1. Bumi hijau merupakan satu usaha memastikan bumi selamat daripada kemusnahan. Berikut merupakan amalan 5R kecuali
A. tidak menggunakan straw
B. menggunakan petrol plumbum
C. berkongsi kenderaan ke tempat kerja
D. membawa beg kitar semula semasa membeli belah
2. Amalan 5R dapat mengelakkan pembuangan sisa _________________ secara berlebihan.
A. sikap
B. pepejal
C. pencemaran
D. penyelenggaraan
3. Amalan 5R amat penting kerana dapat mendidik dan menyemai ________________ sayangkan alam sekitar.
A. tanda
B. sikap
C. maruah
D. tindakan
4. Saya mengamalkan nilai ______________ dan ______________ dalam menjayakan amalan 5R.
A. kerjasama , berdikari
B. kerjasama, kerajinan
C. rasional, kesederhanaan
D. berterima kasih, kerjasama
5. Banyak kenentingan apabila semua individu, masyarakat dan organisasi mengamalkan amalan 5R dalam kehidupan. Antaranya adalah seperti berikut kecuali,
A. meningkatkan jangka hayat tapak perlupusan
B. menjimatkan kos perlupusan sampah oleh kerajaan
C. membebankan semua pihak kerana terpaksa berkerja lebih untuk amalan 5R
D. mengelakkan pencemaran udara yang boleh membahayakan kesihatan
6. Berikut merupakan acara sambutan bagi mengekalkan bumi hijau yang diraikan di seluruh dunia setiap tahun. Antaranya ialah
A. Hari Kekeluargaan Sedunia
B. Hari Wanita Sedunia
C. Earth Hour
D. Hari membeli belah Sedunia
7. Amalan bumi hijau memberi kesan positif jika semua pihak berganding bahu untuk melaksananknya. Berikut merupakan sebahagian daripada kebaikannya kecuali
A. mengelakkan pencemaran
B. pembiakan haiwan akan terjejas
C. mengawal keseimbangan ekosistem
D. meningkatkan bilangan pelancung ke negara.
8. Berikut merupakan idea kreatif and inovatif untuk mengekalkan bumi hijau kecuali
A. menghasilkan barangan baharu
B. mengadakan pertandingan
C. menggunakan pelbagai sumber media
D. sentiasa membuat kerja bersendirian
9. Berikut merupakan kesan amalan konsep 5R kecuali
A. menjaminkan kesihatan rakyat
B. meningkatkan imej negara
C. menjejaskan keseimbangan ekosistem
D. mengelakkan kepupusan flora dan fauna
10. Amalan 5R dapat mengurangkan keperluan terhadap __________________ . Oleh itu, sumber asli seperti ________________ dapat disimpan dan dikekalkan.
A. produk, hutan
B. belanjawan, hutan
C. sisa pepejal, habitat
D. bahan mentah, kayu balak
SKEMA JAWAPAN
1. B
2. B
3. B
4. B
5. C
6. C
7. B
8. D
9. C
10. D