
Post a Comment