Perniagaan merupakan aktiviti atau kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan sampai ke tangan pengguna dengan selamat dan sempurna, peranan dan aktiviti pemasaran diperlukan.
Pemasaran adalah aktiviti atau kegiatan menyalur dan mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar sehingga sampai kepada pengguna akhir. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan ini dapat sampai kepada pengguna dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan, maka beberapa aspek penting perlu diambilkira dalam proses pemasaran. Antaranya adalah peranan reka bentuk dalam pemasaran, kaedah atau strategi pemasaran serta bantuan kepada pemasaran seperti promosi dan pengiklanan.
Untuk mengikuti dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai reka bentuk dalam perniagaan serta reka bentuk sebagai instrumen pemasaran, sila tontoni video melalui pautan atau link di bawah.
Sila klik pautan di bawah 👇 untuk keterangan lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment