Kementerian Pendidikan mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan sendiri setelah melihat dan menyedari masalah kekurangan guru yang kritikal dalam negara amnya dan khasnya di negeri-negeri seperti Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) ikut norma baru sesi pembelajaran ekoran daripada masalah pendamik COVID-19.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober.
Beliau menjelaskan, Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
“KPM perlukan sejumlah guru untuk mata pelajaran tertentu, tapi bekalan (guru) yang ada untuk subjek tersebut amat terhad. Sebaliknya, bekalan untuk mata pelajaran yang mana opsyennya telah penuh, mungkin lebih ramai. Antara subjek dengan kekurangan guru yang tinggi di sekolah rendah ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, manakala di sekolah menengah ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi.
Ditanya jika pengambilan khas itu mengutamakan calon yang mempunyai latar belakang ikhtisas pendidikan sahaja, Datuk Dr. Radzi berkata calon yang mempunyai kelulusan lain juga akan dipertimbangkan menggunakan pendekatan holistik. Datuk Dr. Radzi berkata, kerjasama itu juga akan meliputi urusan panel penemuduga, logistik dan keurusetiaan.
No comments:
Post a Comment