Friday 9 July 2021

RBT Tingkatan 3 3.1.3 Mengenal pasti Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan

Bagi memasarkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna, promosi perlu dilakukan bagi menyaingi produk-produk atau perkhidmatan yang sedia ada dipasaran. Promosi penting bagi memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada pengguna. 

Jenis promosi yang digunakan bergantung kepada jenis produk, pengguna sasaran, luas pasaran dan sebagainya. Pengiklanan merupakan salah satu daripada jenis promosi yang biasa digunakan oleh pengeluar bagi memasarkan produk mereka.

Pengiklanan bermaksud sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran. Pengiklanan bertujuan untuk mempromosikan, memperkenalkan, meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan atau idea penaja yang tertentu.

Reka bentuk pengiklanan ialah karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan. Bagi memastikan sesuatu pengiklanan berkesan, pengeluar perlu mengetahui kaedah reka bentuk pengiklanan yang terbaik untuk memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan mereka. Kaedah reka bentuk pengiklanan ialah cara maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan disampaikan oleh pengeluar kepada pengguna. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci sila klik pautan/link di bawah. 

Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan

Ketahui Lebih Lanjut