Salam,
Bagi mempersiapkan diri demi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menginginkan perubahan demi kebaikan dan pemantapan dalam mata pelajaran/subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), maka kita haruslah rela menerima perubahan tersebut.
Seperti diketahui umum, bermula tahun 2017 mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) akan ditukarkan kepada mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK) dalam KSSM. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan subjek wajib yang manakah ianya akan menggantikan KHB manakala ASK adalah sebagai pilihan.
Bagi pihak pentadbir sekolah, guru-guru yang terlibat khasnya guru KHB dan guru aliran teknik dan vokasional serta para pelajar menengah rendah khususnya pelajar tingkatan 1, kesediaan dari segi mental, fizikal, rohani dan emosi amatlah diperlukan dan dititikberatkan demi menghadapi perubahan yang sangat besar ini. Guru-guru KHB akan berasa kehilangan yang sangat besar apabila subjek KHB yang mereka telah ajar untuk sekian lama akan bertukar kepada subjek baru iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Walau bagaimanapun semua ini harus diterima dengan hati terbuka demi untuk menyahut seruan KPM yang menginginkan perubahan demi kebaikan dan pemantapan dalam mata pelajaran KHB.
Bagi semua yang terlibat, khasnya guru KHB dan guru aliran teknik dan vokasional serta para pelajar menengah rendah khususnya pelajar tingkatan 1, di sini diposkan Dokumen Standard Kurikukum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Sekolah Menengah untuk panduan dan rujuk semua.
Sila KLIK pada link di bawah;