Thursday, 29 September 2022

Soalan dan skema jawapan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Jawab semua soalan.

1.    Berapa orangkah pemain bola baling?

A.    7 orang

B.    8 orang

C.    10 orang

D.    12 orang

2.    Berikut adalah senarai kemahiran dalam permainan bola baling. Senarai yang manakah tepat dalam permainan bola baling?

A.    Menangkap, menyepak, menjaga gawang dan memukul

B.    Menghantar, mengadang, mengacah dan menjaring

C.    Membaling, menyambut, menjaring dan menjaga gawang

D.    Menghantar, membaling, menendang dan menjaring

3.    Namakan tiga jenis kemahiran menjaring dalam permainan bola baling. 

I. Jaringan junam 

II. Jaringan menyerkap 

III. Jaringan lantun 

V. Jaringan atas kepala 

A. I dan II 

B. II dan III 

C. I, II dan III 

D. I, III, dan IV

4.    Berikut adalah teknik perlakuan yang betul dalam perlumbaan jalan kaki kecuali ______________.

 A. Ayun tangan selari dengan dada 

B. Tumit kaki menyentuh tanah terlebih dahulu 

C. Melangkah dengan kedua-dua belah kaki agar tidak mencecah tanah 

D. Kaki yang mula mencecah tanah di hadapan mesti sentiasa lurus

5.   Maklumat di bawah berkaitan dengan salah satu teknik lumba jalan kaki Apakah teknik tersebut? 

*    Pandang ke hadapan pada aras mata

*    Pandang tegak, siku fleksi, kepala relaks

*    Postur badan tegak dan relaks dari mula hingga akhir langkah

A. Postur badan 

B. Rotasi pinggul 

C. Pergerakan tangan 

D. Kedudukan kaki dan tapak kaki 

6.    Mengapakah badan dicondongkan ke hadapan semasa mendarat dalam acara lompat jauh? 

A. Supaya menggerakkan keseluruhan badan terus menuju ke hadapan 

B. Peraturan cara mendarat dalam acara lompat jauh 

C. Untuk mengurangkan tekanan semasa pendaratan 

D. Bagi melambatkan dan menjauhkan pendaratan

7.   Apakah faktor yang tidak mempengaruhi jarak lompatan dalam acara lompat jauh? 

A. Lari landas dengan pantas dan terkawal 

B. Memijak papan lonjakan dengan tepat 

C. Mendarat dengan tangan ke belakang 

D. Fleksi lutut kedua-dua belah kaki dengan tumit kaki mendarat. 

8.   Berapakah kedudukan sudut pelepasan lembing yang sesuai semasa melakukan acara merejam lembing? 

A. 30-35 darjah 

B. 35-40 darjah 

C. 40-45 darjah 

D. 45-50 darjah 

9.     _________________ adalah teknik pegangan lembing yang boleh menentukan jarak yang baik dalam rejaman lembing. 

I. Gaya Finnish. 

II. Gaya Chipstok 

III. Gaya Amerika 

IV. Gaya Fork 

A. I, II dan IV 

B. II, III dan IV 

C. I, II, dan III 

D. I, III dan IV

10.    Rejaman lembing sah jika peserta menyentuh garisan lengkung atau kawasan di hadapannya. 

A. Betul 

B. Salah

11.    Pergerakan lokomotor ialah ______________. 

A. Berjalan, berlari dan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. 

B. Berjalan dan duduk 

C. Duduk dan berlari 

D. Berjalan dan bersila

12.    Pergerakan kreatif merupakan pergerakan yang menggabungkan elemen-elemen seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya. Antara berikut merupakan contoh pergerakan kreatif kecuali 

A. Kembang jalak 

B. Lompat jalak 

C. Jalak galak 

D. Tepuk galak 

13.    Susun kategori generasi berikut dari tahun sebelum 1965 hingga tahun 2025 

A. Generasi Alpha, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z, Baby Boomers 

B. Baby Boomers, Generasi X , Generasi Y, Generasi Z , Generasi Alpha 

C. Baby Boomers, Generasi Alpha, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z 

D. Generasi X, Generasi Y, Generasi Z, Generasi Alpha, Baby Boomers 

14.    Apakah maksud yang paling tepat bagi jurang generasi? 

A. Perbezaan antara generasi lama dan generasi terkini 

B. Perbezaan pendapat di dalam sesebuah masyarakat 

C. Perbezaan maklumat dalam generasi 

D. Perbezaan keluarga dalam masyarakat

15.    Antara yang berikut, yang manakah kepentingan merapatkan jurang generasi? 

I. Mengeratkan hubungan 

II. Memudahkan komunikasi 

III. Mewujudkan keluarga bahagia 

IV. Mengekalkan hubungan yang baik 

A. I, II dan III 

B. I, II dan IV 

C. II, III dan IV 

D. Semua di atas 

16.    Pernyataan manakah menggambarkan maksud kehormatan diri? 

A. Menjaga kebersihan imej kendiri 

B. Penampilan dan tingkah laku seseorang 

C. Berakhlak mulia dan tidak baik hati 

D. Maruah diri dan harga diri seseorang

17.   Berikut merupakan kesan seseorang yang tidak menjaga kehormatan diri kecuali 

A. Masa depan gelap dan menjejaskan pelajaran 

B. Berani berkata tidak kepada perkara negatif 

C. Menanggung malu dan imej diri tercemar 

D. Masyarakat akan memandang serong dan sukar mendapat bantuan 

18.    Berikut adalah contoh-contoh penyakit yang tidak berjangkit kecuali 

A. Diabetes 

B. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) 

C. Hipertensi 

D. Penyakit kardiovaskular.

19.    Gangguan seksual melalui psikologi ialah ____________. 

A. Teguran, komen, jenaka, membuat bunyi 

B. Meluahkan perasaan atau hasrat yang berbentuk mendesak 

C. Gambar atau video lucah 

D. Sentuhan berniat untuk mengganggu

20.   Bagaimanakah cara seseorang perempuan menangani gangguan seksual dan penderaan seksual? 

I. Tidak bebas bersentuhan 

II. Berani berkata “TIDAK” 

III. Sering balik lewat malam 

IV. Bebas bergaul dengan rakan lelaki 

A. I dan II 

B. I dan IV 

C. II dan III 

D. III dan IV 

Skema Jawapan.

1.    A

2.    B

3.    D

4.    C

5.    A

6.    A

7.    C

8.    C

9.    D

10.    B

11.    A

12.    D

13.    B

14.    A

15.    D

16.    D

17.    B

18.    B

19.    B

20.    A

Ketahui Lebih Lanjut