Saturday, 19 March 2022

Soalan dan Skema Jawapan Pendidikan Moral Tingkatan 2 Unit 1 Sumber Moral Asas Pembentukan Akhlak Mulia

Jawap semua soalan. 

1.    Sumber moral ialah bahan rujukan yang menjadi panduan dalam pembentukan keperibadian diri seseorang individu. Berikut merupakan sumber moral KECUALI

A.    Agama
B.    Norma Masyarakat
C.    Prinsip hidup
D.    Rukun Negara

2.    Antara padanan Agama dan Kitab yang berikut, manakah padanan yang tepat...

A.    Buddha - Bible
B.    Islam - Tripikata
C.    Kristian - Al-Quran
D.    Hindu - Bhagavad Gita

3.    "Saya baik kepada mereka yang baik kepada saya" Saya baik kepada mereka walaupun mereka benci kepada saya. Apa yang saya beri, saya akan terima. Sehingga semua menjadi baik." Pernyataan di atas merujuk kepada ajaran....

A.    Agama Sikh
B.    Agama Hindu
C.    Agama Buddha
D.    Kepercayaan Taoisme
4.    "Dilarang makan haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan kerana anak di dalam kandungan akan melecur seluruh badan." Pernyataan di atas merujuk kepada pantang larang wanita mengandungi bagi kaum....

A.    Iban
B.    Melanau
C.    Cina
D.    India

5.    Sumber rujukan dan panduan moral bagi seluruh rakyat Malaysia. Setiap warganegara Malaysia perlu mematuhi dan mengamalkannya. Pernyataan tersebut merupakan sumber moral berasaskan...

A.    Norma masyarakat
B.    Rukun Negara
C.    Kepercayaan
D.    Agama

6.    "Tidak boleh memotong kayu yang bertindan keranan dihuatiri bibir anak menjadi sumbing." Pernyataan di atas merujuk kepada pantang larang wanita mengandung bagi kaum...

A.    Iban
B.    Cina
C.    India
D.    Melanau

7.    Pilih jawapan yang betul. Kaum India melakukan amalan sujud kaki. 

A.    Betul
B.    Salah
8.    Pilih jawapan yang betul. Kaum Melayu melarang mengetip kuku pada waktu malam. 

A.    Betul
B.    Salah

9.    Pilih pernyataan yang tepat bagi kepentingan sumber moral.
i.    memberi panduan kepada pengamalnya.
ii.    melahirkan rakyat yang berkeperibadian tinggi.
iii.    memupuk perpaduan dan keharmonian negara.
iv.    menyedarkan tanggungjawab indivivu kepada keluarga, masyarakat dan negara.

A.    i dan ii
B.    i, ii dan iii
C.    ii, iii dan iv
D.    i, ii, iii, dan iv

10.    Kaum Cina melakukan upacara 'Cheng Beng,' iaitu upacara pembersihan dan sembahyang di kubur nenek moyang.

A.    Betul
B.    Salah

11.    Kaum India melakukan upacara 'Naamkaran', iaitu upacara memberikan nama bayi yang baru lahir.

A.    Betul
B.    Salah

12.    Kaum Semai menangguhkan semua aktiviti harian ketika berlakunya kematian.

A.    Betul
B.    Salah

13..    Upacara 'Parisam', iaitu hantaran hadiah perkahwinan ke rumah pengantin perempuan dilakukan oleh penganut.....

A.    Buddha
B.    Islam
C.    Taoisme
D.    Hindu

SKEMA JAWAPAN
1.    C
2.    D
3.    D
4.    B
5.    B
6.    D
7.    A
8.    A
9.    D
10.    A   
11.    B
12.    A
13.    D

Ketahui Lebih Lanjut