1. Gimnastrada ialah persembahan berkumpulan mengikut muzik dan melibatkan kemahiran ______________, ___________________ dan pergerakan untuk tujuan hiburan.
A. individu dan kumpulan
B. gimnastik dan tarian
C. melambung dan melompat
D. menyanyi dan tarian
2. Gimnastrasa boleh terdiri daripada gabungan rangkaian kemahiran ______________, _________________, __________________dan __________________ secara berkumpulan.
A. gerak edar, imbangan, lompatan, hambur
B. gerak balas, putaran, larian, hambur
C. imbangan, lompatan, hambur, larian
D. gerak edar, imbangan, putaran, hambur
3. Apakah nama pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan pergerakan lokomotor.
A. Putaran
B. Imbangan
C. Gerak edar
D. Hambur
4. Pergerakan ini melibatkan aktiviti yang menghasilkan anjakan badan yang cepat. Anjakan tersebut boleh dilakukan dari kaki atau tangan atau kedua-duanya.
A. Gerak edar
B. Imbangan
C. Putaran
D. Hambur
5. Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat grativiti seseorang atau tapak sokongan diubah dinamakan
A. Putaran
B. Hambur
C. Imbangan
D. Gerak edar
6. Senaraikan 4 kemahiran pergerakan yang boleh dilakukan di bawah gerak edar
a. ____________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________
7. Berikan 3 kemahiran pergerakan yang boleh dilakukan di bawah pergerakan putaran.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
8. Penggunaan peralatan dan ____________________________ dapat membantu menghasilkan persembahan yang baik.
A. hon
B. prop
C. wisel
D. pom-pom
9. Pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan , pemindahan berat badan dan layangan dinamakan
A. hubungan
B. kesedaran ruang
C. kualiti pergerakan
D. kesedaran tubuh badan
10. Antara langkah keselamatan dalam aktiviti gimnastrada seperti berikut kecuali
A. lakukan aktiviti dengan pengawasan guru
B. lakukan kemahiran mengikut kemampuan diri sendiri
C. Gunakan tilam semasa melakukan aktiviti putaran dan hambur
D. Lakukan aktiviti dengan berebut dan bersemangat supaya cepat habis.
Skema Jawapan
1. B
2. D
3. C
4. D
5. C
6. a. merangkak
b. langkah silang
c. berskip
d. berlari
7. a. putaran roda
b. guling hadapan
c. putaran menegak 360
8. B
9. D
10. D